HJ KAMARUDDIN
ASSALAMMUALAIKUM
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
Semua yang dituliskan adalah benar hanya ALLAH SWT menjadi saksi.
Hj Kamaruddin merupaka insan pertama yang aku kenali sewaktu hari pertama aku tiba di Langkawi. Beliau adalah seorang yang baik budi perkerti dan berbudi bahasa. Keluarga beliau berasal dari Singapura dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur diawal remajanya. Beliau merupakan seorang Assistant F & B Manager di Awana Porto Malai. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai 5 orang cahaya mata, 4 puteri dan seorang putera. Arwah bapa beliau adalah seorang guru agama dan allahyarhan bondanya merupakan seorang juara Qariah dari Singapura. Latar belakang agama beliau amat baik. Kedua arwah ibubapa beliau amat perihatin dengan agama. Kamaruddin, sewaktu ayahanda masih lagi hidup sedikit sebanyak dapat juga beliau menuntut pelajaran agama olih itu kecenderungan beliau terhadap agama amat tinggi. Sebelum beliau berpindah ke Langkawi beliau telah pun menunaikan rukun Islam ke lima dan telah beberapa kali melakukan umrah.
Beliau merupakan seorang poenghidap 'asma yang akut' dan perjalanan seharian beliau, beliau menggunakan 'healer' sebagai rawatan untuk penyakit tersebut ditambah pula paras gula didalam diri beliau juga tinggi (diabetis) dan yang terakhir penyakit 'gaut' juga agak kronik. Memandangkan keadaan beliau yang mempunyai berbagai-bagai komplikasi maka makanan yang diambil terpaksa dipantau.
Didalam perjalanan kedua aku, beliau merupakan saksi yang menyaksikan apa yang telah berlaku, pengislamam kawan-kawan, saksi keatas Ken Peddler dan isteri, menyertai Yaakob menunaikan Umrah, 'Menjemput' hadiah aku dari Ka'abah', 'menyaksikan petunjuk Allah tentang diri aku', menyaksikan makan tengahari 13 dan bermacam-macam kejadian besar yang berlaku ketika bersama aku dan peristiwa yang tidak tercapai olih akal fikiran.
Setiap insan yang singgah didalam perjalanan kedua aku semestinya Hj Kamaruddin tutur serta.Perjalanan besar dan kebenaran kata kata aku hanya Hj Kamaruddin dan Allah SWT menjadi saksi.
Kisah suka dan duka didalam perjalanan ini banyak ditempuhi olih beliau. Suka apabila beliau sendiri menerima ' hadiah' untuk aku dihadapan pintu Ka'abah dan sedih apabila petunjuk yang ditunjukkan olih Allah SWT kepada beliau di hadapan Ka'abah dikata sihir. Inilah serba sedikit mengenai latarbelakang dan kisah beliau sewaktu bersama aku.
Semoga Allah SWT merahmati beliau serta keluarga, dan dengan perjalanan yang penuh teka teki ini Hj Kamaruddin telah diganjarkan dengan kesihatan yang baik olih Allah SWT, penyakit 'asma" dan 'kencing manis ' kini telah diangkat dan kini beliau telah bebas sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment