Thursday, 19 April 2012

AKU DAN DON FRAZIER @ YAACOB ABDULLAH

                                                               DON FRAZIER  BHG I

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Segala apa yang dituliskan disini semuanya benar hanya Allah SWT menjadi saksi.




Kepada semua pelawat ruangan ini aku ingin memohon maaf diatas kesilapan teknilal . Post yang aku tuliskankan disini semalam telah secara tidak sengaja 'terdelete'. Maaf juga aku pohonkan kerena semua ini adalah ketentuan Illahi. Mungkin Allah SWT menginginkan aku meneruskan penulisan berhubung dengan Don Frazier tetapi aku tidak menepati yang dijanjikan dan aku mendahulukan kisah 'Hafiz', mungkin ini kesalahan yang dilakukan tanpa kesedaran. Aku akan bermula pagi ini dengan kisah Don Frazier atau Yaacob bin Abdullah.


DON FRAZIER @ YAACOB
Setelah kehadiran Simon dan anak-anak. Amin Carlos dan keluarga, Mama Maryam, Joshua, Nini dan Ronnie yang telah melalui prasa masing-masing dengan dengan 'miracle' Allah  dan masing-masing melalui dengan penuh kesabaran. Perkara pokok dan akar umbi agama Allah telah aku sematkan dihati masing-masing dan kini terpulanglah kepada mereka untuk mempraktikkannya. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan membimbing mereka ke jalan yang lurus dan benar mengikut Al Quran dan Sunnah.


Didalam perjalanan aku berserta mereka yang hampir dengan aku, pada satu hari Simon memberitahu aku bahawa beliau ingin berjumpa dengan aku secara sendirian. Pada perjumpaan yang berlangsung di restoran kebiasaan kami bertemu, Simon meluahkan isi hati beliau. Katanya, kekangan kewangan beliau kini berada pada tahap 'serdahana', kerana selepas kepulangan Ken Peddler maka tiada lagi sumber pendapatan yang dapat menampung kewangan mereka anak-beranak. Mendengarkan luahan hati beliau, aku amat bersimpati dengan penjelasan beliau. Beliau memohon kepada aku agar memohon kepada Allah SWT agar beliau diberi kesempatan dan peluang sekali lagi untuk meneruskan perniagaan serta mencari pendapatan bagi menampung kedua-dua putera beliau.


Aku bertanya kepada beliau apakah beliau pernah memohon dengan sepenuh hati kepada Tuhan akan keinginan itu, katanya beliau selalu memohon setiap kali selepas solat. Mendengarkan kata-kata Simon maka aku amat tersentuh hati mendengarkanya. Inshaallah, kata aku dan aku juga berjanji bahawa permintaan beliau itu juga akan aku pohonkan kepada Tuhan,Allah SWT.


Dua hari berselang aku berjumpa Simon dan aku katakan bahawa didalam masa yang terdekat beliau akan menerima panggilan dari seseorang berhubung urusan perniagaan beliau. Maha Suci Allah, Allah Maha Mengetahui, Simon menerima panggilan yang dijanjikan dan menghubungi aku tentang panggilan tersebut. Pada hari itu juga Simon ingin segera berjumpa dengan aku. Dalam perjumpaan itu Simon bertanya aku, "Bagaimana" aku bolih' mengatur ' semua ini . Lalu aku katakan kepada beliau, sesuatu yang terjadi mengikut kehendak Nya. Simon memberitahu aku bahawa kali ini beliau dikehendaki ke Singapura dan hanya dari sana beliau akan merancang perjalanan seterusnya. Sementara itu Simon memberitahu aku bahawa sepanjang peninggalan beliau ke luar negara anak beliau akan ditemani olih Mama Maryam.


Aku memberi penerangan kepada beliau bahawa perjalanan beliau kali ini amat berlainan dari perjalanan biasa, lalu, aku memberitahu beliau bahawa " klien' yang bakal beliau temui  nanti adalah seorang yang 'istemewa' kerana 'klien' tersebut mempunyai 'brain tumur'. Olih itu aku ingin Simon bertanyakan perihal 'anugerah' ini kepada 'klien' itu.


PEMANDANGAN DI SWITZERLAND
Simon telah berlepas ke Singapura pada awal tengahari dan aku jangkakan bahawa beliau hanya berkesempatan menemui 'klien' tersebut seleeat-lewatnya pada sebelah malam.  Pada sebelah malamnya aku menerima panggilan dari Simon dan memberitahu aku bahawa beliau sudah bertemu dengan 'klien' itu dan Simon mengesahkan bahawa apa yang aku perkata mengenai 'klien' itu adalah benar dan 'klien' tersebut teramat ingin berjumpa dengan aku. Simon berjanji dengan 'klien' itu bahawa setelah segala urusan perniagaan ini selesai maka Simon akan membawa beliau menemui aku. Lalu Simon memberitahu aku bahawa beliau akan ke Switzerland untuk seminggu.


Pada hari terakhir beliau di Switzerland beliau memberitahu aku bahawa beliau akan kembali ke Langkawi bersama-sama 'klien' beliau yang bernama Don Frazier. 


Don Frazier adalah warganegara New Zealand, mempunyai dua orang anak Scott dan Christie. Scott berada di England sementara Christie berada di Australia. Don Frazier adalah seorang jutawan, beliau adalah pemunya ladang buah Kiwi dan hasil dari kebunnya telah dieksport keluar negara. Beliau adalah seorang duda dan berumur dalam lingkungan 58 tahun .


CONTOH BILEK DON MENGINAP
Pada hari mereka mendarat Simon menghubungi aku bahawa dia telah mengaturkan perjumpaan kami  pada sebelah malam di hotel tempat Don Frazier menginap . Berita perjumpaan itu aku kabarkan kepada Amin dan juga Hj Kamaruddin tetapi Hj Kamaruddin tidak dapat bersama kerana bertugas. Pada malam tersebut aku kesana sendirian kerana Amin akan menyusul selepas waktu 'konti'. 


Lebih kurang sepuluh minit menanti Amin diperkarangan parkir hotel Amin pun sampai lalu kami bersama-sama naik kebilik Don Frazier. Setibanya dipintu bilik hotel Don Frazier Amin membunyikan loceng. Aku dijemput masuk olih Simon, aku lihat Mama Maryam, John dan juga Andrew turut serta. Lalu kami diperkenalkan kepada Don Frazier. Setelah dilihatnya aku, lalu' Don Frazier memeluk aku sambil berkata, 'You're the Man, You're the Man" 'Thank you Lord" kata Don Frazier. Aku terpinga-pinga dan terkejut. ( Kisah terperinci hanya tercatit didalam buku). Setelah salam perkenalan dibuat dan bersembang maka kami semua dijemput untuk makan malam di Coffee House.
GAMBARAN PEMBEDAHAN TUMUR


Setelah kami habis makan malam aku sekali lagi dijemput untuk naik ke bilik untuk sesi perkenalan seterusnya. Kami semua naik kebilik. Lalu Don Frazier menceritakan kisah perjalanan peribadi beliau. Beliau memberitahu aku bahawa beliau hanya ada enam bulan saja lagi untuk hidup. Perkara ini telah disahkan olih pakar perubatan beliau di New Zeaand. Tahap 'brain tumur' beliau sudah keritikal dan tidak bolih diubati lagi. Mendengarkan penjelasan itu kami semua terkejut dan simpati dengan beliau. Apa yang dapat aku perhatikan kepada keadaan fizikal beliau,mata beliau sudah 'tidak bergerak tepat' dan apabila kita ingin bercakap dengan beliau kita harus meluruskan muka kearahnya kerana pendengaran beliau tidak bebarapa jelas . Amin bertanya kepada Don Frazier, kenapa beliau melafaskan ungkapan ' You're the man', . Lalu Don Frazier menerangkan kata-kata beliau tadi.


-BERSAMBUNG-














No comments:

Post a Comment