ASSALAMMUALAIKU
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
SEMUA CERITA YANG DITULIS ADALAH BENAR HANYA ALLAH SWT MENJADI SAKSI
Didalam perjalanan mencari kepastian dalam menuju ke pengakhiran kehidupan, berbagai rintangan akan kita tempuhi dan lalui. Begitu juga dengan perjalanan kehidupan aku. Diwaktu aku selalu menghabiskan ruang-ruang masa bersama Amin yang telahpun 'berhijrah' kepada agama yang diredai olih Allah SWT berbagai peristiwa rencah kehidupan kami singgahi. Perjalanan yang ditentukan olih Allah SWT tanpa kita ketahui akan perancanganNya maka pada satu hari Amin disinggahi olih dua orang kenalannya yang datang dari Kuala Lumpur.
Kedua-dua kenalan Amin yang datang ke Langkawi untuk bercuti, seorang bernama Razali pemuda Melayu dan seorang lagi pemuda Kristian bernama Joshua. Pada satu hari Amin memberitahu aku bahawa beliau ingin mengenalkan rakannya kepada aku. Olih itu temujanji diaturkan. Pada waktu yang dijanjikan aku menemui mereka ditempat kebiasaan kami bertemu.
Pada petang itu aku diperkenalkan kepada mereka berdua dan kami menghabiskan lebih kurang 2 jam untuk berkenalan dengan mereka. Aku diberitahu bahawa tujuan mereka ke Langkawi bukanlah semata-mata untuk bercuti tetapi juga untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang ada di Langkawi.
Setelah empat hari hari mereka berada di Langkawi maka aku diberitahu bahawa Razali terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaan dan meninggalkan Joshua sendirian di Langkawi. Memandang pencarian peluang pekerjaan dan perniagaan masih lagi belum diketemukan maka Joshua meneruskan hasrat untuk terus tinggal di Langkawi tetapi kali ini beliau tidak lagi tinggal di hotel . Amin sudi menumpangkan Joshua untuk tinggal bersamanya demi untuk menjimatkan perbelanjaan. Perkara Joshua dipelawa olih Amin untuk tinggal bersamanya dibincangkan dengan aku. Keputusan telah kami sepakati maka apabila Amin akan konti maka aku sekali sekala akan menemani Joshua. Kedatangan Joshua dan Razali ini juga aku beritakan kepada Simon dan juga Hj Kamaruddin.
Seperti biasa , pada setiap petang aku akan kerumah Amin untuk bertemu Joshua. Pada hari tersebut aku mengajak Joshua untuk membawa puteri Amin ketaman permainan yang terletak berhampiran dengan kediaman Amin. Disitu aku dan Joshua melepak bersama-sama sambil memerahatikan puteri Amin bermain sendirian. Walaupun tidak ramai pengunjung dan kanak-kanak disana, pemerhatian terhadap puteri Amin tetap keutamaan kami. Didalam kerancakan perbualan Joshua meluahkan isi hati dan persaaannya. Beliau memberitahu aku bahawa perniagaan beliau dan Razali ketika ini tidak memberangsangkan. Kata beliau lagi ketika ini hati beliau selalu runsing dan tidak keruan.
Penghijrahan Amin dan keluarga serta Simon dan anak-anak kepada Islam sudah diketahui olih Joshua . Dikesempatan petang itu Joshua bertanyakan kepada aku berhubung 'penghijrahan' sahabat-sahabat aku ini. Lalu aku ceritakan semuakepada beliau.
Joshua meminta pandangan tentang kesulitan yang dilaluinya dan ingin mengetahui apakan sebabnya. Lalu aku memberitahu beliau bahawa beliau ' didampingi' olih sesuatu . beliau kehairanan mendengar penjelasan aku itu. Lalu aku berkata bahawa beliau menyimpan sesuatu yang disimpan didalam 'dompet' beliau. Beliau tersentak dengan ungkapan aku. Lalu beliau mengeluarkan dompetnya lalu dikeluarkan sesuatu yang diselitkan didalamnya. Dikeluarkan 'benda' tersebut dan diletakannya dihadapan aku. Beliau pun menceritakan kepada aku perihal 'barang' itu. Kata beliau, barang itu merupakan 'abu mayat' arwah datuk nya yang telah disimpannya untuk beberapa tahun.
Lalu aku menasihati beliau agar ' abu mayat; tersebut perlu disempurnakan dan diletakan ditempat sepatutnmya.Mendengarkan kata-kata aku itu beliau berjanji untuk melepaskan 'barang' tersebut. Lalu aku ditanya bagaimana aku mengetahui akan perkara yang tersembunyi itu. Tidak banyak yang aku perjelaskan kepada beliau. Dengan nada yang berlainan beliau memberitahu aku bahawa beliau telah banyak mendengar cerita perihal aku daripada Amin dan juga Simon.
Dipetang itu aku menceritakan serba sedikit tentang perkara-perkara yang kami lalui bersaman. Mendengarkan penjelasan itu beliau berasa amat tersentuh hati. Joshua adalah seorang penganut Kristian aliran Catholic.
Sehari selepas peristiwa 'abu mayat' tersebut, Joshua ingin bertemu aku di Restoran biasa kami bertemu. Pada petang pertemuan itu, Joshua memberitahu aku bahawa beliau ingin 'berhijrah' . Alhamdullilah, aku panjangkan doa aku kepada Allah SWT kerana telah 'memilih' seorang lagi untuk bersama-sama menyertai agama pilihan Allah SWT, iaitu Islam . Berita akan 'penghijrahan' itu aku kongsikan dengan para sahabat aku Amin dan keluarga, Simon dan anak-anak, Mama Maryam dan juga Hj Kamaruddin. Pada malam itu aku menyempurnakan ' akad' dan ' melafaz sahadah' kepada Joshua.
contoh gambar akad |
Pada keesokkan harinya aku dan para sahabat membawa Joshua ke Pejabat Agama Daerah Langkawi untuk memaklumkan penghijrahan ini dan mendaftar diri beliau sebagai seorang Muslim. Joshua menyerahkan kepada aku untuk menamakan nama Islam beliau dan aku telah memilih Muhammad Fitri sebagai nama Islam beliau.
Maka pada hari itu bertambah lagi seorang sahabat kami. Alhamdullilah, dengan kesempatan yang diatur olih Allah SWT serta 'perjalanan' yang aku belum pasti bila 'penghujungnya', maka masa yang terluang aku menafaatkan untuk mengajar dan mendidik sahabat-sahabat ini. Lebih kurang dua minggu berselang, Mohammad Fitri atau Joshua pulang ke Kuala Lumpur .
Diperpisahan itu aku memanjangkan doa aku kepada Allah SWT agar Allah SWT sentiasa memelihara dan memberkati Mohammad Fitri atau Joshua didalam perjalnannya . Amin.
Nota : Dihalaman akan datang kisah keajaiban Allah kepada ' Nini" dan 'Don Frazier' atau Yabob bin Abdullah'
No comments:
Post a Comment