Monday, 27 August 2018

THE PROMISED LAND: SEMUANYA BAGAI TAK KENA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

       SEMAKIN PARAH

Bermacam macam  syarikat "Skim Cepat Kaya" tumbuh dan melata dibumi Malaysia ini. Dan diantaranya adalah 'Pak Man Telo" dan beberapa lagi.
Walaupun  dijanjikan dengan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah namun ramai juga rakyat negara ini terjerat, samaada Melayu, Cina, India dan juga warga Sabah dan Sarawak namun apabila timbul saja 'skim baru' yang dijaja pihak yang tidak bertanggung jawap namun 'rakyat marhean' tetap juga melangganya.

Walaupun banyak pengaduan telah dibuat kepada pihak berkuasa namun pembenterasan tetap tidak berkesan.

Begitulah halnya dengan "tentang Janji Janji" kerajaan kepada rakyat sebelum PRU.
Pakatan  menjanjikan "pulangan" yang baik Dan menguntungkan buat rakyat namun
bila "kuasa' dah ditangan berbagai alasan didendang dan kini "kuasa" yang dimilik mula dijadikan bahan dagangan .
Kini berbagai alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka.

Kini keadaan ekonomi negara tidaklah membersangkan malahan apayang berlaku hanyalah penguncupan.

Bukan itu saja apa yang diusahakan olih kerajaan Pakatan Harapan nampaknya memberikan impak yang negative pula pada pasaran dan ini sangat membimbangkan halatuju negara.

Sehingga kini belum nampak lagi usaha  pemulihan atau pembetulan telah dilakukan tetapi apa yang sedang hangat diburu dan diwarwarkan hanyalah pengyonglap atau penyamun duit rakyat.yang dituduh iaitu Najib Razak.

Walauapapun biarkanlah APA yang hendak diusahakan olih Pakatan mahupun Mahathir. Namun untuk secara hakikatnya, tiada apa yang bakal berubah untuk tempoh terdekat ini.

Untuk seketika ini, biarlah mereka samaada PKR mahupun kelompok dalam Pakatan "berseteru" sesama mereka.

Ulangan atas apa yang terjadi terhadap UMNO yang akhirnya melahirkan PKR mahupun seperti berpecahnya PAS yang melahirkan AMANAH, sedang dalam proses.
Dan sebenarnya ini amat dialu alukan olih bukan Melayu. Samaada melayu sedar atau sebaliknya suara kelompok ini sudah semakin vokal dan menonjol.

Berulang kali telah saya katakan bahawa Mahathir hanyalah "pembuka jalan" . Kalau masih ramai yang tak faham, itu bukan masaalah saya.

Cuba perhatikan scenario politik negara kita, bermacam macam hal telah berlaku samaada didalam Kerajaan mahupun dipihak pembangkang. Tuduh menuduh mahupun saling salah menyalahkan semakin ketara.

Tahun 2018 hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Baki baki bulan terakhir ini semakin menginjak hati rakyat. APA Yang dijanjikan semakin jauh  untuk dicapai mahupun dipenuhi olih pemerintah.

Namun apa yang pasti, keadaan ekonomi negara kita tidaklah seperti apa yang dijangkakan.

Prasa yang lebih besar pasti meletop dalam waktu terdekat. Namun dalam kerangka Islam pula kejadian besar pasti berlaku sebelum tertutupnya Tahun 2018.

Kalau kejadian "ribut pasir" Di Arafah telah saya ketahui terlebih awal, tidak mustahil apa yang telah saya ketahui tidak Akan berlaku.
Hanya Allah SWT saja tempat Aku berlindung.

Cahaya Al Majid.



1 comment:

  1. Faham. Faham bukan baca buku, baca keadaan yg berlaku. Read between the lines - alang

    ReplyDelete