Wednesday, 18 April 2012

AKU DIDALAM MISTERI NINI

                                                                  BAHAGIAN TUJUH

ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang dItuliskan disini semuanya benar  hanya Allah SWT menjadi saksi.


Didalam perjalanan aku  dibumi  Langkawi yang asing bagi aku, kekadang terlintas dihati kenapa aku dihantar sebegini jauh dan apakah tujuan 'penghijrahan' ini terhadap aku dan juga keluarga. Semua yang pernah aku miliki sebelum ini semuanya telah "diambil" olih 'Empunya'. Didalam sedar tanpa kesedaran aku semakin jauh dari kehidupan realiti yang aku tidak tahu penghujungnya. Kenapa aku dipertemukan dengan Simon, John, Andrew, Peter, Nora, Mama Maryam dan juga Joshua, jpertanyaan belum terjawap. Kenapa??? Dibenak fikiran , aku selalu bertanyakan kepada Khalik Ku, kenapa begitu mudah dan terpersonanya sahabat sahabat yang aku nyatakan ini dengan mudah menerima Islam sebagai jalan kehidupan mereka. Mereka ini semuanya sudah bertahun-tahun  didalam pelukan agama mereka dan ada diantara mereka pernah juga meluahkan kata-kata 'pengikat diri ,' I'ii born Catholic and I die in Catholic'. Inilah ungkapan yang  sering dilontarkan ketika pertama kali kami bertemu .Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam, sesungguhnya Kau yang mengetahui segala yang tersembunyi.


Didalam perjalanan aku, yang hampir setiap hari menghantar isteriku  ketempat kerja maka ramailah kenalan beliau  yang aku  jumpa. Ada diantaranya akan kekal sebagai kawan dan adapula hanya singgah dipersada hati. Itulah kelaziman yang aku lalui bersama-sama isteri aku. Ketika isteri aku tidak berkerja aku akan menemani beliau  melawat kawan-kawan yang sealiran dengan perjuangan seni beliau. Olih itu ramailah pemuzik dan penyanyi yang aku kenali dikelompok seni ini disekitar Langkawi.


Salah seorang dari mereka adalah Nini. Beliau merupakan seorang penyanyi. Orangnya cantik dan comel. Memandangkan ister aku sudah dikenali  di Langkawi maka perhubungan  isteri aku dengan beliau bolih dikategori sebagai amat baik. Mereka selalu berhubungan terutama untuk mendapatkan lagu-lagu yang terkini. Seingat aku mungkin lebih tiga ke empat kali kami bertemu . tetapi selalunya kami akan ketempat mereka menyanyi Memandangkan kontrak beliau tidak disambung dan beliau dikabarkan tidak berapa sihat maka Nini mengambil keputusan untuk balik kekampung . Perkabaran beliau telah pulang dimaklumkan kepada isteri aku olih ketua kumpulan muzik tersebut iaitu Allan. 


Pada suatu petang, selepas waktu Maghrib, pintu rumah aku diketuk dan aku mendengar suara lelaki memberi salam. Pada ketika itu kami sekeluarga berada dirumah.Lalu isteri ku membuka pintu , seorang lelaki berdiri dimuka pintu sambil bertanya 'adakah ini rumah kak Shila", kata lelaki tersebut. Lantas aku pun bangun mendekati isteri aku. Isteri aku menjawap ya, lalu bertanya siapakah gerangan beliau. Lelaki itu memberitahu bahawa ada seseorang ingin bertemu . Lantas isteri aku bertanya siapakah orang yang dimaksudkan itu. Lelaki itu memberitahu bahawa Nini ingin berjumpa dengan nya. Lalu isteri aku memyuruh lelaki tersebut menjemput Nini naik keatas. Ketika itu kami tingal di tingkat empat.  Lebih kurang 10 minit aku lihat lelaki tadi bersama seorang wanita yang berselubung litup dan tidak menampakkan rupa. Isteri aku menjemput lelaki tadi dan 'Nini' masuk kedalam lalu menyuruh beliau duduk disofa. Apa yang dapat aku lihat, wanita 'Nini'  itu keadaannya teramat lemah dan untuk menaiki tangga beliau terpaksa dipapah. Isteri aku tidak berkata apa-apa hanya kesedihan meyelubungi perasaan beliau. Sewaktu pertemuan dahulu, keadaan Nini amat berlainan sekali, beliau seorang yang ceria dan peramah. 


Melihatkan keadaan begitu, lalu isteri aku bertanya kepada Nini kenapa jadi bagini. Agak lama juga hendak menjawap pertanyaan itu (Mungkin kepenatan menaiki tangga agaknya).  Lalu Nini membuka bicara menerangkan kisah yang terjadi kepada beliau.' Kak, saya sebenarnya baru pulih dari koma. Kata ibubapa saya lebih kurang sebulan saya koma dan terlantar dihospital Kuantan.Sebelum saya koma saya demam beberapa hari dan memandangkan keadaan saya semakin lemah maka inubapa saya menghantar saya kekelinik berhampiran. Setelah menjalani pemeriksaan maka Doktor menyuruh ibubapa saya menghantar kehospital Besar untuk rawatan seterusnya. Katanya keadaan saya sudah tenat. Apabila saya dihantar ke Hospital Kuantan maka saya dirujuk kebahagian kecemasan. Setakat itu saja yang saya ingat ketika itu. Lebih sebulan saya dikatakan koma olih ibubapa saya. Yang menjadi kemuskilan dan tandatanya saya adalah 'Abang. Siapa abang sebenarnya?. tanya Nini. Lalu isteri aku bertanya Nini, kenapa dia bertanyakan abang. Nini bercerita lagi, yang saya ingat dan yang terpahat difikiran saya adalah 'abang' , saya dibawa naik ke'atas langit' saya tidak tahu dimana,, lalu saya 'ditanya', 'adakah saya ingin balik atau tinggal disini'.Seingat saya, saya tidak menjawap pertanyaan itu.Tiba-tiba 'abang' datang, abang mengenalkan 'dirinya', lalu membawa saya turun.Itu saja yang saya ingat sampai hari ini. Apabila tersedar dari koma, saya menceritakan 'pengalaman' itu, lalu saya 
meminta keizinan dari ibubapa saya untuk ke Langkawi untuk mencari 'akak' dan 'abang' untuk bertanyakan hal ini.


Lalu Nini bertanya kepada aku, 'abang, siapa abang sebenarnya' ,' orang yang membawa saya turun adalah abang'.Saya hendak tahu kebenaran'. Mendengarkan kata-kata Nini itu lalu aku ceritakan serba sedikit  pengalaman aku . Lalu aku jelaskan kepada beliau, "siapa aku' tidak penting untuk beliau ketahui kerana semuanya adalah "rahsia' Allah SWT. Hanya Allah SWT saja yang mengetahui yang tersembunyi kata aku lagi. Mendengarkan kata-kata aku itu maka puaslah hati beliau dan pada malam itu isteri aku menahan beliau agar bermalam dikediaman kami.


Pada keesokkan harinya Nini berlepas pulang ke Kuantan dan sehingga kami meninggalkan Langkawi tiada kabar berita yang kami terima daripada beliau lagi. Semoga semua perjalanan yang beliau lalui  dan tempuhi kami mendoakan agar beliau sentiasa dilindungi Allah SWT dan diberkati kehidupanya.


Nota : Kisah terperinci perjalanan Aku, isteri aku dan Nini aku tuliskan didalam buku .

No comments:

Post a Comment