ZAHID MEMBELASAH MENTERI PILIHAN AH JIB GOR KAW- KAW KANAPA NAJIB PERLU MELUTUT KEPADA HINDRAF??? SIAPA GUNTING DALAM LIPATAN?? SIAPA DURI DALAM DAGING?? 'PENDERHAKA' JUGA YANG KAU ANGKAT!!! |
Kebelakang ini setiap keputusan Najib yang melibatkan pilihan ahli kabinetnya semakin hari semakin dipertikai olih anggotanya sendiri.Kalau didalam UMNO sendiri masih kedengaran keluhan terhadap 'cadangan' Najib untuk melantik semula Sharizat Jalil bertaraf menteri dan belumpun reda 'isu' tersebut kini Zahid Hamidi membelasah pula Timbalan Menteri pilihan Najib dari Hindraff iaitu bekas Pengerusi Hindraff kerana 'mencucuk' PDRM diatas ketegasan membenteras penjenayah.
Sikap kebebalan Najib semakin hari semakin nyata dan 'memualkan'. Diharap keseluruhan ahi UMNO dapat menilai semula kedudukan Najib sebagai 'Presiden"UMNO. Jangan disebabkan kebebalan 'seorang Presiden ' keseluruhan UMNO terlingkup.
OOI BRO NAJIB......LU SUDAH SALAH PILIH KALAU MACAM NILAH KEPUTUSAN YOU MELAYU BAKAL 'MENTALKINKAN' KITA SEMUA PENJENAYAH PENTING KA??? ATAU MAHU RAKYAT SELAMAT??? AKAI.... ADA ..... KA!!!!! |
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis. Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.
"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment