Bismillahhirrahmannirrahim.
POKOK DAH DITEBAS !!,
JALAN DAH DIBUKA!!
TUNGGU SIAPA PULA NAK LALU.
Syukur kehadrat Illahi yang masih memberi keizinan untuk saya terus menulis dan semoga penulisan saya ini akan memberi inspirasi atau sisi sisi baru kepada pelawat.
Minta maaf jua dipohonkan kepada seluruh pelawat, kerana, kurangnya penulisan dibulan Ramadhan ini.
Walaupun telah hampir 3 minggu negara ini bertukar tangan dari pemerintah UMNO Najib kepada Dr Mahathir dari PPBM namun keseluruhan kebinet masih belum terbentuk.
Kini Dr Mahathir baru melantik sebahagian saja dari ahli Kabinetnya namun terdapat desas desus samaada yang mahu 'memcucuk' atau ' sengaja mengocakkan air' yang bertujuan untuk 'memecahkan' kesepakatan, namun bagi Dr Mahathir, itu semua itu adalah hal 'remeh temeh' saja.
Apa yang sedang dilakukan Dr Mahathir kini merupakan sebahagian dari 'pencucian' ataupun 'penyaringan" bagi mendapatkan calon atau tokoh yang tebaik dari kalangan yang baik untuk membarisi Kabinet beliau.
Untuk itu 'bersabar' adalah jalan terbaik untuk semua.
Kenapa Dr Mahahtir tetap menggunakan warna merah untuk latar belakang bendera PPBM? Tidakkah warna tersebut juga digunakan olih UMNO?
Apakah signifikannya warna merah ini untuk dikekalkan?
Adakah warna 'merah' membawa erti yang lain disisi Dr Mahathir?
Kenapa dinamakan PPBM atau Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia?
Kenapa gabungan empat Parti iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah yang dibentuk itu dinamakan Pakatan Harapan (PH)? Dan kenapa Dr Mahathir pula mengetuainya?
Apakah rasionalnya?
Terlalu banyak yang cuba dilingkari olih Dr Mahathir dalam 'memperbaharui' jalan yang baru direntas ini. Dan bersandarkan dari 'keinginan' beliau yang mahu menebus 'kesalah silam"ini, dengan 'merentas' jalan baru buat negara ini, namun, satu hakikat yang perlu Dr Mahathir disedari adalah bahawa kekangan dari Raja Raja Melayu serta ' masa tidak bersama beliau' itulah yang mengusarkan seluruh warga kini.
Bagi bukan orang Melayu, mereka berpendapat bahawa kini adalah masa terbaik buat mereka dan tetapi bagi orang Melayu Islam pula waktu kini merupakan waktu 'terdesak' atau 'waktu kecerderaan yang 'menyakitkan'.
Terdapat berbagai isu hangat yang mula diutarakan seperti, Anwar melebihi batang tubuh TPM Wan Azizah, pemilihan Peguam Negara, dimana YDPA tak 'sealiran' dengan pemilihan Perdana Menteri Dr Mahathir serta isu institusi JAKIM, juga didakwa telah mula 'diusik', permintaan berlebih lebihan olih pertubuhan India seperti Hindraff, juga menyumbang kepada kehangatkan masyarakat Melayu terutama warga UiTM kini.
Tak cukup dengan itu, Ketua UMUM PKR Anwar Ibrahim, mengadap Raja Raja Melayu, untuk apa atau dan atas kapisiti apa, tiada sapa tahu 'niat' dan 'tujuan'nya lawatan tersebut. Semua apa yang berlaku ini membawa banyak 'implikasi' kepada mereka sekiranya mereka 'celik'.
Begitu juga dengan bekas Parti pemerintah iaitu UMNO, walaupun namanya 'gah' kerana berjaya memerintah negara ini untuk tempoh lebih dari 60 tahun namun disebabkan 'kejatuhan' atau 'kekalahan' ini ,parti mereka dilihat terumbang ambing kerana dipukul 'tsunami' rakyat.
Dengan ketiadaan Najib dalam menerajui UMNO kerana terpaksa meletak jawatan, kerana didesak atau mungkin kerana 'rasa kebertanggungjawapnya' diatas kekalahan pada PRU 14 lepas, kini, sesiapa saja dalam UMNO dah mula 'melatah' dan 'bertasbih'.
Adakah ini permulaan baru?
Permulaan baru sebenarnya hanya kepada ahli gabungan Pakatan Harapan yang baru saja menjadi Kerajaan.
Tetapi pada hakikatnya PPBM yang hanya memenangi 13 kerusi Parlimen dimana Dr Mahathir merupakan sebagai pengerak utamanya merupakan 'anchor' atau 'master mindnya' kepada Pakatan Harapan.
Ramai yang menuduh DAP atau Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim dari PKR yang menjadi 'dalang besar" kepada Pakatan Harapan, tetapi semua itu hanyalah 'mitos' buat mereka yang 'buta mata' atau 'buta hati' saja.
Kalau dilihat disegi 'perjalanan' angka 13 merupakan angka yang 'menakjubkan' dan membawa erti yang sangat ideal tambahan pula kalau dilihat dari segi prasa 'akhir zaman'.
Mahathir sebenarnya mahukan lebih banyak kerusi untuk dimenangi dari calon PPBM tetapi itu tidak terjadi. Dalam banyak banyak kerusi yang ditandingi kenapa Allah SWT tetap menetapkan 13 kerusi Parlimen saja buat PPBM. Dan salah satu dari 13 kerusi itu adalah kerusi Dr Mahathir sendiri.
Kenapa tidak berangka 'genap' saja?
Disinilah penilitian perjalanan yang perlu diperhalusi olih 'pendukung' perjalanan.
Siapakah selepas Dr Mahathir yang akan 'mengangkat' jalan ini, itu adalah urusan Allah SWT.
Imbau kembali, kalau dahulu konsep RAHMAN telah terpakai, tetapi kini dunia telah masuk keprasa akhir zaman, ..apa pangilan atau sebutan terhangat kini????
Nantikan...sambungan...lain...masa.. kalau ada 'keizinan'..
Cahaya Al Majid.
..Hmmmm..
ReplyDeleteMAHATHIR SEKADAR PEMBUKA JALAN ???
POKOK DAH DITEBAS !!,
JALAN DAH DIBUKA !!
TUNGGU SIAPA PULA NAK LALU ??
Tunggu duit Mahathir yg dibeku dicairkan dulu
Maka dengan mudah sonang dibawa masuk lalu....
La ni Mahathir dia dok sebok tengah kira duit.......
...Hmmmm...
salam. tak baik buruk sangka.
Delete