Tuesday, 14 August 2018

THE PROMISED LAND: ORANG SARAWAK LUPA ATAU BUAT BUAT LUPA

Bismillahirrahmannirrahim.

BILA KESELAMATAN BUKAN LAGI ANCAMAN
ORANG SARAWAK LUPA DIRI.


"31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' : James Masing"

Ditanya sama ada kenyataan ini akan mengguris perasaan rakyat Semenanjung, James terus mempertahankan kenyataannya itu kerana sejarah membuktikan Malaysia terbentuk dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada tahun 1963.

"Untuk meraikan 31 Ogos tidak perlu. Namun, sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, kita boleh menghantar delegasi untuk meraikan sambutan itu bersama orang Malaya," tambahnya.

Apa yang diungkap olih James Masing iaiitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak sememangnya 'menjijikan' dan merupakan satu penghinaan kepada Yang DiPertuan Agong.
Memburukkan lagi terhadap pandangan beliau, seolah olah pengorbanan anak bangsa Melayu dari Askar Melayu DiRaja yang 'gugur' dibumi Sarawak, tiada nilai langsung atau tidak dihargai.

Inilah jenis "bangsa atau orang ulu" yang tak kenang budi diatas segala pengorbanan olih anak anak Melayu dari Semenanjung  yang terpaksa bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan kemaslahatan agar anak anak orang Sarawak dapat tidur lena dan 'belajar' seperti bangsa lain.

Ada diantaranya hanya 'mayat' atau 'jenazah' saja yang pulang ke Semenanjung.

Sedar ke orang Sarawak bahawa anggota askar mahupun  anggota polis hutan yang ke Sarawak semuanya pergi dengan cukup sifat tetapi bila pulang ke Semenanjung ada yang putus kaki, ada yang putus tangan dan ada yang cacat seumur hidup, pernah ke orang Sarawak berterima kasih?? atau  menunjukkan simpati??

Nampaknya segala pengorbanan yang dicurahkan olih anak bangsa dari tanah Semenanjung ini, nampaknya langsung tidak membawa sebarang erti buat anak Sarawak ,terutama Timbalan Ketua Menterinya James Masing.
Kalau ituah yang digambarkan olih Pemimipin atau Ketuanya,  sememangnya itulah realitinya.

So...Jangan 'langsilah' James, kalau tak ada anak Melayu dari Semenanjung ini yang dikerah untuk 'terkorban nyawa' dan terpaksa berpisah dengan keluarga,, perlu diingat, mungkin sehingga kini, 'orang Sarawak' tetap 'bercawat' atau sama tarafnya dengan rakyat Papua New Guinea seperti gambar dibawah. So....Jangan gebang lebihlah..

Image result for sarawak native

Image result for sarawak native

Ingatlah sejarah, dahlah bangsa dan orang kau dipaksa merempat dan dihina olih James Brooke ditanah kelahiran sendiri, tetapi, masih nak 'menyombong' dan 'bongkak' diri.
Belum ada dalam sejarah lagi tercipta,  si penjajah bolih menobatkan diri sebagai Raja melainkan di Sarawak. Orang Sarawak  berajakan 'Mat Salleh"
So..hebatkah orang Sarawak????

                         APA MAKSUD MASING DENGAN UNGKAPAN 'ORANG MALAYA'
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
menghantar delegasi untuk meraikan sambutan itu bersama orang Malaya," tambahnya.
So kepada James Masing, kalau tak suka bolih pulangkan darjah Tan Sri itu kepada Kerajaan Malaysia atau Yang Di Pertuan Agong , dan buatlah pilihan sendiri samaada 'orang Sarawak' tetap mahu bersama dengan pendirian awak.

Ada seorang specis macam kau ni memang 'hampeh'.

Cahaya Al Majid.



2 comments:

  1. United States of America diwujudkan oleh 13 negeri sahaja. 13 negeri inilah yang telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 4 July 1776. Semenjak itu satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika ini. Hari ini US memiliki 50 negeri dan menjadikan 13 negeri terawal sebagai minoriti. Namun demikian kesemua negeri-negeri dalam Persekutuan bernama USA ini menyambut hari kemerdekaan mereka pada 4th July dan membuat kiraan tahun kemerdekaan bermula 1776.

    Ketika India merdeka, Hyderabad telah memilih untuk menjadi 'negara merdeka' dan tidak menyertai Persekutuan India mahupun Persekutuan Pakistan (Indian Independence Act memperuntukkan setiap negeri di dalam British India berhak memilih sama ada untuk menyertai India atau menyertai Pakistan ataupun menjadi 'negara merdeka' sendiri. Hanya selepas 2 tahun sahaja Hyderabad menyertai Persekutuan India (iaitu pada September 1948 akibat tekanan dari Persekutuan India).

    Goa juga tidak menyertai Persekutuan India pada masa kemerdekaan disebabkan Goa bukan koloni British tetapi adalah koloni Portugis. Goa hanya 'dimerdekakan' dan dibawa masuk ke dalam Persekutuan India puluhan tahun selepas itu (1961).

    Pun demikian pada hari ini Hyderabad dan Goa turut menyambut hari kebangsaan / kemerdekaan mereka pada 15 Ogos dan membuat kiraan tarikh kemerdekaan bermula 1947.

    Berbanding Hyderabad dan Goa yang diserap masuk ke dalam Persekutuan India secara paksaan, Sabah dan Sarawak telah menyertai gabungan Malaysia secara persetujuan majoriti. Yang memilih adalah atuk dan nenek TS James sendiri.

    James Masing jelas mempunyai pengetahuan sejarah seperti katak di bawah tempurung. Itu belum dikira pengetahuannya tentang prinsip persekutuan. Itu belum dikira juga penilainnya kepada pengorbanan anggota-anggota keselamatan dari Malaya yang menjaga negeri ini demi keselamatan penduduknya sehingga ia hari ini menjadi sebuah negeri yang makmur lagi sejahtera.

    Bandingkan Sarawak dan Malaya yang tempoh senggangnya hanya 6 tahun (1957 - 1963) berbanding India dan Goa (1947-1961) dan bandingkan juga jumlah 2 negeri tambahan (Sabah dan Sarawak) berbanding 11 negeri asal (Malaya) dengan jumlah negeri asal USA (13) dan negeri tambahan (37).

    Sejarah di bawah tempurung tidak boleh mengatasi sejarah universal yang lebih besar sebagai precedent. Apatah lagi sejarah USA dan India sebagai sebuah negara bermula lebih awal daripada sejarah Malaysia mahupun Malaya.

    Apa pun saya kira TS James hanya terkhilaf. Mudah2an dia sedar kesilapannya itu dan memohon maaf sebagaimana dilakukan oleh Menteri-menteri PH yang melakukan kesilapan.

    Lagipun kata-katanya itu sudah tentu tidak disokong oleh majoriti orang Sarawak. Untuk menghina seluruh negeri Sarawak semata-mata di atas kalam seorang anak negeri ini sahaja adalah juga tidak adil kepada rakyat negeri ini yang lain.

    Manusia memang tak sunyi dari kesilapan tetapi mengeras dengan perkara yang silap itulah kesilapan yang sebenar.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam John. Kalau Yang berkata itu orang biasa, kita tak ambik pot pun, tetapi ungkapan itu datang nya dari Timbalan Ketua Menteri,Tu Yang Panas hati tu

    ReplyDelete