AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Friday, 23 August 2013
KAPAL DRADGER KETIGA TERBESAR DIDUNIA MILIK ANAK MELAYU MALAYSIA DILANCARKAN SEMALAM DI PULAU INDAH
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Alhamdullilah dan syukur hehadrat Illahi, pada tarikh 22hb August 2013 bertempat di Pulau Indah, seorang anak Melayu yang berpandangan jauh dan berkeyakinan tinggi terhadap bangsanya telah berjaya melancarkan Kapal Dradger atau dikenali sebagai Trailing Suction Hopper Dredger yang diberinama INAI KENANGA berjaya dilancarkan dan 'layarkan" .
Kebetulan isteri saya telah mendapat jemputan melalui sahabat beliau dan saya dijemput sekali untuk sama-sama menyaksikan perasmian dan pelancaran kapal tersebut yang semestinya diresmikan olih Perdana Menteri Malaysia yang 'lemah" Najib dan pelancarannya dilakukan olih Rosmah . Walaupun saya tidak berminat dengan perangai Najib dan kelakuan Rosmah, tetapi diatas dasar kejayaan anak bangsa yang berjaya membangun atau membina sendiri kapal tersebut dibumi bertuah ini,saya cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk bersama-sama empunya kapal ini iaitu INAI KIARA SDN BHD ..
Melalui ucapan Dato' Guizar, kumpulan mereka mengambil masa selama 3 tahun untuk menyiapkan kapal tersebut. Walaupun perjalan membina ini bukanlah semudah membuat bangunan, namun, kepakaran dari luar negara juga diperolehi daripada rakan sahabatnya dari luar negara. Hujan, panas, ribut dan segala macam dugaan ditempuhi selama 3 tahun ini untuk menyiapkan Inai Kenanga , dan alhamdullilah, hari iui merupakan hari bersejarah bagi diri Dato' dan juga seluruh keluarga Inai Kiara Sdn Bhd dengan pelancaranya ditambah pula kapal ini dibina dibumi Melaysia dengan menggunakan tenaga kerja anak tempatan dan semoga ini akan menjadi perncetus kepada kejayaan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada negara dan juga anak-anak melayu untuk terus berusaha.
Alhamdullilah, ramai tetamu yang datang rata-rata terdiri dari berbagai bangsa dan tidak ketinggalan pembesar-pembesar dari luar negeri juga turut hadir dimajlis tersebut. Dianggarkan seramai 1,500 - 2,000 orang menghadiri Majlis Perasmian dan Pelancaran tersebut. Tetapi yang agak mengujakan lebih kurang 200 artis , Penyanyi dan Pelakon dijemput untuk perasmian tersebut dan ini 'memuskilkan' saya atas kepentingan apa mereka ini dijemput ?
Korek punya korek dari 'orang kuat" Dato', saya difahamkan bahawa Dato' dengan bermurah hati telah menaja dan menghantar lebih kurang 100 artis vateran untuk menunaikan Umrah sepanjang tahun. Alhamdullilah dan syukur kehadrat Illahi, kerana masih terdapat juga insan berhati mulia dibumi ini yang sanggup 'berkorban wang ringgit' semata-mata ingin menunaikan hajat seseorang untuk menziarahi Rumah Allah di Mekah. Hanya doa dan kerahmatan juga dipohonkan agar Allah SWT memurahkan rezeki Dato' dan didoakan semoga keluarga dan orang disayang sentiasa dilindungi Allah SWT.
Didalam kemeriahan pelancaran dan perasmian tersebut, sempat juga saya bergambar dengan beberapa artis tempatan seperti Siuful Apek, Hamid Gurka, Noorshila Amin ,Zur Eda, Rohana Jalil ,Nasir Wahab,Salwa Abd Rahman, Arie Putra dan pelakon lama seperti Hamidah Wahab, Fazilah Mansoor, Norlia Ghani, Rosminah Sidek tidak ketinggalan Dhalan Zainuddin dan isteri Effa Rizan, ditambah dengan Dato' Zulkifli Zain dan bekas calon Parlimen Herman Tino dan isteri dan ramai lagi. Sesungguhnya kehadiran artis-artis ini amat menceriakan suasana diPulau Indah semalam, walaupun kehadiran mereka hanya sebagai tetamu. (Penat bergambar u).Terima kasoh Dato' bukan senang nak jumpa artis 'meletop' ni (legend bro).Sekurang-kurangnya perasaan 'meluat' terhadap Najib dan Rosmah terubat juga dengan kerenah artis ini.
Lebih kurang jam 5.30 ptg Najib melancarkan Perasmian melalui ucapannya namun pelancarannya hanya dilakukan sejam kemudian. Yang saya tidak berkenan dengan Majlis tersebut ialah apabila Rosmah dijemput untuk ,melancarkan' kapal tersebut kedalam air.Apa kena-mengena Rosmah dengan acara ini, sepatutnya atau semoleknya biarlah Najib selaku Perdana Menteri melancarkanya sendiri kerana beliau adalah Ketua Negara atau pun olih YDPA atau setidak-tidaknya DYMM Sultan Selangor, barulah nampak cantik dan molek.
Saya meninggalkan majlis selepas jam 7 malam dan ketika itu tetamu kehormat masih lagi di'tapak pelancaran' dan saya difahamkan kapal tersebut telah berjaya berada diair selepas azan Maghrib dilaungkan. Alhamdullilah, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Hanya padaNya kita berserah dan menyerah.
Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Dato'Gulzar Mohammed serta kaki tangan Inai Kiara Sdn Bhd diatas pelancaran kapal Dredger ketiga terbesar didunia . Semoga khidmat bakti terhadap negara dan tanggungjawap terhadap anak bangsa akan diberikan keutamaan.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam mana untuk apply kerja ..bagi orang yang ingin bekerja di syarikat perkapalan ini?
ReplyDeleteTahniah sbb dapat mengikuti majlis berkenaan sekalipun tidak "selera" dengan kehadiran PM and wife. FYI, normally mana-mana kapal didunia sekalipun akan dirasmikan oleh wanita. Dan "wanita bertuah" dipilih oleh pemilik kapal tersebut.
ReplyDeleteNi kapal tanker ker kargo? Mcm mne nk apply? Sy ade pengalaman lg naik kapal besar..cme seatime di ferry langkawi 7 bulan..ade discharged book..dan sijil BST & TANKER FAMILIARIZATION.mohon jasa baik tuan membantu..wan 0172747673
ReplyDeleteNama Saya Mohd Firli Shaari..Ada Kekosongan Tak Untuk Kapal Kargo Dan Tanker Untuk jawatan sebagai Deck Rating(AB).Saya Mempunyai Sijil BST,CHEMICAL,TANKER,RIGGING SLIGGING,KAD PELAUT DAN BUKU PELAUT..harap jasa baik tuan dapat membantu anak-anak melayu...
ReplyDeleteNama Saya Mohd Firli Shaari..Ada Kekosongan Tak Untuk Kapal Kargo Dan Tanker Untuk jawatan sebagai Deck Rating(AB).Saya Mempunyai Sijil BST,CHEMICAL,TANKER,RIGGING SLIGGING,KAD PELAUT DAN BUKU PELAUT..harap jasa baik tuan dapat membantu anak-anak melayu...
ReplyDeleteNama Saya Mohd Firli Shaari..Ada Kekosongan Tak Untuk Kapal Kargo Dan Tanker Untuk jawatan sebagai Deck Rating(AB).Saya Mempunyai Sijil BST,CHEMICAL,TANKER,RIGGING SLIGGING,KAD PELAUT DAN BUKU PELAUT..harap jasa baik tuan dapat membantu anak-anak melayu...
ReplyDelete