Thursday, 4 July 2013

RENUNGAN JUMAAT : SURAH AL IMRAN MENAFIKAN HAK UNTUK DOAKAN ORANG KAFIR- FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU YANG INGIN KAU NAFIKAN

PERLANGGARAN HAK ALLAH SEPERTI YANG TERMAKTUB.  USTAZ ATAU ULAMA INI
INGIN MENTYAMARATAKAN  ISLAM DENGAN  KAFIR KE??? KEBETULAN ORANG PAS PULA!!

         "TERKHILAF ATAU SENGAJA - GANJARAN DUNIA ATAU PUBLISITI  DIRI"

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nampaknya semakin hari semakin ramai golongan yang mendakwa diri mereka  'ulama' atau yang dinobatkan 'kelompok sendiri' , melakukan pelbagai 'kekhilafan' didalam mentaksir kandungan sebenar Al Quran .  Samaada kekhilafan ini sengaja dibuat atau sebaliknya, samada bertujuan untuk mempromosikan diri atau inginkan mendapat ganjaran atau sanjungan, hanya yang melakukan saja yang mengetahui niat sebenar mereka. Sam ada ini ajenda sendiri atau kumpulan, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

Sejahat-jahat parti Pemerintah seperti yang didakwa mereka, belum pula pernah perkara ini dibenarkan berlaku . Tetapi yang menyedihkan, tiada pula dari kelompok 'puak PAS ' ini yang mempertikaikan serta menegur perbuatan 'terlanjur' Ustaz tersebut.

Disebabkan yang menyampaikan khutubah itu yang diberi gelaran ' ulama' atau ' ustaz' atau yang pandai membaca Tex dalam Jawi , serta pandai membaca potongan Ayat-Ayat Al Quran, ditambah dengan 'pakaian' yang dikata ' berimejkan Islam', maka, golongan ini secara 'suci hati' melakulan perlanggaran, samaada. ditegah Allah SWT melalui firmannya ataupun menyandarkan 'membolehkan' , doa dibuat bagi 'menaikan' imej ( yang membawa maksud 'personaliti") seseorang, walaupun golongan itu bukan  dari orang Islam sendiri namun perbuatan itu dilakukan juga didalam keadaan waras . Diatas dasar apa atau 'merit' apa, yang dibuat yang dijadikan  kayu pengukur, tentang '' kebenaran Islam"ini, maka perlakuan yang dilakukan  amat bertentangan dengan apa yang digariskan Allah SWT terhadap orang bukan Islam atau kafir ini. Sebagai renungan dan panduan sila rujuk Ayat dibawah :- 

Khutubah Jumaat Yang" Mesyesatkan"

Beliau bersetuju yang tindakannya menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat  adalah berkaitan dengan imej Setiausaha Agung DAP itu.

Khatib jemputan di masjid berkenaan berkata, doa untuk Guan Eng bertujuan menaikkan imej pemimpin tersebut.

                                                                  Surah Al Imran
                                                 

3-7: Dia (Allah) yang menurunkan sebuah kitab (al-Qur’an) kepada engkau (wahai Muhammad saw), sebahagiannya (isi kitab itu) adalah ayat-ayat yang ‘muhkamah’ (jelas maksudnya); itulah ibu (induk) isi kitab (al-Qur’an). Dan (ayat-ayat) yang lain adalah ‘mutasyabihah’ (yang samar-samar, mengandungi beberapa pengertian). Orang yang di dalam hati mereka ada kesesatan mencari-cari pada ayat-ayat mutasyabihah bagi mengadakan fitnah dan membuat takwil (penjelasan), sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya (ayat-ayat mutasyabihah), semuanya itu daripada sisi Rab (Tuhan) kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan ‘ulul-albab’ (ahli fikir). 


3-10: Sesungguhnya bagi orang kafir, harta benda dan anak-anak mereka tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun daripada Allah, dan mereka itulah bahan bakaran api neraka. 

3-12: Katakanlah kepada orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan dan kamu akan diheret ke Neraka Jahanam, (iaitu) seburuk-buruk tempat.”

3-28: Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu. 

3-118: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (orang) di luar golongan kamu sebagai teman akrab (kerana) mereka tidak (akan) berhenti mendatangkan kemudaratan kepada kamu. Mereka inginkan kamu ditimpa kesusahan. Sungguh sudah nyata kebencian daripada mulut mereka dan apa yang disembunyikan di dalam hati mereka lebih besar (lagi). Kami (Allah) telah nyatakan ayat-ayat (tanda-tanda) kepada kamu agar kamu memahaminya. 
                                     

Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

3-149: Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu, mereka akan memalingkan kamu di atas tumit-tumit kamu (menjadikan kamu kafir), maka kamu kembali menjadi orang yang rugi. 


Lim walau bagaimanapun tetap dengan pendirian yang bertentangan dengan imej Islam tersebut, contohnya dalam hal kalimah Allah, yang beliau bertegas perlu dibenarkan untuk digunakan oleh bukan Muslim. 

3-196: Janganlah engkau terpesona dengan orang kafir yang bebas bergerak di dalam negeri-negeri. 
                 

             TIDAKKAH MEREKA BEBAS BERGERAK SEPERTI AYAT DIATAS

                                    

Gambar yang dirakamkan semasa Tian Chua Bersama penduduk-penduduk kampung di ceramah Israk dan Mikraj Masjid saidina Ali Kg Padang Balang , Setapak KL. Suatu sandiwara yang cukup hebat.

                                     LEE KUAN YEW DIKAMPUNG MELAYU
                                   

Dah lama kita berdoa moga puak puak ni dapat hidayah. Tapi yang jelasnya sampai la ni tadak sekor pun pemimpin kapir pakatan peluk Islam.
Ikhlaskah mereka??

3-197: (Itu adalah) kesenangan yang sedikit, kemudian tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat. 



Fakta2 peruntukan kerajaan DAP kepada ugama islam 1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM Tahun 2008 (BN) ............. RM25.7 juta Tahun 2009 (PR)............... RM33.2 juta Tahun 2010 (PR)............... RM38.9 juta Tahun 2011 (PR)............... RM45.7 juta Tahun 2012 (PR)............... RM64.03 juta 2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA Tahun 2008 (BN).............. RM659,000.00 Tahun 2009 (PR)............... RM879,000.00 Tahun 2010 (PR)............... RM913,200.00 Tahun 2011 (PR)............... RM900,000.00 Tahun 2012 (PR)............... RM900,000.00 3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) Tahun 2008 (BN).............. TIADA Tahun 2009 (PR)............... RM1.50 juta Tahun 2010 (PR)............... RM1.75 juta Tahun 2011 (PR)............... RM1.75 juta 4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ Tahun 2008 (BN).............. TIADA Tahun 2009 (PR)............... RM75,000.00 Tahun 2010 (PR)............... RM100,000.00 Tahun 2011 (PR)............... RM130,000.00 5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID) Tahun 2008 (BN).............. TIADA Tahun 2009 (PR)............... RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri... 6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN Tahun 2008 (BN).............. TIADA Tahun 2009 (PR)............... RM100,000.00 setahun... - 

3-200: Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan bersabarlah (dalam mempertahankan kesabaran itu), dan (sentiasa) berwaspadalah kamu serta bertakwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.

       ADAKAH KERANA HARTA DUNIA MEMBERIKAN "ULAMA LESEN "UNTUK
                                        MENOLAK KETENTUAN AL QURAN

Nota :- Melalui  nota-nota diatas, dimana layaknya Ustaz @ Ulama tersebut ingin menaikkan imej orang kafir .

                                                 Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. pening la abang Izan dengan demokrasi ni...
    abang Izan macam mana nak dapatkan keikhlasan?
    susah la nak dapat

    ReplyDelete
  2. Salam. Ibaratkan seperti ibu kita masak, pernah tak kita berasa was-was memakannya? Kita akan terasa teruja dan selesa apabila menikmatinya..begitulah..hakikatnya 'ikhlas' yang kita contohi. Tiada suatupun perasaan lain melainkan ingin menikmati kenikmatan atau kesedapatan masakan tersebut. Begitu jugalah sifatnya ' keikhlasan' yang sepatutnya timbul dihati dan perbuatan apabila melakukan ibadah kepada yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  3. maksud abang kita kena berserah?
    abang duk kat langkawi lagi ka?
    nak berkenalan ngan abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. 'berserah' bukan perkataan yang tepat untuk menyatakan persaan 'ikhlas'. Inshaallah..mungkin dalam bulan 'Ramadhan' abang akan cuba terangkan.Kini bermestautin dinegeri yang 'berangka". Inshaallah.

      Delete