Wednesday, 18 April 2012

AKU , RONNIE DAN HJ KAMARUDDIN

                                                             BAHAGIAN LAPAN

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM




Semua yang dituliskan disini semuanya benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


Pada awal penghijrahan aku ke Langkawi, manusia yang aku kenali ketika itu adalah Hj Kamaruddin dan pembantu beliau Ronnie. Ronnie adalah pemuda yang berasal dari Sabah beragama Kristian. Walaupun beliau berlainan kepercayaan , namun sikap beliau yang peramah dan mudah bergaul membuatkan beliau amat senang didekati. Sebenarnya aku hanya mengenali Ronnie melalui Hj Kamaruddin. Hj Kamaruddin merupakan Assistant F & B Manager di Awana Porto Malai dan sebelum Hj Kamaruddin ditukarkan ke Langkawi beliau bertugas di Awana Kijal, Terengganu, disebabkan promotion maka Hj Kamaruddin ditukarkan kesini, begitulah serba sedikit perihal latarbelakang Hj Kamaruddin. Profil penuh Hj Kamaruddin akan aku singkap dibahagian lain.


Sepanjang pertemuan aku dengan Hj Kamaruddin diAwana maka setiap kali itulah Ronnie akan bersama. Setiap pertemuan  dengan Hj Kamaruddin, semestinyalah topik 'jalan pulang' menjadi agenda kami dan mungkin disebabkan topik ini menarik perhatian Ronnie maka beliau amat tertarik untuk mengetahui secara dekat. Kedatangan Simon dan keluarga sewaktu Tahun Baru juga diketahui olih Ronnie. Pada ketika itu Ronnie masih bujang dan tinggal dirumah sewa yang berhadapan dengan kediaman aku di Apartment LADA. Memandangkan Ronnie berjauhan dengan keluarganya maka beliau telah menganggap Hj Kamaruddin sebagai 'saudara' sendiri. Banyak masa diluangkan bersama Hj Kamaruddin dan juga keluarga Hj Kamaruddin sendiri. Begitulah akrabnya mereka ini.


Didalam perjalanan  yang tidak pernah aku rancang ini, maka, setiap pertemuan aku dengan Simon dan anak-anak begitu juga dengan Amin  serta Hj Kamaruddin kebanyakanya terjadi di Awana.  Disebabkan kejadian besar banyak  terjadi disini maka semestinya sebahagaian besar disaksikan sendiri olih Ronnie. Hj Kamaruddin banyak memainkan peranan didalam 'penghijrahan' Ronnie. Disebabkan Ronnie telah mengetahui terlalu banyak 'ransia' maka pada satu malam, beliau telah bermimpi. Beliau didatangi olih 'seseorang" yang berjubah penuh tetapi beliau tidak dapat melihat wajah 'hamba' tersebut, kata Ronnie. Didalam mimpi itu Ronnie telah diajar surah ' Al Fatihah', namun mimpi itu tidak mengoyahkan keyakinan beliau kepada agama ibubapanya. Tetapi mimpi itu berulang kali dan sekali ini beliau telah dihadiahkan sehelai 'sejadah' pula. Memandangkan kekerapan 'mimpi' yang aneh bagi beliau lalu beliau menceritakan kepada Hj Kamaruddin apa yang dilaluinya.Lalu Hj Kamaruddin 'mentafsir' mimpi tersebut mengikut apa yang difahami beliau dan Hj Kamaruddin mencerikakan kepada aku. Selang beberapa hari dari hari kejadian, Ronnie 'berhijrah' kepada Islam dan beliau meminta aku menamakan dirinya. Aku memanggil beliau Mohammad. Apabila mendaftar diPejabat Agama Langkawi beliau telah meletakkan nama beliau sebagai Mohammad Roni bin Abdullah.


Memandangkan watak Roni ini memainkan peranan penting didalam perjalanan aku maka banyak kisah yang dilaluinya ketika bersama aku dan Hj Kamaruddin  akan aku ceritakan didalam bahagian seterusnya. Kisah Roni dan Hj kamaruddin yang telah  aku 'amanahkan' untuk mengambil sesuatu di Mekah serta pengalaman 'terindah' beliau sewaktu di Ka'abah dan juga di Madinah .Memandangkan perjalanan beliau hanya terjadi selepas kehadiran Don Frazier atau Yaakob bin Abdullah maka cerita Mohammad Roni akan aku tulis dilambaran yang lain. 


Aku berdoa kehadrat Allah SWT agar beliau diberi rezeki dan nikmat serta dilimpahi hidayah olih Ya Rabb. Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. disamping isteri dan anak-anak beliau yang sedang membesar. Amin.




Nota : Keseluruhan perjalanan Ronnie  yang dinamakan Mohammad bin Abdulah terkandung sepenuhnya didalam buku aku.

No comments:

Post a Comment