Monday, 21 May 2018

THE PROMISED LAND : DALAM MENDEPANI MASA MENDATANG!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

USAHA MERAWAT LUKA HATI RAKYAT

Bagai ular dipukul ekor, begitulah tindakan Najib aka Bekas Perdana Menteri aka Bekas Presiden UMNO aka Bekas Pengerusi Barisan Nasional dalam mempertahankan diri dalam mendepani serangan serangan samaada dari pihak dalaman UMNO sendiri mahupun melalui tindakan pihak berkuasa terutama pihak Polis yang mengelidah beberapa kediaman yang beliau miliki, dengan tuduhan mahupun dakwaan bahawa dikatakan terdapat unsur ketidak adilan pihak Polis dalam menjalankan 'siasatan' mahupun 'serbuan' samaada dikediaman peribadi beliau ataupun dirumah anaknya, itulah yang dibangkitkan Najib, sehinggakan 'coklat' dalam 'freezer' pun dijadikan isu.

Pihak berkuasa terutama  Polis yang menjadi benteng hadapan dalam menguatkuasakan 'undang undang"negara, dilihat amat 'cergas" dan 'berwibawa' dalam menjalankan tanggung jawap seperti yang telah diamanahkan namun semasa Najib menjadi Perdana Menteri, 'kecekapan' Polis didalam 'menegakkan' undang undang terutama yang melibatkan kroni politik yang memihak kepada parti pemerintah samaada UMNO mahupun Barisan Nasional, tindakan mereka dilihat sedikit 'kaku' atau ' salah tingkah' dalam menguruskan undang undang .

Samaada ketuanya takut atau sememangnya 'bersengkokol" dengan mainan kuasa pemerintah atau sanggup 'bersubahat' dengan Perdana Menteri , atau demi kelangsungan 'harta dan pangkat' yang dmiliki , hanya mereka saja yang tahu niatnya.

Bukan kita hendak menyalahkan pihak berkuasa tetapi itulah hakikat yang dipamirkan olih bos bos penguatkuasa terutama Polis, SPRM mahupun AG dalam mendepani situasi yang melibatkan kelibat atau puak pembangkang. Begitulah "sengsaranya" hati rakyat apabila melihat penguasa penguasa ini tidak menjunjung  amanah yang diamanahkan kepada mereka.

Begitulah hilangnya imbangan nilai manusia apabila 'amanah' yang dipegang yang bersumpah dilidahnya akan, kalimah Allah SWT dan yang dilafas dimulutnya, akan tetapi dikedua dua tanganya bergelumang dengan najis najis 'wang haram' yang disuap untuk anak bini makan serta dosa bersubahat, namun, rasa bersalah tetap tidak wujud dalam diri mereka.

Walauapapun, berita yang amat mengejutkan negara, terdapat berpuluh puluh beg yang mengandungi wang tunai samada matawang negara mahupun matawang luar negara telah dirampas dirumah milik Perdana Menteri. Disamping itu berpuluh puluh beg tangan wanita berjenama serta jam jam tangan mahal puluhan ribu sebiji  berserta emas berlian juga telah berjaya dirampas mahupun disita.

Kenapa dan mengapa terdapat begitu banyak wang tunai serta barangan berharga yang dimiliki Najib dikediamanya serta darimana puncanya kekayaan itu, hanya siasatan pihak berkuasa saja yang dapat mengesahkan.

Diharap kali ini, dibawah kepimpinan Dr Mahathir atau dibawah Pakatan Harapan, segala program Kerajaan mahupun program sesebuah Kementerian, hendaknya, hentikanlah budaya ' mengangkut' penjawat awam bagi memenuhi sesebuah program demi menjimatkan 'kos' atau perbelanjaan.
Jangan jadikan 'penjawat awam' sebagai kayu pengukur atau sebagai 'tanda' penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang pemimpin sepertimana yang pernah dilakukan olih pemerintah terdahulu.

Untuk YB YB yang baru dilantik sebagai Menteri, jadikanlah, jawatan itu sebagai penghubung dalam mengeratkan diri atau mendekatkan diri kepada rakyat.

Tempoh 5 tahun bukanlah lama, tetapi, salah laku atau kesombongan diri pemimpin bakal diperhati olih rakyat.

Cahaya Al Majid.








1 comment:

  1. Tun tidak akan lama memerintah tetapi yelahpun meletakan asas yanh kukuh iaitu Rule Of Laws.

    Tidak kira siapa penggantinya, tidak kira dari parti mana, sekarang atau tahun depan atau 10 tahun lagi..rakyat bersedia menghumban mereka jika melanggar garis Rule Of Laws.

    Secara Islamnya, akhlak dan amanah sudah lebih dari mencukupi untuk menjadi pemimpin terbaik dan mulia.

    ReplyDelete