Tuesday, 14 August 2018

THE PROMISED LAND : ISLAM MULA JADI 'TUNGGUL' DALAM ERA PAKATAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari demi hari, bulan bersileh ganti, saat bertukar jam, namun, 'perancangan' menuju kehancuran semakin hampir.

Kerajaan bertukar tangan kuasa beralih tampok, namun, "kesedaran" masih tidak berubah. Keadaan tetap sama namun ' kudis dibadan' sedikit demi sedikit dah 'menyusuk' dan membengkak.

Waima samaada pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Pemerintah mahupun pemimpin Melayu Islam dalam puak pembangkang, semuanya 'hilang punca' dalam menangani isu yang melibatkan 'tegahan' dalam Agama Islam.
Mungkin kerana terlebih menjaga 'hati' kaum lain berbanding 'hukum Allah" yang telah ditetapkan,  namun,  jalan 'menyelamatkan tengkok sendiri' diambil demi memuaskan hati pendukong dan pencinta kaum 'Luth".

Tiada tujuan lain melainkan 'mahu memperlekehkan Agama Islam' itulah matlamatnya.

Isu 'tegahan' atau 'kemudharatan' yang ditakrifkan amat bersalahan dalam Islam kini mula 'dipermudahkan' atau 'dibenarkan', gara gara pemimpin yang dipilih  'takut kehilangan kuasa' atau takut hilang 'pengaruh' mahupun takut 'kena basuh' dengan rakan bukan Islam dalam parti.

Peergh!!!!!!

Saki baki 'kaum Luth" yang dilaknat Allah SWT yang dahulunya 'menyelindungi' akan kegiatan mereka, namun kini semua itu telah terdedah secara terang terangan dan mula diangkat di"persada masyarakat' tanpa rasa malu mahupun rasa bersalah.



Malahan kini kelompok ini  sudah mula dijadikan 'ikon' olih 'puak berkepentingan', tetapi..kenapa pemimpin umat Melayu Islam ini tetap 'buta hati' dan mahu mengangkat mereka??.

Bukannya sifat kita suka menghukum, tetapi, ini adalah 'hukum Allah", sedangkan kaum Lut pun Allah SWT hancurkan, sehancur hancurnya, sanggupkah kita 'menghadapi' bala Tuhan???

Firman Allah s.w.t:

"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83)

Nampaknya tiada seorang pun diantara para para Pemimpin  
Islam yang bertegas dalam menegakkan 'hukum Allah' ini, insahaallah, seperti yang dijanjikan, 'waktu itu' pasti menjelma. 
Kini usia Pakatan Harapan hanya 100 hari...jangkamasa 730 hari - 100 hari..tidaklah lama..

Allah SWT hanya akan bersama hambaNya yang ikhlas saja. 
Tanpa keikhlasan 'hanya' syaitan jadi pelindung mereka.

Cahaya Al Majid.

7 comments:

  1. Biar waktu membicarakannya...
    Kita² ini hanyalah nyamuk di mata pemimpin.
    Cukuplah kalau kita jaga hati kita, prinsip kita, jiwa kita:
    TIDAK SUKA DAN TIDAK AKAN SESEKALI MENYOKONG DAN MEMBENARKAN APA JUA KEPUTUSAN PIHAK YANG BERKUASA YANG BERLAWANAN DENGAN HUKUM ALLAH (hanya mampu di dalam hati kita). Ajarkan juga kpd anak cucu kita, biar kita mati dengan prinsip ini ketika menemui Tuhan kita, daripada mati dalam keadaan sesat nyata!



    ReplyDelete
  2. Secara individu, Islam di malaysia lebih baik.

    Tak adalah setiap pagi mendoakan yang buruk2 mengharap kejatuhan pemimpin korup. Pemimpin korup sudah pun jatuh.

    Lebih tenang kerana tiada percukaian zalim..

    Harta negara sedang dijaga samada oleh pemimpin Islam mahupun pemimpin kapir.

    Soal.iman.individu. tanggungjawab individu utk menjaga iman.keluarganya.

    Jangan riak rasa diri lebih beriman dari seorang maknyah dapat hidayah dia bertaubat masuk syurga..

    Kita yang riak mana destinasinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak setuju lansung. Hidayah tu petunjuk tak payah nak tunggu-tunggu takut tak sempat, sudah ada pun dalam Quran. Diantaranya Allah amat murka dgn gay. Sudah tentulah gay yg muslim wajib bertaubat serta berubat. Kalau tidak ini baru betul dikatakan riak kerana engkar. Begitu juga riak, merupakan kemurkaan Allah, ada petunjuknya dlm Quran, wajib juga bertaubat insaf (tak buat lagi). Begitulah seterusnya akan perkara bathil yg lain. Perbuatan menegur yg salah tetap salah demi Islam tak kan lah riak namanya lainlah kalau hati perut penegur tu macam gampang. Ok tak?

      Delete
    2. Allah mengetahui tentang kamu sejak Dia menciptakan kamu daripada tanah dan sejak kamu masih menjanin di dalam perut ibu kamu. Maka janganlah kamu menyangka diri kamu itu suci, Dia lebih mengetahui siapa di kalangan kamu yang bertaqwa.

      Kebathilan akan lenyap apabila tiba masanya, maka tak perlulah bergundah-gulana.

      Delete
  3. Apa? Islam menjadi tunggul di era PH? Tak betul tu. Sebaliknya pembersihan jiwa dan rohani sedang berlaku ke atas orang-orang yang menyangka diri mereka dan pasukan mereka adalah orang-orang yang suci sahaja yang mahu menggambarkan sedemikian. Setuju dengan komen bro KD di atas.

    ReplyDelete
  4. Salam sdr Al-Majid.

    Mohon off-topic kepada tajuk entry tetapi masih di dalam tajuk 'perjalanan kedua'.

    Mohon berkongsi komen saya di blog KD yang berkaitan dengan topik 'perjalanan kedua'.

    --------

    john doeThursday, August 16, 2018 2:29:00 AM

    Sebahagaian daripada tanda-tanda awal bacaan-bacaan yang saya pernah kongsikan beberapa kali di sini dan di blog lain sejak sebelum PRU14 berlangsung, iaitu pada zaman baru (zaman terakhir umat Islam selepas zaman fitnah), Putrajaya akan menjadi kesinambungan kepada Istanbul. 

    Istanbul akan tumbang, dan kemudian akan diselamatkan oleh Putrajaya. Akhirnya Istanbul akan membuat penyerahan simbol takhta umat kepada Putrajaya. Dengan Tun Mahathir sebagai PM, segalanya semakin berkemungkinan. 

    Berbeza dengan pembukaan pertama Istanbul oleh Sultan Muhammad al-fateh yang menggunakan senjata, pembukaan semula Istanbul pada zaman baru hanya akan menggunakan zikir 'lailahaillallah' dan 'Allahuakbar'. Logik akal mengatakan bahawa sebelum berlakunya 'pembukaan kedua', maka ia mestilah tumbang terlebih dahulu. 

    Kesemua ini memang tercatit dalam khabar nubuwwah lebih 1400 tahun yang lampau. 

    Sebagaimana Istanbul menjadi pusat berakhirnya zaman menggigit (khilafah monarki) dan bermulanya zaman fitnah, sedemikianlah Putrajaya akan menjadi pusat di mana zaman fitnah akan mula-mula sekali ditinggalkan, in shaa Allah. 

    Dan seperti yang pernah beberapa kali saya kongsikan, zaman fitnah tidak boleh ditinggalkan melainkan dengan kebathilan itu benar-benar dilenyapkan sama sekali. 

    Dan seperti yang beberapa kali saya sebutkan, kebathilan itu tidak akan lenyap sehinggalah pertempuran di antara kebenaran dan kebathilan telah benar-benar mencapai klimaksnya. 

    Macai dipersilakan untuk terus menerus berdusta, memutarbelit dan memfitnah, kerana kalian hanya sedang membawa pertempuran ini ke klimaks. 

    Deryada olsa herşey muzafferDillerde tekbir, Allahü ekberAllahü ekber, Allahü ekberOrdumuz olsun daim muzaffer.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

    ReplyDelete