Thursday 19 April 2012

AKU DAN DON FRAZIER @ YAACOB ABDULLAH

                                                                BAHAGIAH II

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM




Semua yang dituliskan adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


Setibanya dibilek penginapan Don Frazier, apabila semua sudah berkumpul, lalu Don menunjukkan sebuah pulau yang bertentangan dengan bilek beliau. " That Island", sambil jarinya menghala ke pulau tersebut.  Dibilek beliau terdapat lakaran peta pulau Langkawi yang dikelilingi olih pulau pulau  lalu terus berjalan ke arah peta tersebut. Ditunjukan nya lagi kedudukan pulau tersebut. This island , kata beliau. Lalu Amin melihat peta tersebut, Pulau Timun kata Amin, This is pulau Timun or in english we call it cucumber. Mendengarkata penjelasan Amin, itu lalu beliau sekali menerpa kearah aku lalu dipeluknya aku sekali lagi. "Yes, you're the man'  thank you Lord . kata Don sekali lagi. Lalu beliau menceritakan kenapa beliau berkata begitu. Kata Don, sewaktu ketibaan beliau dibilek hotel, beliau telah memohon petunjuk daripada Tuhan. Katanya, 'adakah benar,  orang yang mengetahui akan 'tumur' nya merupakan orang yang ditunggu; jelas beliau lagi. Kata beliau lagi," Oh Lord, please show me a sign, is this is the man". Sewaktu beliau berdoa itu, beliau sedang menghadap kearah pulau yang dikatakan tadi. Tiba-tiba 'kilat' memancar kearah pulau itu, lalu dia berkata lagi, Thank you God, you showed me the sign" Thank you Lord. Sambung Don lagi, for your information , i was forbidden form eating cucumber.  Dengan petunjuk Tuhan itulah yang membuatkan beliau yakin akan jawapan yang diterimanya dari Tuhan Yang Maha Esa.
Add caption


Berlanjutan dari itu maka, pada keesok harinya, Hj Kamaruddin menjemput Don Frazier berserta dengan kawan kawan yang lain untuk makan malam di Awana Porto Malai. Pada malam tersebut aku membawa isteri aku bersama begitu juga dengan Amin. Kami duduk semeja, Aku, Simon, Amin, dan juga Hj Kamaruddin sementara yang yang lain duduk dimeja bersebelahan. Kata Don lagi, sebelum beliau makan beliau harus mengambil ubat terlebih dahulu dan disebabkan ubat itu terlalu kuat , maka beliau akan 'high' untuk tempoh lima belas ke dua setengah jam. Olih itu kami biarkan beliau 'high' apabila memakan ubatan tersebut. Selepas setengah jam beliau pun sudah seperti sediakala, lalu beliau bertanyakan sesuatu kepada aku. Katanya didalam hati beliau terpahat satu angka yang beliau dapat sewaktu hari pertama beliau meninggalkan New Zealand dan angka tersebut bermain-main dimindanya sehingga hari ini. Beliau ingin tahu apakah 'maksud' angka tersebut. Lalu aku meminta keizinan beliau untuk merujuk angka tersebut didalam kitab yang aku percayai 'Al Quran' beliau bersetuju dengan cadangan aku. Lalu aku meminta Hj Kamaruddin mengambil senaskah Al Quran yang disimpan di pejabat beliau. Angka tersebut mengandungi 3 digit, lalu aku tututkan angka tersebut mengikut Juzuk dan dua nombor terakhit merujuk kepada nombor ayat. Lalu aku terangkan kepada beliau maksud ayat tersebut. Kata ayat tersebut ' aku adalah tuhan kamu, Allah', lalu aku katakan pengertian ayat itu. kepada beliau. Beliau memahami penjelasan aku, lalu beliau berkata, " Yes, I will" kata Don. Mendengarkan kata-kata Don itu aku terdiam dan tidak berkata apa-apa lagi. Perbualan ini aku hentikan disitu.


Pada hari kepulangan beliau aku dan para sahabat mengiringi beliau di Lapangan terbang.Didalam keterbatasan waktu untuk berlepas, Don Frazier memberitahu aku bahawa beliau ingin 'berhijrah', ingin memeluk Islam. Beliau meminta supaya aku menyempurnakan niat beliau itu pada ketika itu juga. Alhamdulilah, kemudahan surau yang terdapat di lapangan kami gunakan, lalu, kami semua bergegas kesana. Setelah aku ajarkan beliau untuk membersihkan diri lalu kami semua ke ruang solat. Dengan disaksikan beberapa jemaah disana berserta para sahabat aku, maku aku sendiri melakukan ' akad' dan 'lafaz sahadah' untuk beliau yang disaksikan senaskah Al Quran yang aku pegang. Maka pada hari itu sempurnalah Don Frazier sebagai seorang Muslim dan aku menamakan beliau sebagai Yaacob bin Abdullah.


Nota : Perincian kisah beliau hanya terdapat didalam buku aku.
Bahagian III akan muncul, inshaallah, dalam masa terdekat.


Allah Maha Besar.

No comments:

Post a Comment