DALAM PERLIMEN BERDEGAR-DEGAR MEMINTA KERAJAAN MEMERANGI GEJALA LGBT DAN TRANSGENDER TETAPI PAS TETAP MENYOKONG 'USTAZAH AMBIGA' DAN ANASIR LUAR TENTANG HAK ASASI MANUSIA YANG MENENTANG DASAR ISLAM |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Itulah yang saya namakan 'Ahli Politik'. Sekejap menentang sekejab bersetuju. Apa yang membolihkan mereka meraih keuntungan politik, mereka dengan sekelip mata '' menelan' muntah' apa yang diluahkan Sikap tidak konsisten serta suka 'main silap mata' jelas dihati dan pemikiran mereka. Mereka jadikan isu agama ini sebagai satu permainan dan lawak jenaka yang bolih 'memutar' hati orang Melayu.
Begitulah 'hipokrit' nya sikap pemimpin yang berjenama ' Ahli Politik". Dalam parlimen berdegar-degar "melulung" mempertahankan ' isu LBGT dan Transgender ini, seolah-olah Kerajaan akan tunduk dengan desakan 'Ngo-Ngo' yang berkiblatkan Barat , tetapi mereka lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa merekalah (PAS) yang beriya-iya sangat bergabung dengan 'Muslimin Bersih iaitu Ustazah Ambiga" didalam memperjuangkan agenda yang diberinama diatas "Hak Asasi Manusia" yang secara terangan 'inginkan' agar 'ajenda Ngo" ini dipenuhi tuntutannya .
Olih itu rakyat sebenarnya tidak pasti yang mana satu kebenaran yang ingin diperjuangkan olih Ahli Parlimen Pasir Mas ini, samaada benar atau pun sekadar ingin mengambil hati atau ingin menunjuk-nunjuk, akan keperihatinanya terhadap 'isu' ini , yang secara jelas 'rakyat' sudah dipertontontan ,niat sebenar PAS, sewaktu 'Perhimpunan Bersih" dahulu , mereka secara jelas 'menyokong' perjuangan 'LGBT, transgender, biseksual, murtad dan sebagainya , kini didalam Parlimen pula, sekali lagi mereka ingin pula menipu dengan 'mainan ' isu ini . Olih itu rakyat jangan tertipu lagi dengan 'omongan' wakil Parlimen Pas ini..
Suara dari Parlimen :-
Wakil PAS hari ini menggesa kerajaan agar tidak sesekali tunduk kepada tekanan badan-badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata beliau difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan menerima tekanan daripada pelobi-pelobi luar negara yang menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam.
"Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti hak bertukar, berpindah agama atau murtad, dan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT.
"Saya nak ingatkan supaya umat Islam dan masyarakat negara ini menuntut kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan ini demi melihat Islam sebagai agama Persekutuan tidak tercemar," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.
Nik Mohamed Abduh menarik perhatian dewan dengan meminta kerajaan mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan menyatakan pembangkang akan menyokong hak asasi manusia di negara ini dilaksanakan berteraskan ajaran Islam yang menjadi agama Persekutuan.
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan memperkasa dasar belia negara dengan menyuntik lebih elemen keislaman untuk melahirkan belia Muslim yang lebih dekat dengan ajaran Islam.
BILA MASA PULA ALLAH MEMUSUHI ORANG ISLAM DARI UMNO?? HANYA PAS YANG MEMUSUHI AHLI UMNO YANG BERAGAMA ISLAM KERANA TIDAK MENGIKUT 'FATWA' NIK AZIZ SERTA SUKU SAKATNYA |
utama cadangan ini
Untuk sekali lagi kita ingin dapatkan kepastian dari Majlis Syura PAS berhubung permasaalah dibawah ini . Apa kata mereka. Adakah mereka akan terus mempertahankan 'per"sekutu"an
mereka dengan DAP dan PKR???
Isu menukar Agama kanak-kanak bawah umur :-
DAP kembali mendesak kabinet agar menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) mengenai pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 160 Jadual kesebelas mengenai pengukuhan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat. Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.
Penarikan balik undang-undang ini akan menghalang salah seorang ibu atau bapa yang beragama Islam untuk memastikan anaknya tetap menganut agama Islam dalam kes penceraian yang melibatkan pasangan yang murtad.Desakan DAP itu turut didokong oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism,Christianity,Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam atas alasan pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak terbabit atau ibu atau bapanya,selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika. Dengan persepsi bahawa kaum Cina dari berbagai parti kini bersatu menentang kerajaan, maka ramai yang ternanti-nanti akan kenyataan dari MCA dalam isu ini.Media pembangkang juga pantas memberi tekanan kepada MCA agar membuat kenyataan senada dengan DAP.Setakat ini,Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu telah pun membuat kenyataan di mana beliau menyifatkan desakan tersebut sebagai “mengejutkan” dan “licik” serta berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang hangat diperkatakan.
Nota :- Kini, kita ingin melihat kelantangan suara ahli ahli Politik dari UMNO yang dikata berjuang menegakan 'syiar Islam' dan Undang-Undang Islam, didalam permasalahan ini. Berjayakan mereka 'menangkis' kehendak bukan Islam atau mereka sekadar 'menjadi pak turut" atau ' "membisu seribu bahasa" demi menyelamatkan 'tengkok masing-masing".
Kegagalan Kerajaan mempertahankan 'kedaulatan" serta ' peraturan' ini, bererti ' Kerajaan dan pemimpinnya harus 'ditukar" olih orang Islam.
Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment