Saturday, 21 April 2012

AKU DAN DAN DON FRAZIER BHG III

                                                                  " MIRACLE' ALLAH  

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang dituliskan adalah benar hanya ALLAH  SWT menjadi  saksi
                                                                                                       Ladang Buah Kiwi N.Z
Don Frazier yang baru saja berlepas  dengan identiti baru Yaacob Bin Abdullah akan meneruskan perjalanan ke England sebelum kembali ke New Zealand. Tujuan beliau kesana adalah untuk melawat anak lelakinya ,Scott yang berkerja di London untuk seminggu.


Dua minggu berlalu selepas pemergian Don Frazier. Aku menerima panggilan jarak jauh, dari New Zealand. Yaacob dengan gembira memberitahu aku bahawa ' tumur' yang dihidapainya telah tiada dan ini disahkah olih pakar yang merawat beliau. Katanya pada  hari pertama  beliau kehospital untuk mendapatkan rawatan susulan, Doktor yang merawatnya telah mengesahkan keadaan beliau dan para Doktor tidak mempercayainya akan keputusan itu namun untuk memastikan akan kesahihan keputusan tersebut maka pada keesokharinya beliau dikehendaki sekali lagi menjalani pemeriksaan penuh dan keputusan yang diterima adalah sama, 'tumur' beliau telah tiada. Dengan keputusan itu semua para doktor yang merawatnya mengatakan bahawa apa yang dilalui olih beliau adalah satu 'miracle' dari Tuhan dan tidak terdapat didalam kamus kedoktoran. Sebenarnya sudah lebih 5 tahun beiau hidup dengan 'tumur' dan selama ini hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan olih pihak hospital, Kata Yaacob , Doktor  beliau  memberitahu bahawa beliau adalah satu-satunya pesakit yang 'bertuah' di mukabumi.


Yaacob bertanyakan kepada aku apakah  yang harus dilakukan olih beliau untuk mengucapkan syukur kepada  Allah SWT. Lalu aku memberitahu beliau bahawa  lawatan ke Mekah untuk menunaikan Umrah adalah yang sebaik-baiknya. Beliau bersetuju dengan saranan aku dan beliau berjanji akan datang semula ke Langkawi selepas beliau menyelesaikan semua urusan penting di New Zealand.


Seminggu berlalu Yaacob memberitahu aku bahawa beliau sudah bersedia untuk ke Langkawi dan penerbangan beliau ke Malaysia dijangka pada keesokkan harinya. Ketibaan Yaacob ke Langkawi disambut olih Simon. Pada kali ini beliau menginap di Awana Porto Malai.
Pada sebelah malamnya kami semua ke hotel menemui Yaacob. Aku, Amin, Simon dan anak-anak serta Roni semuanya hadir. Pada malam itu Yaacob menceritakan 'miracle' yang terjadi kepada beliau. 


Pada keesokkan harinya selepas sarapan pagi lalu kami  bawa beliau ke Pejabat Agama untuk mendaftarkan 'nama Islam' beliau, setelah semuanya selesai maka kami pulang semula ke Awana. Didalam kegembiraan  Yaacob bertanya , bilakah dia bolih ke Mekah untuk melengkapkan 'umrah', lalu aku cadangkan kepada beliau agar pemergian beliau ke Mekah ditemani olih Hj Kamaruddin. Beliau besetuju dengan cadangan aku dan aku cadangkan agar permohonan serta urusan ke Mekah di usahakan dengan kadar segera. Alhamdullilah,  dua hari Yaacob dan Hj Kamaruddin menghabis masa di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan dan pada malam tersebut mereka kembali semula ke Langkawi. Perjalanan mereka ke Mekah dijadualkan pada hujung minggu. Mulai dari hari itu hampir setiap hari aku menghabiskan waktu untuk mempersiapkan diri beliau untuk  menunaikan umrah.


Pada satu Malam ketika kami di Holiday Villa, aku, Hj Kamaruddin, Amin , Simon, Yaacob di dan Zainal (adik Simon) berserta isteri aku coffee house, Waktu itu hujan lebat baru saja berhenti. Memandang restoran terletak berhampiran kolam ikan maka pada malam itu 'sang kodok' bersahut-sahutan diserata tempat. Dengan seruan sang kodok , ia membuatkan perbualan kami terganggu olih suara sang kodok. Memandang launga sang kodok seakan akan tidak berhenti maka bersuara, "Oi Please keep quiet" kata beliau kepada 'sang kodok'. Tidak juga berhenti. Setiap seorang dari sahabat aku pun melakukan yang serupa, menyuruh sang kodok berhenti, tidak berjaya juga. Lalu Amin menyuruh aku pula betsuara. Kalau tadi semuanya dengan suara yang keras maka giliran aku pula agak ganjil. " Shut up" kataku dengan nada yang lembut. Dengan tidak disangka-sangka seluruh 'sang kodok' terdiam tidak bersuara, sunyi sepi. Begitulah kisahnya pada malam tersebut. 


Nota : Kisah teperinci hanya terdapat didalam buku.


Sehari sebelum mereka berlepas, aku dan Amin ke Awana untuk bersama-sama mereka, tetapi kali ini Simon dan anak-anak tidak turut serta  aku tidak tahu kenapa. Didalam perjumpaan itu aku memberitahu Hj Kamaruddin apa yang perlu dibuat dan dilakukan sewaktu Di Mekah mahu pun di Madinah. Segalanya aku terangkan secara teperinci dan aku meminta Yaacob agar beliau mengikut  apa yang dilakukan olih Hj Kamaruddin kecuali satu saja arahan yang aku minta Yaacob sendiri lakukan  sewaktu di Madinah. Yaacob memahami apa yang aku suruh. Dan kepada Hj Kamaruddin pula, aku meminta beliau 'memfidyah' Al Fatihah kepada 'insan' yang bertanggungjawap membuka 'hijab' beliau iaitu Pak Lan, dan aku mohon agar 'fidyah'itu dilakukan dihadapan Ka'abah.


Pemergian Yaacob dan Hj Kamaruddin sudah hampir penghujung dan pada  hari yang dijanjikan mereka telah sampai di Langkawi dengan selamat. Tetapi yang amat mendukacita aku serta sahabat yang lain terdapat juga insan yang mengkhianati jalan yang Allah SWT sediakan ini. Kumpulan sahabat dari Kuala Lumpur, sahabat yang menyaksikan banyak 'kebenaran', 'sanggup mengkhianati aku. Aku dituduh dengan bermacam-macam fitnah, hanya Allah SWT yang tahu bertapa hancur luluh hati ini mendengarnya.
TN HJ KAMARUDDIN  F & B MANAGER AWANA


Nota :  Kisah fitnah ini aku tuliskan di bahagian Hj Kamaruddin .Kisah  'miracle' yang dilalui olih Hj Kamaruddin akan aku ceritakan didalam bahagian lain.


Setelah apa yang berlaku diLangkawi sewaktu kehadiran Yaacob amat aku kesali, Yaacob bercadang untuk menubuhkan ' Pusat Saudara Baru' berkecai akibat 'perasaan iri hati' sahabat terbongkar..
Kisah dugaan dan pengkhianatan akan aku tuliskan dilambaran yang lain.


Setelah selesai Yaakob bin Abdullah pulang semula ke New Zealand dan sehingga kini aku masih lagi berhubungan dengan Yaacob dan beliau telah beberapa kali menziarahi aku di negeri yang di 'Pertuan" kan.



No comments:

Post a Comment