Sunday, 12 August 2018

THE PROMISED LAND: KERAJAAN PAKATAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bila usik ia salah bila sentuh is rosak kalau tak usik ia membengkak kalau tak sentuh ia mengudis, bila dirawat is semakin "kronik", itulah yang dihadapi olih Kerajaan Pakatan sekarang ini.
Semuanya adalah jerat yang terpasang agar ia menjerat sesiapa yang menyentuhnya.

Pening dan berserabut.

Kalau "satu"  kepala saja yang mengemudi inshaallah, halatuju, akan jelas dan pasti tetapi apabila "nafsu" Dan "riak" memaku diri, "nawaitu" pasti terpesong.

Tak kira Siapa, pasti kecundang.

Kemudharatan semakin jelas, kerosakkan semakin nyata, pengakhiran semakin memedihkan, maka, ketidakpuasan pasti meletop.
Apa yang dikejar tidak akan dapat, apa yang diidamkan pasti berciciran.

Perancangan Allah SWT mengatasi segala Nya.

Cahaya Al Majid.

6 comments:

  1. Ia bukan satu kebetulan Tun M diangkat semula menjadi PM ke-7 pada 2018 untuk membetulkan kerosakan dahsyat yang diakibatkan oleh Jibby & Co. Hakikatnya ia sebahagaian dari rancangan Allah sendiri.

    Ia bukan satu kebetulan untuk orang yang dipilih untuk mengetuai gerakan membaiki kerosakan-kerosakan ini adalah seorang doktor terlatih. Hakikatnya ia sedang merawat kesakitan yang dideritai manusia tanpa mereka menyedarinya.

    Ia memang satu tugas yang sangat sukar dan hanya ada satu cara sahaja yang memungkinkan ia dilakukan, iaitulah 'divine intervention' atau 'campurtangan Tuhan'.

    Hakikatnya di atas prinsip qada dan qadar, 'campurtangan Tuhan' itu memang sedang berlaku kerana ilmu halus menyebut 'tak akan bergerak sebutir pasir pun melainkan dengan izin dan kehendak Allah'. Tun M tidaklah menjadi PM melainkan dengan izin dan kehendak Allah jua.

    Demikianlah Tun M berterus-terusan memperolehi kemenangan demi kemenangan di dalam setiap perancangannya. Di sebalik segala caci maki, Tun M akhirnya telah membawa balik kapal layar penyamun yang diparkir di Indonesia dan kini di dalam proses untuk mendapatkan pula kapal terbang penyamun yang diparkir di Singapura.

    Sayangnya ramai manusia yang sombong dan tidak mahu menggunakan mata hati mereka untuk menilai kebenaran. Kebenaran bagi mereka ialah bersama 'sesiapa yang menaburkan dedak'. Mereka ini adalah pendusta.

    Kemudian ada pula golongan lain yang juga tidak dapat menilai kebenaran. Mereka adalah golongan 'orang-orang yang bingung' atau disebut di dalam hadith sebagai golongan ruwaibidhah. Mereka ini terdiri daripada golongan bodoh sombong dan golongan berakal bingung.

    Mereka terus-menerus melakukan fitnah ke atas Tun M dan kerajaan PH yang sedang bertungkus-lumus mahu merawat bangsa ini akibat dirosakkan oleh Jibby & Co.

    Dengan berterusan menyerang dan melakukan fitnah ke atas kerajaan PH pimpinan Tun M, sekalipun selepas PH pimpinan Tun M telah menumbangkan mereka di dalam PRU, mereka sebenarnya sedang membawa pertempuran di antara haq dan bathil ini ke klimaks.

    Perbuatan mereka ini dengan sendirinya menunjukkan fitnah itu tidak akan lenyap melainkan selepas mereka dilenyapkan sama sekali.

    Dan itulah satu-satunya cara untuk umat ini meninggalkan zaman fitnah. Iaitu dengan kebathilan itu dilenyapkan sama sekali.

    Bendera PH-1 (Pakatan Harapan) telah pun menumbangkan kerajaan kleptokrasi yang dipenuhi fitnah dan pendustaan. Kini golongan ini masih berterusan melakukan fitnah dan pendustaan sekalipun selepas ditumbangkan di dalam PRU14.

    Kelak bendera PH-2 (Panji Hitam) pula yang akan berkibar dengan izin Allah. Apabila bendera ini berkibar itu tandanya yang bathil itu telah lenyap. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, pada bacaan saya bendera PH-2 akan berkibar apabila darurat diisytiharkan dan demikian Tun M akan ditolak ke penjuru untuk menghadapi pertempurannya yang terhebat dan terakhir.

    Selama ini apabila Tun M menyebut 'rule of law' yang menjadi teras kerajaan PH, beliau tidak perlu memisahkan di antara golongan 'positivist' dengan golongan 'naturalist'.

    Kelak apabila dharurat diisytiharkan, maka Tun M akan perlu memisahkan pula maksud 'rule of law' ialah 'laws of the naturalist' dan bukan 'laws of the positivist'.

    Apabila PH-2 telah berkibar itu tandanya 'naturalist' dan 'positivist' telah kembali berada di pihak yang sama.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Demikianlah yang tersirat semakin tersurat.

    Kelihatan nyata, sesiapa yang sedang/akan mempertahankan AgamaNya (Allah) dan aturanNya spt sedang menggenggam bara api di Tanah Melayu (saat ini dan akan² datang).
    AgamaNya (Allah) sedang dilongkangkan dengan nyata di sini.

    Akan ada 3 kelompok bani melayu, satu yang buat tidak tahu (asal tak ganggu perut mereka), 1 yang sudah sah nyata, melawan Allah dan mencabarNya dan ada 1 lagi kelompok dgn susah payah akan bangkit melawan kesialan cucu cicit bani melayu yang sudah berperangai Yahudi derhaka. Siapakah cucu cicit berdarah Ibrahim yang akan muncul sebelum bergabung dengan cucu cicit dari sebelah Hassan?

    Semuanya sudah kelihatan terang.
    Tunggu timing sahaja. Benarlah kenampakan saya, umat melayu akan dilingkupkan Allah s.w.t sekali lagi (penghabisan) tanah melayu untuk selamanya.

    Hanya saki baki yang tinggal (pilihan Allah) akan berjumpa zaman kebangkitan khilafah dan merekalah yang akan berhijrah ke tanah syam.

    Mungkin gempa dasat, mungkin banjir besar sekali lagi?

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Kerengge,

      Banyak persamaan dengan bacaan saya kecuali 2 perkara.

      Perkara pertama

      Keturunan Ibrahim dan keturunan Hasan telah pun bergabung. Ia bergabung di dalam lelaki berkenaan sendiri, iaitu keturunan Ibrahim di sebelah bapa dan keturunan Hasan di sebelah ibu.

      Mengapa? Sebab hadith yang menyebut pertempuran merebut Ilya (Baitulmaqdis) akan berlaku di antara anak-anak Bani Israel. Ini bermakna keturunan bapanya sampai kepada Yaakob a.s bin Ishak a.s bin Ibrahim a.s.

      Hadith lain pula menyebut ia datang melalui sulbi Hasan dan bahawa ia daripada kaum keluarga Nabi saw sendiri (matannya ialah "min fitroti") yang menunjukkan bahawa ia tidak semestinya sampai nasab kepada Nabi saw. Tidak sampai nasab kepada Nabi saw secara hikmahnya juga mengatakan ia juga tidak sampai nasab kepada Hasan. Sekiranya ia dikatakan sampai nasab kepada Hasan maka ia akan bertentangan dengan hadith yang berkata pertempuran merebut Baitulmaqdis di akhir zaman adalah di antara anak-anak Nabi Yaakob a.s.

      Di situlah sebenarnya pertemuan di antara kesemua hadith2 ini. Keturunan sebelah bapa sampai kepada Nabi Yaakob a.s sedang keturunan sebelah ibu sampai kepada Saiyidina Hasan r.a.

      Ia juga satu-satunya penjelasan munasabah mengapa di dalam satu hadith lain yang menceritakan tentang fizikal, sebahagian dikhabarkan punya ciri Arab dan sebahagian dikhabarkan punya ciri Yahudi. Disebabkan 'ia' adalah gabungan kedua-duanya.

      Mengapa Nusantara?

      Pertama, sebab di Nusantara ini banyak keturunan Hasan r.a. Ada di antara mereka yang membentuk kesultanan Melayu pun. Maka ia termasuk di dalam kaum kerabat Syed ataupun Sharif tapi ia sendiri bukan Syed ataupun Sharif, sebab nasabnya sampai kepada Nabi Yaakob a.s. dan demikian tidak mungkin nasabnya sampai juga kepada Hasan r.a.

      Kedua, sebab daripada bacaan dan penilaian saya bangsa Melayu adalah kabilah Bunyamin iaitu kabilah paling akhir di dalam 12 kabilah Bani Israel.

      Kaum Yahudi di Israel yang diyakini dari kabilah Yahuda sedang mencari 10 kabilah Bani Israel yang hilang dan mereka telah menemukannya. Sebaliknya ada satu kabilah yang benar-benar hilang sedang kabilah ini tidak pernah dicari pun (sebab mereka telah pun berjumpa. Kajian DNA menunjukkan kaum Melayu mempunyai DNA Bani Israel). Mengapa Bunyamin? Alasannya banyak dan panjang. Gabungan dari kisah AlQuran,Taurat, sejarah, sikap dan kajian DNA. Mungkin di lain kali.

      Maka kesimpulan saya ialah nasabnya ke atas (keturunan sebelah bapa sahaja) sampai kepada Yaakob a.s sedang furu'nya ke atas (keturunan sebelah ibu melalui nasab mahupun furu') sampai kepada Hasan r.a.

      Di antara Nusantara ini ada 3 negara Melayu iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di antara 3 negara ini hanya Malaysia sahaja yang mempunyai pemerintahan manhaj nubuwwah.

      Manhaj nubuwwah adalah gabungan di antara monarki dan demokrasi. Monarki disebabkan pemerintahan Nabi saw adalah mutlak ke atas semua cabang pemerintahan sama seperti monarki.

      Demokrasi pula disebabkan Nabi saw adalah pilihan majoriti terbesar rakyat negara Madinah dan memerintah dengan mandat rakyat.

      Brunei mempunyai monarki tetapi tiada demokrasi. Indonesia mempunyai demokrasi tetapi tiada pemerintah monarki. Hanya Malaysia yang memiliki kedua-duanya serentak.

      Bersambung

      Delete
    2. Sambungan..

      Perkara Kedua :-

      Tentang 'Act of God' yang disebut pada bacaan saya ialah halilintar disebabkan si dia yang telah mengambil Yahudi Zionist dan Nasrani Zionist menjadi walinya pernah mengeluarkan kalam mencabar halilintar di dalam lafaznya 'biar halilintar membelah bumi saya tak akan letak jawatan'. Maka halilintar adalah jawapan yang paling tepat.

      Kedua ialah halilintar adalah lebih tepat sasarannya berbanding gempa bumi, banjir besar mahupun lain-lain.

      Kelebihan halilintar ialah ia boleh memilih dengan tepat seorang manusia yang berada di tengah-tengah ribuan manusia lain dengan mempastikan orang-orang di sekeliling 'sasaran' terselamat daripada 'Act of God' tersebut.

      Halilintar juga adalah satu-satunya penjelasan dan jawapan yang munasabah kepada doa 'Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami binasa disebabkan dosa-dosa sebahagian daripada kami". Secara mantiknya ia adalah konstraktif kepada "sebaliknya sekiranya Engkau ingin membinasakan, maka binasakanlah orang-orang yang berdosa di kalangan kami dan selamatkanlah orang-orang yang tidak berdosa di kalangan kami".

      Gempa bumi dan banjir besar akan mengenai orang-orang berdosa dan orang-orang tidak berdosa bersama-sama sedang halilintar boleh memilih sasaran yang tepat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. Mujahid boleh teruskan apa yang dimulakanya asalkan dia tahu apa penghujungnya..

    Dia berhadapan dengan ujian dengan amanah serta tanggungjawab yang diberikan..Dia perlu banyak memohon doa, petunjuk dan hidayah dari Allah..Itu destinasi...


    Komen² persekitaran lebih sensasi dan strategi politik dari penyelesaian isu..

    Mereka serang habis²an isu lgbt seolah di era mereka suci murni (KENAPA azalina tidak bersuara?) Tetapi dalam masa yang sama mereka raikan, pertahankan kezaliman, pengkhianatan serta pelbagai jenayah yang lebih dasyat...

    Adalah wajar, dalam bab UGAMA kita fokus kepada pandangan mufti.

    Jangan terpengaruh dengan pandangan org politik atau yg berkepentingan politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu maknyah lgbt bukan isu mujahid sendirian..isu setiap negeri sejak 70an..
      Di Kelantan, tak kurang hebatnya..

      Apa penyelesaian mereka? Tiada tangkapan? Tiada kuasa pun menangkap..kecuali mereka aktif menyundal..

      Mujahid menjadi sasaran kerana pendekatannya..Kalau salah, muzakarah melalui fatwa,

      Delete