PERISTIWA DI LAKE TOWN RESORTS
ASSALAMMUALAIKUM
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
Semua yang dituliskan adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.
Didalam kemelut dan salah faham yang berlaku diantara Pengurusan tertinggi Awana Porto Malai dengan ahli kumpulan muzik isteriku, membuatkan isteri aku menerima undangan daripada Tan Sri Mustapha Kamal atau dikenali sebagai Emkay untuk membuat persembahan di Lake Town Resorts. Perjalanan dan persembahan itu melibatkan isteri aku dan juga anggota pemuziknya. Pada awal pagi kami telah bertolak kesana. Perjalanan dari Alor Setar ke Bukit Merah Town Resorts mengambil lebih kurang 3 jam perjalanan. Setibanya kami disana kami telah dijemput untuk bersama-sama Tan Sri untuk makan tengahhari dan selepas itu kami dibawa melawat keseluruh kawasan resorts tersebut.
Tan Sri mencadangkan agar kami semua pergi melawat pulau yang menempatkan orang utan. Kata beliau, pulau itu telah menjadi kawasan tarikan pelancongan bagi Bukit Merah Lake Town Resorts. Aku berserta isteri dan Fuad menerima pelawaan itu lalu kami menyertai beberapa orang pelancong asing didalam sebuah 'feri' menuju ke pulau itu. Aku dapati seluruh kawasan pulau itu dikelilingi pagar keselamatan .
Setibanya disana aku lihat ramai pelancong tempatan disitu , mereka datang untuk menyaksikan orang utan. Disatu sudut aku lihat ramai pengunjung berpusu-pusu silil berganti meninjau untuk melihat orang utan. Setelah ruang tinjau itu reda lalu aku dan isteri serta Fuad menghampiri kawasan itu untuk melihat sendiri 'orang utan' disitu. Sebenarnya pada waktu itu tiada seekorpun orang utan kelihatan. Mungkin disebabkan tiada seokor pun kelihatan maka kebanyakan pengunjung meluangkan masa untuk bergambar saja.
Aku menghampiri pagar lalu aku amati disuatu sudut, aku ternampak seperti seekor orang utan yang terselindung disebalik sebatang pokok didalam keadaan terbaring. Kalau dilihat secara rambang , sememang tidak akan nampak kerana orang utan itu dilindungi olih pokok-pokok utan yang kecil serta dedaun kering yang bertaburan. Aku menyuruh isteriku dan Fuad untuk mengesahkan kebenaran yang aku nampak. Memang benar, kata isteiku dan Fuad. Jarak kedudukan kami lebihkurang tiga puluh meter dari orang utan tersebut. Lalu aku panggil orang utan itu, " Hei, Mat! mari sini kau, aku nak ambik gambar kau", Mungkin suara aku didengar olih nya, 'orang utan' itu lantas bangun ' sambil memandang tepat kearah aku. " Mari sini, aku nak ambil gambar kau', kata aku lagi. Allahhuakbar, Allah Maha Agung. Orang utan itu berjalan kearah kami yang berada ditepi pagar. Apabila aku lihat orang utan itu sudah agak dekat dengan kami, aku menyuruhnya berhenti . Alhamdullilah Allah Maha Mengetahui, orang Utan itu seakan faham apa yang aku perkatakan. Dia berhenti disitu. Kata aku lagi, 'kau berdiri disitu, aku nak ambil gambar kau'. Orang Utan itu pun berhenti sambil duduk memandang kearah aku. Isteri aku dan juga Fuad , terperanjat dengan situasi itu. 'Kak! orang utan tu dengar cakap abang la', kata Fuad. 'Kau duduk kat situ, orang nak ambil gambar kau', kata aku lagi kepada orang utan itu. Melihatkan keadaan itu disaksikan pelawat yang lalu lalang dibelakang kami, maka berkerumun lah mereka dibelakang aku , berpusu-pusu untuk merakam gambar orang utan tersebut. Lebih kurang 15 minit berlalu dan apabila semua pengunjung telah berkesempatan untuk merakam gambar lalu aku berkata kepada orang utan itu, ' Terima kasih ya, sekarang bolih la pergi'. Mashyaallah, Allah Maha Mengetahui. Mendengarkan kata-kata aku , lalu orang utan itu bangun lalu berjalan masuk kehutan.
'Bang, macammana abang buat', kata Fuad. ' Itu semua kehendak Allah, bukan kehendak abang',kata aku.
Pada keesokkan harinya selepas isteri aku selesai membuat persembahan di Laketown Resorts kami semua balik ke Langkawi dengan meninggalkan seribu 'pertanyaan' dan 'kemuskilan' berhubung kejadian aku bercakap dengan 'orang utan' kepada Fuad dan juga kepada semua yang menyaksikan peristiwa itu.
Nota : Kisah penuh peristiwa ini terdapat didalam buku.
No comments:
Post a Comment