ASSALAMMUALAIKUM
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi
Hj Kamaruddin |
Disini Hj Kamaruddin & Ronnie terima yang disebut |
Hj Kamaruddin dan Ronnie sudah pun berada di Mekah lebihkurang sepuluh hari disana maka kepulangan mereka amat kami nantikan . Aku mendapat panggilan daripada Hj Kamaruddin dan memberitahu aku bahawa beliau akan sampai ke Langkawi pada keesokkan harinya.
Pada hari kepulangan mereka, aku dan Amin menunggu mereka di Lapangan terbang. Ketibaan mereka berdua kami sambut lalu kami menjemput mereka ke Cafe didalam lapangan terbang. Hj Kamaruddin menceritakan semua pengalaman yang mereka lalui disana begitu juga dengan Ronnie. Dengan gembira Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa semua arahan dan kejadian yang aku sebutkan terdahulu semuanya benar dan berlaku mengikut seperti apa yang aku katakan. Lalu beliau mneghulurkan 'hadiah' tersebut kepada aku.
Alhamdullilah 'hadiah' yang diterima Hj Kamaruddin itu membawakan aku kepada satu lagi perjalanan untuk akan datang. Hanya aku dan Allah SWT saja yang mengetahui 'arahan' selanjutnya. Kata Hj Kamaruddin lagi semua arahan yang aku beri telah mereka sempurnakan dan aku mengucapkan ribuan terimakasih kepada mereka kerana menyempurnakan 'amanah' ini.
Nota : Kisah penuh perjalanan dan keajaipan hanya ditulis didalam buku.
Untuk perjalanan selanjutnya, aku menunggu kedatangan 'seseorang' yang mempunyai
'tanda' .Tugasan hambaallah itu yang bukan dari 'kalangan rapat kami' akan tiba untuk menyempurnakan 'misi' seterusnya, Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya.
Amin.
SULTAN BRUNEI DARRUL SALAM
Nota : Aku memanjangkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah mengerakkan Duli Baginda Pengiran Sultan Brunei yang sepatutnya bermalam di Hotel Datai Resorts tetapi dengan izinNya Allah SWT telah mengerakkan baginda untuk bermalam di Hotel Awana Porto Malai yang berstatus 3 bintang untuk 'memberi' hadiah kepada Hj Kamaruddin dan Ronnie untuk menyempurnakan 'amanah' yang aku terima. Kepada Baginda Sultan Brunei aku mengucapkan terimakasih kerena dijadikan 'asbab' untuk perjalanan aku ini walaupun tanpa pengetahuan Baginda.
Aku berdoa semoga Allah SWT merahmati Baginda dan keluarganya serta seluruh rakyat Negara Brunei Darul Salam .
Amin.
Assalammualaikum..
ReplyDeleteMungkin agak terlambat saya mengikuti blog tuan. Saya tertarik bila membaca setiap coretan tuan di dalam blog ini terutama sekali tentang penghijrahan sahabat2 tuan ke Agama Islam. Saya berminat hendak membeli buku tuan sekiranya ada di jual. Di manakah saya boleh mendapatkan buku tulisan tuan? Berapa pula harganya? Jika ada harap dapat maklumkan kepada saya di alamat email saya, myrezeki38@gmail.com.
Terima kasih..
Inshaallah..apabila semuanya teratur akan saya emailkan pd saudara.
ReplyDeleteInshaallah..apabila semuanya teratur akan saya emailkan pd saudara.
ReplyDelete