Syabas anggota Polis dan Tentera kerana berjaya merungkai apa yang tersirat dan yang mungkin tersurat disebalik 'Pencerobohan Lahad Datu'.
Terima kasih Agenda Daily kerana berita terbaik ini.
LAGI GAMBAR-GAMBAR DI DALAM Mengejutkan...dalam dok godek-godek facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram. Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya bakau di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.
Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.
Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya bakau berdekatan Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu yuan Cina.
Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada briefing yang dibuat oleh Amirbahar Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
Untuk rekod, puak yang dakwa 'tentera kesultanan Sulu' ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.
Selain gambar baik punya dok briefing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Amirbahar bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.
Mereka tengah mengaminkan doa yang dibacakan oleh orang lain.
Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.
Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.
Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.
Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi di sebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu...
Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan Amirbahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah Datu pada hari tersebut, tetapi mereka telah melarikan diri dari perkampungan atas air itu.
Sumber berkata polis terus memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.
Esmail, (ayah kepada Amirbahar, gambar paling kanan) yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik beradiknyaa, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.
Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.
Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.
Haji Kaluang, ahli "Majic 8" komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna."-25/3/2013- OLEH HELME HANAFI
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
President Filipina sudah mula mengubah pendirian. Satu artikal mengatakan Peace talk diteruskan dengan MILF dan disatu sidang akbar yang lain mengatakan sebaliknya. Apakah agenda sebenar Kerajaan Filipina. Adakah Kerajaan Filipina berada disebalik 'ajenda' Pencerobohan ini. Adakah Filipina menggunkan Kiram III untuk membuka lembaran baru terhadap tuntutan mereka keatas Sabah. Sama-sama kita renungkan.
MANILA TIMES TODAY 25/3/2013
President Benigno Aquino 3rd expressed confidence that the Sabah conflict will not affect the ongoing talks between the government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).
In an interview, the President said that both parties want to finish all of the annexes to the preliminary Framework Agreement on the Bangsamoro that the parties inked October 15 last year.
When done, the four annexes, plus the FAB, will comprise the comprehensive agreement that expectedly spells out the measures to address the Moro people’s aspiration for self-governance.
“The Sabah issue should not affect the ongoing talks with the MILF,” the President said.
“ I think we’ve been very transparent. They haven’t changed. We want to finish all of the annexes,” he added
Mr. Aquino, however, said that they also “have to be able to come to an understanding on these annexes.”
“So that the crafting of the new organic act will be something that all stakeholders can agree to and rally behind to,” he added
President Filipina sudah mula mengubah pendirian. Satu artikal mengatakan Peace talk diteruskan dengan MILF dan disatu sidang akbar yang lain mengatakan sebaliknya. Apakah agenda sebenar Kerajaan Filipina. Adakah Kerajaan Filipina berada disebalik 'ajenda' Pencerobohan ini. Adakah Filipina menggunkan Kiram III untuk membuka lembaran baru terhadap tuntutan mereka keatas Sabah. Sama-sama kita renungkan.
MANILA TIMES TODAY 25/3/2013
President Benigno Aquino 3rd expressed confidence that the Sabah conflict will not affect the ongoing talks between the government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).
In an interview, the President said that both parties want to finish all of the annexes to the preliminary Framework Agreement on the Bangsamoro that the parties inked October 15 last year.
When done, the four annexes, plus the FAB, will comprise the comprehensive agreement that expectedly spells out the measures to address the Moro people’s aspiration for self-governance.
“The Sabah issue should not affect the ongoing talks with the MILF,” the President said.
“ I think we’ve been very transparent. They haven’t changed. We want to finish all of the annexes,” he added
Mr. Aquino, however, said that they also “have to be able to come to an understanding on these annexes.”
“So that the crafting of the new organic act will be something that all stakeholders can agree to and rally behind to,” he added
Aquino postpones talks with MILF
Published on 25 March 2013
THE signing of a final peace deal between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF) will be delayed as President Benigno Aquino 3rd decided to postpone the 37th round of peace talks scheduled to start on Monday in Kuala Lumpur, Malaysia.
In a statement, Presidential Adviser on the Peace Process Teresita Deles said that President Aquino has requested the setting of a new date for the negotiations in April.
“The President has requested that the 37th round of formal exploratory talks that was originally scheduled to begin [yesterday], March 25, be reset to next month,” Deles said.
“Government Peace Panel Chair Miriam Coronel-Ferrer with two other panel members—Yasmin Busran-Lao and Senen Bacani—are currently in Kuala Lumpur to personally convey the request and to set with their counterparts the new date for the talks,” she added.
No specific reason was given why the President has requested for the postponement of the talks.
The supposed three-day meeting mainly tackles the remaining three annexes for power-sharing, wealth-sharing and normalization. A fourth annex on transitional arrangements and modalities had been signed last month.
selamat...pada aku kalau tdk krn agenda peribadi sulit pasal jongkong emas disentuh, perkara lahat datu ini tdk akan berlaku. Berdusta adalah satu perbuatan yg paling aku tak suka. Tapi apa blh buat, benda dah berlaku di lahat datu, semua orang percaya pasal dah lihat dan dah rasa. Sedikit sekali yg cuba memikirkan di luar kotak fikiran umum. Sesuatu harus berlaku di peringkat "primary" atau belakang tabir, sebelum ianya berlaku di peringkat "secondary" atau depan tabir.Apa boleh buat, amat sedikit sekali yg nak ambil tahu di peringkat primary ini krn ianya tdk dipopularkan oleh yg pegang kuasa krn takut hilang kuasa. Malangnya ramai yg nak jadi pengampu asal dpt diri dikenali dan disokong umum utk mendpt sesuatu hajat peribadi masing masing diri.
ReplyDeleteSalam. Saya tidak nampak dimana realitinya 'emas' yang disangkakan. Emas yang ketara adalah 'emas hitam' atau 'simpanan minyak' yang dimiliki dibumi Sabah.Kebanyakan kumpulan ini hanya berminat dengan 'minyak' yang disangkakan sebagai 'telaga' tetapi pada realitinya sama seperti ditempat lain. Dari segi 'bathinya' pula bumi ini tidak menjanjikan apa-apa 'kelebihan' dari segi 'spritualnya'. Dari pandangan 'sufi' pula, negeri yang perlu diberikan perhatian bukannya di Sabah mahu pun Serawak. Mengandaikan ada yang menjadi 'pak turut' juga bersalahan. Perbanyakkan 'istifar'.
ReplyDelete