Sunday, 22 April 2012

PEMBERIAN ALLAH SWT MELALUI SULTAN BRUNEI

                                                                               BAHAGIAN I


ASSALAMMUALAIKUM







BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang aku tulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.




Setelah kisah kumpulan Kuala Lumpur  berserta sahabat yang rapat dengan aku melakukan 'renjatan letrik' terhadap aku dan juga para sahabat yang lain maka semakin jauh lah perhubungan sahabat yang terawal dengan aku iaitu Simon . Walaupun begitu besar 'pengkhianatan' yang dilakukan keatas aku namun sedikitpun perasaan berdendam tidak tercucuk dihati dan nurani aku. Perjalanan aku masih lagi diteruskan.


Berbulan berlalu kini hanya tinggal Amin, Ronni dan Hj Kamaruddin saja di Langkawi yang masih setia dengan perjalanan ini namun Don Frazier @ Yaacob dan Joshua masih lagi bersama kami, walaubagaimana kedudukan Mama Maryam tidak aku ketahui . Aku sentiasa mendoakan agar Mama Maryam sentiasa dilindungi Allah SWT dan diberi keberkatan disepanjang perjalanannya menuju ke alam yang kekal.


Pada suatu malam aku mendapat perkabaran  bahawa aku perlu 'menjemput' sesuatu di Mekah . Lalu aku sampaikan perkabaran ini kepada para sahabat yang masih  lagi bersama. Sewaktu perjumpaan itu aku memaklumkan bahawa aku telah mengamanahkan kepada Hj Kamaruddin dan Roni untuk melaksanakan tugasan ini. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa kewangan beliau tidak mengizinkan untuk beliau ke Mekah begitu juga Ronni. Lalu aku memberitahu beliau bahawa kewangan perbelanjaan  'perjalanan' ini akan ditentukan olih Yang Maha Esa, dan aku menyakinkan mereka bahawa wang untuk kesana akan sampai bila waktunya. Sementara itu aku menyuruh Hj Kamaruddin dan Ronni menyiapkan diri untuk tujuan itu kerana perjalanan akan bermula tiga bulan dari tarikh tersebut.


Sebulan sebelum tarikh yang dijangka untuk Hj Kamaruddin dan Ronni untuk ke Mekah sekali lagi kami berkumpul untuk membincangkan perkara ini. Didalam pertemuan itu aku menyatakan bahawa 'perbelanjaan' yang diperlukan sudah hampir hanya menantikan hari dan waktunya saja.


Didalam waktu yang semakin hampir, Langkawi disinggahi olih pembesar luar negara. Kedatangan mereka ini aku ketahui ketika aku ke pasar Mat Sirat. Didalam kesibukan suasana pasar , kedengaran siren peronda polis melintasi Pasar Mat Sirat. Aku lihat banyak kereta Polis mengiringi VIP  menuju kearah Datai. Disana terdapat Padang Golf yang berstatus antarabangsa, aku hanya menjangkakan bahawa VVIP itu akan ke Padang Golf.


Selepas Zohor aku menerima panggilan daripada Hj Kamaruddin, beliau memberitahu aku bahawa perjumpaan kami yang dirancang pada malam tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Hotel beliau akan menerima kunjungan Di Raja. Mengikut program keluarga Di Raja tersebut akan bermalam di Hotel Datai dan akan bersarapan pagi di Awana. Olih kerana itu banyak persiapan harus dilakukan. 


Lebih kurang jam sembilan malam sekali lagi Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa tetamu yang dijangkanya bermalam di Datai Hotel dan Resorts telah menukar program mereka. Mereka kini bermalam di Awana. Kata Hj Kamaruddin lagi, selepas waktu maghrib tadi semua kakitangan F & B terpaksa berbaris kerana VVIP tersebut ingin memilih 'butler' peribadi dikalangan kakitangan Hj Kamaruddin. Alhamdulilah kata Hj Kamaruddin, beliau dan Ronni telah dipilih sendiri  olih VVIP tersebut untuk tugasan itu.


VVIP atau Keluarga Di Raja yang dimaksudkan adalah Tuanku Pengiran Sultan Brunei sendiri. Tuanku Sultan Brunei menghabiskan percutian selama 2 hari di Awana Porto Malai.  


Selepas keberangkatan pulang  Sultan Brunei , aku dan Amin ke Awana seperti yang diminta Hj Kamaruddin. Dipertemuan itu Hj Kamaruddin memberitahu aku bahwa Baginda Tuanku Sultan Brunei telah menghadiahkan sejumlah wang kepada mereka berdua dan jumlah yang diterima mengcukupi untuk mereka berdua ke Mekah. Memandang kedua-duanya menganggapkan bahawa 'pemberian' itu adalah untuk tujuan ke Mekah maka semua urusan perjalanan kesana diatur.


Nota : Inshaallah kisah ini akan aku sambung.

















No comments:

Post a Comment