Thursday, 16 August 2018

THE PROMISED LAND : "LESBIAN" PULAK YANG HENDAK DIJULANG.

Bismillahhirrahmannirrahim.

APA HAK SUHAKAM
DAN SUHAKAM PUN BUKAN  BERSTATUS "SURUHANJAYA DIRAJA" PUN

Kalau kelompok Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang mendakwa bahawa mereka mendukong hak hak dan nasib manusia sejagat, kenapa, pembunuhan serta kekejaman samaada yang berlaku di Yamen ke, Palestine ke mahupun pembunuhan dan pengusiran bangsa Rohingya dari tanah air mereka pun tidak diberikan keadilan.

Kenapa pula nasib "lesbian" mahupun kelompok LGBT pula yang beriya iya mahu dipertahankan?

Atau pun, sememangnya  SUHAKAM merupakan 'alat" mereka?

Berbagai takrifan berhubung kanun atau jenayah yang terketegori dalam kesalahan Undang Undang Syariah mula dipertikaikan  SUHAKAM.

Apakah hukuman 'sebatan' mahupun ' hukuman mati" yang dijatuhkan  dalam Mahkamah Sivil juga bersalahan???
Apa pula pendirian dan pandangan SUHAKAM terhadap "ketetapan" ini?

Kenapa kes "lesbian" mereka melenting?
Adakah kelompok "lesbian" mahupun LGBT ini menjadi tulang belakang negara yang perlu dipertahankan?

Tidakkah SUHAKAM sebenarnya telah 'melanggar' etikanya sendiri dalam kes "membela" Lesbian di Mahkamah Shariah Terengganu?
Apakah SUHAKAM mahu menjadi 'Penentu" atau " Hakim" dalam Perundangan Mahkamah Shariah.

Cahaya Al Majid.


3 comments:

  1. Persoalan yg tuntas.mereka hanya akan pertahan kan apa yg mereka rasa mahu pertahankan sahaja. Alasan hak asasi atau apa sahaja hanyalah sebagai alasan

    ReplyDelete
  2. ehh kan ini yang depa katakan selama ini kerajaan panji panji hitam dari timur kann... haahh tepukk tepuk..!!

    ReplyDelete
  3. Masih terlalu awal untuk tepuk. Nanti apabila kebenaran itu benar-benar diturunkan dan kebathilan itu benar-benar dilenyapkan maka bolehlah golongan yang diberikan kemenangan mutlak itu benar-benar bertepuk tangan. Betul tak?

    Jawabnya tak betul. Sebab apabila kebenaran itu benar-benar turun dan kebathilan itu benar-benar dilenyapkan maka orang-orang Muslim tidak akan bertepuk tangan melainkan mereka akan melakukan satu di antara dua perkara berikut :-

    1. Bertasbih memuji Tuhannya

    2. Beristighfar memohon keampunan Tuhannya.

    Golongan yang akan melakukan perbuatan yang pertama adalah mereka yang daripada golongan yang diberikan kemenangan. Mereka bertasbih sebagai tanda bersyukur tidak perlu lagi bermusuhan dengan saudara seagama mereka disebabkan oleh pendustaan golongan ahli fitnah.

    Ada pula orang-orang yang akan melakukan perkara yang kedua pula ialah mereka dari golongan yang selama ini menyokong kebathilan disebabkan bodoh sombong dan juga bingung dan dengan lenyapnya kebathilan itu maka mereka telah diselamatkan daripada terus-menerus menjadi pengikut kebathilan tanpa mereka sedar.

    Ada pula bagi golongan yang dilenyapkan pula, manusia akan berkata : "innalillahi wainna ilaihi raji'un. Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun melainkan manusialah yang mengainayai diri mereka sendiri".

    Maka apabila kezaliman dan kebathilan itu benar-benar dimusnahkan, akan berlakulah perubahan-perubahan ketara yang berikut:-

    1. Dari kegelapan kepada cahaya
    2. Dari kejahatan kepada kebaikan
    3. Dari penindasan kepada pembelaan
    4. Dari pecah belah kepada ukhuwah.

    Masanya sudah semakin hampir.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete