Friday 23 September 2016

THE PROMISED LAND: GEMPAK !!! UMNO KEPANASAN SEMINGGU!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kata mengata keji mengeji hina menghina semuanya terburai. Tetapi yang tak sedap didengar ditelinga dan memualkan tekak adalah penafian serta cacian tentang tertubuhnya Parti Politik yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir.

Dari Perlis hingga ke Johor tak ketinggalan di Sabah dan Sarawak semuanya berkotak macam ayam yang bertelur sebijik tetapi habis riuh sekampung begitulah keadaannya apabila menyentuh Parti Bersatu yang baru diluluskan pendaftaranya.

Bukanya ahli yang baru saja yang mendaftar tetapi kebanyakkannya adalah mereka mereka yang tidak pernah berparti tetapi yang menghangatkan keadaan adalah dari golongan  mereka mereka yang lari UMNO. Ini yang menghangatkan lagi Pemimpin UMNO.

Berbagai sindiran dan kata kata sindiran diluahkan oleh Menteri Menteri UMNO. Bukan saja Parti Bersatu yang menghangatkan pasaran, tetapi, persepakatan diantara Tun Dr Mahathir dan bekas timbalannya iaitu Anwar Ibrahim menentang  akta MKN yang memusatkan kuasa ditangan Perdana Menteri dan bukan lagi pada Agong telah menyatukan dua "pejuang" ini dan suhu dalam Parti UMNO pun kepanasan juga.

Bukan  Pemimpin UMNO sahaja yang meluahkan kata kata cercaan tetapi Pemimpin dari gabungan BN seperti MCA Gerakan MIC dan beberapa parti kecil lain juga tidak ketinggalan untuk tumpang semangkok.
Begitulah kegilaan atau ketakutan melampau yang dipaparkan oleh" kelompok "yang memenangi Kerusi Parlimen dan DUN dari undi orang Melayu ini kepanasan, macam cacing kena salai keadaannyam

Kedok naik jinjung atau kacang lupakan kulit amatlah sesuai dilabelkan kepada golongan ini.

Kecoh lagi tak henti henti apabila Persidangan besar dunia, Najib tak menyertai tetapi Timbalannya pula yang pergi , bukan sekali tetapi 2 kali, yang jadi ironinya, kedua duanya di New York, USA, hai dah kenapa pulak ni..Begitulah disimpulkan oleh rakyat..Najib takut..takut kena soal dengan CIA atau FBI..dah bermacam macam hak.m pulak nak jawap.

Tak cukup dengan itu, Rosmah yang diwar warkan akan menerima "Anugerah" , tetapi upacara tersebut telah dibatalkan pada saat saat akhir. Dah..terkucil lagi..pung pang..lagi..Rosmah kena bancuh..tak cukup dengan tu..ada pulak Pemimpin Kerajaan mengatakan bahawa ini adalah ajenda untuk mencampuri kedaulatan .negara ini.. Apalah punya bangang .

Tetapi yang paling panas, adalah Pertemuan Dr Mahathir menghadap Yang DiPertuan Agong. Pertemuan tersebut adalah pertemuan 4 mata iatu diantara YDPA dan Tun Dr Mahathir, tetapi yang anehnya Blogger RPK lebih mengetahui topik perbualan tersebut, maka berjela jelalah andaian dan telahan tetapi yang menariknya,Najib pula menjadi jurucakap YDPA dan mengatakan bahawa YDPA menolak deklarasi kerana tidak mengikut Perlembagaan. Aduuuuuhhh..

Hai..YDPA belum lagi berbincang dengan Sultan ataupun dengan Raja Raja Melayu tentang "deklarasi rakyat" tetapi Najib pula telah mendahului kesepakatan tersebut.....apa tindakan Majlis Raja Raja Melayu ha....?

Dari apa yang dilihat, kelihatan Kepimpinan UMNO iaitu Najib berserta Ahli Barisan Nasional nampak kegusarannya terhadap gelombang yang dicetuskan olih Tun Mahathir and the Gang, sehinggakan Najib dilihat lebih rela bergelumang dengan Peserta dan Pengusaha kekulut serta Peneroka Tanah Felda kerana takut kehilangan undi Peneroka daripada menjadi sasaran Media ataupun terjahan WSJ di USA.

Waima, walau apapun TERJAHAN yang cuba dilakukan UMNO dan kroni mereka demi untuk melemahkan perjuangan Parti BERSATU atau mereka yang tidak sealiran dengan Parti Pemerintah, namun dari hari kehari gelombang rakyat yang menyertai BERSATU dilihat semakin mengancam keutuhan Najib ,UMNO dan gerombolannya.

Untuk sekalian kalinya kita lihat UMNO dibawah teraju Najib telah hilang fokus sebabnya seluruh kekuatan UMNO telah digembeling untuk mempertahankan kekalutan Najib berbanding maruah agama,bangsa dan negara.

Tiada apa lagi yang  bolih diharap melainkan perubahan terhadap kerajaan pada PRU 14 perlu dibuat oleh rakyat demi agama, bangsa dan negara.

               Cahaya al Majid




4 comments:

  1. Petikan dari komen peserta OTB:

    Anonymous said...

    There is one country ruled by Malays. Unfortunately the government people are a bunch of thieves. The religion of peace has condoned the theft for the last 60 years. The S---ans are patrons of thieves. They could not defend themselves (not their people) against the Bugis, the Lanuns, the Portugese, the Dutch and finally the British. The British understood them well, gave them money which they took from the people. Built pal--es for them to play in and no need to work. When the Japanese came, none of them stood up to fight for their th---es. They betrayed their own people and they betrayed the British. When the British returned they were very angry. But they decided that the best was to keep the thieves in power. The Mat Indra and Boestaman would have pensioned them to the Seychelles. But the British wanted to mine the wealth and take it back to Britain. So the S---ans were used again and again. And to this day the people had been robbed. Previously there was some finesse ..

    Saturday, September 24, 2016 12:27:00 PM



    Ahgong and sultans seem to have no clear stand on 1mdb and mo1 issues. Whether they are around or not do not make any difference. We cannot count on them based on their effectiveness to fight the wrong doing of these thieves. I don't see how we can rely on a lame symbol which is proven good for nothing. They are just bleeding the coffer.

    Friday, September 23, 2016 9:42:00 PM

    ReplyDelete
  2. Lambang kedaulatan yang tempang ....kita tukar baju baru lagi bagus.

    ReplyDelete
  3. Cahaya al majid? Al Majid pun berchahaya? Macham matahari pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surah.My
      Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu
      Surah An-Nuur - سورة النور

      Allah SWT berfirman beri peringatan dan perumpamaan :

      "Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur
      hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai
      sebuah "misykat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam
      geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana
      bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan
      minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun
      yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan
      sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada
      matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya -
      memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun
      ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian
      bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda) :

      CAHAYA BERLAPIS CAHAYA. Allah memimpin sesiapa yang
      dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya)
      kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-
      bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah
      Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

      (An-Nuur 24:35)

      Delete