Bismillahhirrahmannirrahim.
BUNGKAM DAN SUNGKIT MEREKA.
Kerajaan hari ini yang diterajui olih Dr Mahathir wajib bersikap tegas dan keras dalam menangani kemelut keberhutangan yang dijana melalui 1MDB.
Kerana menipu dan menyembunyi kebenaran "jumlah hutang sebenarnya yang perlu ditanggung rakyat dan negara' dari pengetahuan rakyat maka mereka ini wajib dikategorikan sebagai "pengkhianat negara".
Melalui pendedahan yang dibuat olih Menteri Kewangan, pembayaran balik sebenar yang perlu dilunaskan kepada peminjam atau pemberi hutang bukanlah melalui penjanaan keuntungan dari syarikat 1MDB mahupun dari program resionalasasi yang diwar warkan Kerajaan terdahulu mahupun melalui kenyataan CEOnya iaitu Arul Kanda, tetapi sebaliknya pembayaran hutang tersebut ditanggung dan dibayar sepenuhnya olih Kementerian Kewangan atau kantung rakyat maka, jelaslah, disini bahawa mereka mereka ini secara terang terangan telah menipu dan berbohong.
Olih itu ke"bertanggungjawab" samaada olih Najib mahupun olih seluruh anggota Pengarah 1MDB berserta seluruh anggota Kabinet Najib wajib digalaskan kebahu mereka kerana "pembohongan dan penipuan secara berkumpulan yang terancang ' ini.
Olih kerana rakyat telah dikenakan dengan cukai GST serta cukai cukai lain yang dibebankan dibahu rakyat demi menyelamatkan Kewangan negara kerana " kecurangan pentadbiran" yang menyebabkan hutang negara melambung tinggi", maka, merampas harta dan melupuskan kekayaan yang mereka miliki melebihi pendapatan wajib disiasat .
Rakyat berhak diberikan keadilan sebenar kerana, pemimpin yang tidak Amanah ini telah menyebabkan kelacuran ekonomi dan menyusahkan kehidupan rakyat.
Cahaya Al Majid.
Kalau hukuman ringan belas kasihan tak jadi pengajaran pada yang lain. Di negeri china hukum tembak untuk jenayah rasuah. Mesti ada ketegasan dan kuat kuasa.
ReplyDeleteapa kata kita buat satu ujikaji?
ReplyDeleteKita gunapakai hukuman yang berlandaskan RUU355 buat pesalah 1MDB dan yang terbabit mengambil wang 1MDB (contohnya rm 90juta..wink wink).
Kalau sabit kesalahan, kita sebat ke, atau poting tangan ke...
Tengok siapa yang menjerit paling kuat lepas tu..