Monday 23 April 2012

PERJALANANHJ KAMARUDDIN & RONNIE KE MEKAH BHG II

                                                                 KEAJAIPAN DIMEKAH

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi


Hj Kamaruddin
Setelah semua urusan  keberangkatan untuk ke Mekah telah diuruskan dan kini hanya menunggu waktu berlepas saja. Tiga hari sebelum berlepas aku, Amin, Hj Kamaruddin dan juga Ronni berkumpul di Awana seperti yang aku minta. Pada malam pertemuan itu aku memberitahu mereka kenapa bukan aku sendiri yang pergi 'menjemput' barangan yang aku kabarkan.Alhamdullilah para sahabat menerima penjelasan aku.


Disini Hj Kamaruddin & Ronnie terima yang disebut
Pada malam itu aku memberikan arahan terakhir kepada mereka. Lalu aku kabarkan kepada Hj Kamaruddin, ' Akan ada satu hari  sebelum solat subuh dan dihadapan pintu Ka'abah, akan ada hambaallah menghulurkan 'hadiah' tersebut, maka 'hadiah ' tersebut hendaklah kamu simpan dan jangan sekali kali ditunjukkan kepada sesiapa pun. Kepada Ronnie pula, :Akan datang satu hari ketika di Hijr Ismail, pada ketika itu akan ada hambaAllah duduk disebelah kiri kamu, maka hendaklah kamu 'menghadiah tasbih' ini kepada beliau. Dan apabila kamu berada di Mesjid Nabawi maka akan datang satu hari selepas  kamu bersolat, akan ada hambaallah duduk disebelah kiri kamu ,tiga saf dibelakang , hambaallah itu berjubah dan berserban hijau, maka hendaklah kamu Hj Kamarudin pergi kepada beliau lalu 'berikan' salam. Selain daripada tiga perkara tersebut maka kamu lakukanlah seperti apa yang telah aku ajarkan. Itulah arahan aku kepada mereka berdua.


Hj Kamaruddin dan Ronnie sudah pun berada di Mekah lebihkurang sepuluh hari  disana maka kepulangan mereka amat kami nantikan .  Aku mendapat panggilan daripada Hj Kamaruddin dan memberitahu aku bahawa beliau akan sampai ke Langkawi pada keesokkan harinya.
Pada hari kepulangan mereka, aku dan Amin menunggu mereka di Lapangan terbang. Ketibaan mereka berdua kami sambut lalu kami  menjemput mereka  ke Cafe didalam lapangan terbang. Hj Kamaruddin menceritakan semua pengalaman yang mereka lalui disana begitu juga dengan Ronnie. Dengan gembira Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa semua arahan dan kejadian yang aku sebutkan terdahulu semuanya benar dan berlaku mengikut seperti apa yang aku katakan. Lalu beliau mneghulurkan 'hadiah' tersebut kepada aku. 


Alhamdullilah 'hadiah' yang diterima Hj Kamaruddin itu membawakan aku kepada  satu lagi perjalanan untuk akan datang. Hanya aku  dan Allah SWT saja yang mengetahui 'arahan' selanjutnya. Kata Hj Kamaruddin lagi semua arahan yang aku beri telah mereka sempurnakan dan aku mengucapkan ribuan terimakasih kepada mereka kerana menyempurnakan 'amanah' ini.


Nota : Kisah penuh perjalanan dan keajaipan hanya ditulis didalam buku.


Untuk perjalanan selanjutnya, aku menunggu kedatangan 'seseorang' yang mempunyai 
'tanda' .Tugasan hambaallah  itu yang bukan dari 'kalangan rapat kami' akan tiba untuk menyempurnakan 'misi' seterusnya, Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya.


Amin.
                                                      SULTAN BRUNEI DARRUL SALAM


Nota : Aku memanjangkan  kesyukuran  kehadrat Allah SWT yang telah mengerakkan Duli Baginda Pengiran Sultan Brunei yang  sepatutnya bermalam di Hotel Datai Resorts tetapi dengan izinNya  Allah SWT telah mengerakkan baginda untuk bermalam di Hotel Awana Porto Malai yang berstatus 3 bintang untuk  'memberi' hadiah kepada Hj Kamaruddin dan Ronnie untuk menyempurnakan 'amanah' yang aku terima. Kepada Baginda Sultan Brunei aku mengucapkan  terimakasih kerena  dijadikan 'asbab' untuk perjalanan aku ini walaupun tanpa pengetahuan Baginda.
Aku berdoa semoga Allah SWT merahmati Baginda dan keluarganya  serta seluruh rakyat Negara Brunei Darul Salam .
Amin.

3 comments:

  1. Assalammualaikum..
    Mungkin agak terlambat saya mengikuti blog tuan. Saya tertarik bila membaca setiap coretan tuan di dalam blog ini terutama sekali tentang penghijrahan sahabat2 tuan ke Agama Islam. Saya berminat hendak membeli buku tuan sekiranya ada di jual. Di manakah saya boleh mendapatkan buku tulisan tuan? Berapa pula harganya? Jika ada harap dapat maklumkan kepada saya di alamat email saya, myrezeki38@gmail.com.
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Inshaallah..apabila semuanya teratur akan saya emailkan pd saudara.

    ReplyDelete
  3. Inshaallah..apabila semuanya teratur akan saya emailkan pd saudara.

    ReplyDelete