Tuesday 24 April 2012

UTUSAN YANG DITUNGGU DENGAN' TANDA' TERSEMBUNYI

                                                               PULANG KE MADINAH

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


"Barang' berupa hadiah telah sampai ditangan aku. Namun arahan yang baru saja diterima, wajib dihantarkan semula  'hadiah' tersebur  ke lokasi yang lain iaitu Madinah, Mesjid Nabawi. Ciri-ciri dan tanda hambaallah yang akan menjadi penyambung telah aku ketahui apabila aku menerima 'naskah' tersebut. Kini aku hanya menunggu bilakah 'hambaallah' tersebut akan hadir di Langkawi. Berita penghantaran 'naskah' tersebut aku terangkan kepada para sahabat  dan aku nyatakan kepada mereka kenapa dan mengapa perkara itu perlu ditunaikan. 


Didalam penantian itu aku telah memastikan kepada Hj Kamaruddin bahawa calon tersebut semestinya bermula dari Awana Porto Malai. Masa berlalu dengan begitu pantas, dua wakil 'calon' telah dihantar ke Awana namun kedua-duanya tidak menepati kriteria yang ditetapkan sehinggalah aku menerima khabar daripada saudara isteri aku, beliau mengatakan bahawa sahabat beliau telah lama berulang alik ke Langkawi untuk 'projek' duniawi beliau tetapi kali ini beliau amat teringin sekali untuk bercuti di Awana Porto Malai. Olih itu isteri aku telah mengaturkan percutian beliau di Awana .Isteri aku telah membuat tempahan hotel untuk beliau melalui Hj Kamaruddin. Pada siangnya beliau sampai di Awana Porto Malai aku dan isteri tidak dapat bersama beliau namun isteri aku telah mewakilkan kepada Hj Kamaruddin untuk menguruskan segalanya.


Pada malam tersebut aku ke Awana Porto Malai untuk mengalu-alukan kedatangan sahabat kepada saudara isteri aku. Malam itu aku diperkenalkan kepada beliau olih Hj Kamaruddin. Didalam pertemuan itu aku dapati ' kesamaan' dan 'ciri-ciri' hanba allah yang aku tunggu ada pada beliau, namun malam itu aku tidak menyatakan apa-apa kepada beliau.


Pada keesokkan harinya aku sekali lagi ke Awana Porto Malai untuk bersama beliau. Nama beliau adalah Hj Aidid. Dalam perjumpaan itu beliau menceritakan sedikit sebanyak latar belakang peribadi beliau kepada aku. Hati aku ketika itu amat bergelojak kerana 'manusia' yang baru aku temui ini adalah 'calon' tersebut. Lalu aku kabarkan kepada beliau akan perjalanan aku. Beliau amat terkejut dan berbesar hati sekiranya beliau dapat 'diamanahkan' untuk  menjadi  penghantar  . Didalam pertemuan hari itu tiada sebarang keputusan dapat aku buat hanya aku menunggu 'petunjuk" Allah SWT untuk perjalanan seterusnya.


Setelah dua kali beliau datang ke Langkawi, semata-mata untuk berjumpa dengan kami maka aku mengambil keputusan untuk menyerahkah 'urusan' ini kepada beliau. Kata beliau lagi didalam masa yang terdekat ini beliau akan ke Mekah bersama isteri  untuk melakukan umrah, olih itu beliau berpendapat agar beliau diberi 'amanah' tersebut. Tanpa meragui ketelusan beliau maka aku bersetuju dengan cadangan itu.


Tiga hari sebelum beliau berlepas untuk menunaikan Umrah, aku pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu beliau untuk menyerahkan 'barang' tersebut. Didalam pertemuan itu aku menerangkan kepada beliau, apa yang perlu dilakukan ketika di Madinah dan waktu bila perlu menyerahkan 'naskah' tersebut kepada 'hambaallah' yang sepatutnya. Setelah selesai pertemuan itu aku terus pulang ke Langkawi.


Tiga minggu berlalu, aku menerima panggilan daripada Hj Aidid, beliau memberitahu aku bahawa misi beliau untuk menyerahkan 'naskah' tersebut gagal kerana sesuatu telah terjadi ditempat yang sepatutnya 'naskah' itu di serahkan. Disebabkan kejadian itu beliau bertanyakan pendapat isteri beliau, 'apakah yang perlu dibuat', lalu isteri beliau mencadangkan agar 'naskah' tersebut dibawa semula ke Mekah iaitu di Ka'abah.  Semasa diKa'abah beliau memohon petunjuk dari Allah, lalu hati beliau berat untk meninggalkan 'naskah' tersebut disitu lalu dibawanya pulang ke tanahair. Itulah penjelasan Hj Aidid. 


Lalu aku menasihati beliau agar 'naskah' tersebut disimpan untuk sementara waktu dan kata ku, inshaallah, 'naskah' itu akan ke Madinah juga. Alhamdullilah, berselang 3 bulan sekali lagi Hj Aidid berkesempatan untuk ke Mekah lalu aku memberitahu beliau agar 'naskah' tersebut dihantarkan saja ke Mesjid Nabawi tanpa ada arahan tertentu.


Alhamdullilah, sekembalinya Hj Aidid dari Mekah untuk menunaikan umrah bagi kali kedua, beliau memberitahu aku bahawa misi penghantaran tersebut telah terlaksana dan beliau berasa bersyukur dengan apa yang telah dapat beliau sumbangkan.


Untuk seketika perjalanan aku  untuk prasa kedua ini telah selesai, hanya menantikan perjalanan selanjutnya.


Amin.


Nota : Detail perjalanan Hj Aidid dan perkara yang membuatkan beliau membawa balik 'naskah' tersebut terdapat didalam buku.


Untuk makluman semua pembaca  setelah perjalanan kedua Hj Aidid ke Mekah dan sekembalinya beliau ke negeri asalnya beliau telah di anugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Setia Negeri Sembilan dan kini beliau bergelar Dato' Ir Hj Aidid.
Pada 27 Ramadhan bersamaan Malam Jumaat tahun 2011 Dato' Ir Hj Aidid telah kembali ke rahmatullah.
Aku berserta para sahabat berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang orang yang solih dan beriman dan mendapat kerahmatan dari Allah SWT, Tuhan Semesta Alam, Tuhan Al Majid.
                                                                     Al Fatihah keatas Almarhum Hj Aidid.



No comments:

Post a Comment