Bismillahhirrahmannirrahim.
CUCI SAMPAI BERSIH
JANGAN ADA TANDA KEKOTORAN LAGI
YANG SALAH TETAP DIHUKUM
YANG BERSUBAHAT PUN PERLU DIDAKWA.
Terkejut, terkedu dan teperanjat, itulah reaksi rakyat jelata apabila mendengar 'keluhan' ataupun 'kekesalan' yang diluahkan olih Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Sukri Abdul berhubung 'ketidakmampuan' atuapun 'ketidaksungguhan' badan badan berkuasa untuk mengambil tindakan berlandaskan undang undang dalam menangani kebenaran terhadap skandal salahlaku Najib aka Perdana Menteri dalam 1MDB yang beliau siasat.
Dapatan dari siasatan yang beliau lakukan, terdapat 'penyelewengan' dan 'salah guna kuasa' yang dirasakan sohih dan benar benar telah berlaku didalam isu SRC International mahupun 1MDB, namun kebenaran yang mahu di'bentangkan', telah "disanggah" olih mereka mereka yang berkepentingan.
Walaupun berbagai usaha dilakukan untuk 'menjelmakan' skandal ini buat pengetahuan beberapa Menteri namun disebabkan terlalu ramai 'manusia berkepentingan bagi melindungi pangkat atau mahu mencuri pangkat orang lain serta mahu menjaga periuk nasi sendiri' maka, usaha murni itu digagalkan, malahan beliau diugut dengan bermacam macam cara, sehinggakan 'maut' pun dijadikan 'ugutan' malahan tindakan tersebut sememangnya mahu 'menyusahkan' diri dan juga keluarga Mohd Sukri .
Peergh...kita ingat 'kisah atau cerita seperti ini hanya berlaku didalam filem atau movie saja..tak sangka betul....anak anak Melayu yang berjawatan tinggi dan berkepentigan dalam Kerajaan pun sanggup menjadi 'mafia' demi kekayaan, pangkat dan harta dunia...
Tak cukup dengan itu, mengadu kepada Majlis Raja Raja pun tidak mendapat 'perhatian' sewajarnya. Kalau setakat Majlis Raja Raja hanya mengeluarkan ketetapan mengenai 'kegusaran" Raja Raja terhadap isu yang dibangkitkan dan hanya mahu Kerajaan memerintah menyiasat saja, sememangnya tidak memadai pun tambahan pula yang diadu itu melibatkan kelibat Perdana Menteri ..memang tak jalan lah...sedih.sedih..sedih...
Syukur Alhamdullilah, sesungguhnya Allah SWT telah memakbulkan doa rakyat Malaysia yang tidak buta mata dan yang , tidak pekak telinga bersungguh sungguh dalam menumbangkan Kerajaan Klepetrokasi Najib, UMNO dan Barisan Nasional walaupun pihak berkuasa seperti Polis, SPRM, mahupun AG tidak bersama rakyat namun dari apa yang diceritakan olih Mohd Sukri ternyata usaha Majlis Raja Raja pun ibarat 'melepaskan batuk ditangga saja' seolah olah kerisauan rakyat dan kesusahan rakyat bukan lagi keutamaan mereka untuk mendengarnya.
Itulah hakikat yang berlaku sebelum PRU 14.
Sekarang rakyat telah membuktikan keberanian dalam menukar Kerajaan, dan apa yang rakyat mahu, semua pemecah pemecah amanah, samaada secara persendirian mahupun secara berkumpulan, dari ketuanya atau Perdana Menterinya mahupun Timbalannya, ataupun semua ahli Kabinetnya yang bersengkokol dan bersubahat dalam 'melindungi' perlakuan jenayah yang dilakukan olih ketua mereka, mereka meraka ini perlu dikenakan tindakan .
Sipelaku mahupun yang bersubahat perlu dihukum seberat beratnya agar menjadi 'teladan' kepada yang lain agar ahli Parlimen mahupun Penjawat Awam yang lain berfikir dua kali untuk melakukan pecah amanah mahupun bersubahat.
Tak cukup dengan sabun maka gunakanlah klorok ataupun peluntur untuk mencuci segala kekotoran yang berlaku dahulu, jangan sampai ada tinggalan bekasnya.
Cahaya Al Majid.
Setakat nak umum anak bulan tidak kelihatan...
ReplyDeleteMemberi 'perhatian serius' dan meminta kerajaan (penyangak) menyiasat (penyangak) dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah (si penyangak).... adoiii....
DeleteBetul... hanya mampu bagitau anak bulan nampak ke idok ajerr...
Terbukti samaada ada atau tiada mereka sama saja. Boneka bernyawa yang harap di sanjung rakyat. Malu lah pada rakyat oiii. Selepas ini jangan layan kerenah mereka yang besar tembolok.
ReplyDeleteUNDENG-UNDENG MALAYZIA PAKATAN HARAPAN SUDAH BERUBAH LAH
ReplyDeleteANE AHMAD ALBAB TIDAK BOLE TOLON JAMIN ENTE LAGI LAH
NASEB BAIK ENTE DITANGKAP MENCURI DINEGARA MALAYZIA LAH
KALO ENTE DITANGKAP MENCURI DINEGARA SAUDI ARABIA
TANGAN ENTE TANGAN BINI ENTE SUDAH KENA FOTONG LAH..
PADAN MUKA ENTE BERDUA TANGAN JADI KUDUN LAH.. =_= =_=