Sunday, 22 April 2012

PETUNJUK ALLAH DIKA'ABAH DITUDUH 'DISIHIR'

                                                                   BAHAGIAN I 


ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM




 Semua yang aku tulis disini adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.




Kisah penghijrahan Don Frazier @ Yaacob bin Abdullah telah aku sampaikan kepada pada sahabat di Kuala Lumpur. Para sahabat di Kuala Lumpur amat teruja dengan berita ini tambahan pula kini saudara baru  bertambah seorang demi seorang. Bermula dengan Amin Carlos dan keluarga, Simon dan anak-anak,  Mama Maryam, Joshua, Roni dan terbaru Yaacob, maka mereka teringin sekali untuk bersama-sama di Langkawi.


Hj Kamaruddin
Seminggu sebelum para sahabat sampai di Langkawi, aku, Amin, Simon ke Awana Porto Malai. Kami diundang olih Hj Kamaruddin kerana pada petang tersebut, merupakan hari pertama Boardwalk Cafe mengada minggu ' BBQ". Ketibaan kami disana dialu-alukan olih seluruh kaki tangan Awana. Kami datang berasingan dan ketika aku sampai Amin, Simon dan Hj Kamaruddin sedang menikmati makanan. Aku duduk disebelah Hj Kamaruddin bertentangan dengan Simon., sementara Amin disebelah kiri Simon. Sementara  menunggu  makanan aku, aku hanya memerhatikan mereka bertiga menikmati makanan. Apabila Roni datang membawa makanan aku, lalu aku meminta   Ronni  membawa aku semengkuk kuah kari yang aku lihat amat mengujakan selera aku.  Petang itu aku menikmati 'Lamb Chop', seperti yang di cadangkan olih Ronni. Setelah makanan aku habis  Ronnie datang semula untuk mengambil pinggan lalu aku pinta agar kuah kari dan roti  tidak diambil kerna aku ingin menikmati makan roti bersama kuah kari.


Didalam kerancakan kami berbual, aku mengambil sebiji roti lalu aku kepak kepada dua bahagian. Sebahagian aku makan dan sebahagian lagi aku letakkan semula didalam bakulnya.  Sedikit demi sedikit roti itu aku makan sambil  mencecah kuah kari sehingga habis sebahagian. Tiba-tiba Simon mengambil sebahagian roti yang tinggal itu lalu beliau mencubit roti tersebut lalu dicelupnya kedalam kuah kari yang aku makan. Sebenarnya, sebelum ini aku telah memaklumkan kepada semua sahabat , bahawa semua lebihan makan aku, tidak aku benarkan mereka berkongsi dengan aku , aku mempunyai alasan tersendiri. Memandangkan perbuatan Smon itu maka Amin dan Hj Kamaruddin tersentak tidak terkata-kata melihatkan perbuatan Simon itu. Memandangkan insiden itu, lalu aku berhenti makan . Setelah Simon menghabiskan sebahagian roti itu lalu beliau bangun meminta diri untuk ketandas.


Sementara Simon ditandas, Amin mengingatkan pesan aku dahulu,  " Those who dip with me is the traitor" merujuk kepada kata-kata aku dulu.. Abang macammana ni", kata Amin. Tak mengapa, biarlah, mungkin Simon terlupa akan pesanan  aku dulu, kata aku lagi.Setelah selesai kami semua pulang.


Seminggu berlalu, aku mendapat pangilan sahabat dari Kuala Lumpur  bahawa mereka sudah pun sampai di Langkawi dan sebahagian dari mereka telah ke Awana dan sebahagian lagi ke Pekan Kuah untuk membeli belah. Aku dijemput ke Awana olih Hj Kamaruddin untuk sama-sama makan tengahari. Aku agak terlewat sampai di Awana, semasa aku sampai disana aku lihat meja makan sudah diatur memanjang dihadapan Boardwalk Cafe. Sebahagian dari sahabat Kuala Lumpur sudah pun berada disitu dan aku dapati Amin dan juga Simon sudahpun berada disitu. Setibanya aku dimeja tersebut semua tempat duduk sudah dipenuhi lalu Hj Kamaruddin mengambil kerusi tambahan dan diletakkanya dibahagian paling hujung meja. Enam orang dikiri aku dan enam orang di kanan  dan aku berada ditengah-tengah ibarat 'pengerusi". Pada hari itu makanan dibuat secara buffee . Aku hanya menikmati makanan kegemaran aku iaitu, Lamb Chop. 


Pada sebelah malamnya pula kami berjemaah bersama-sama di suite yang disediakan olih Hj Kamaruddin. Pada malam tersebut selepas saja kami selesai solat Maghrib, langit bertukar warna menjadi hehitaman dan disertai olih kilat dan petir. Hujan turun mencurah-curah. Pada malam itu air laut bergelora dan pasang besar walaupun bukan musimnya. Seluruh kawasan Awana keadaanya lintang pukang dipukul ribut. Hujan mencurah sehingga lewat malam. Didalam jemaah maghrib tersebut hanya Simon dan anak-anak serta Aunt Lily saja yang tidak hadir.
Pada keesokkan harinya sahabat dari Kuala Lumpur meninggalkan Langkawi. Dengan pertemuan ini maka semua saudara baru di Langkawi sudah berkenalan dengan sahabat dari Langkawi.


Berlanjutan dari itu apabila Yaacob bin Abdullah tiba ke Langkawi untuk kedua kalinya maka banyak perancangan dibuat terutama projek "Saudara baru'. Projek ini juga telah dimaklumkan kepada sahabat di Kuala Lumpur olih Simon . Sekembalinya Hj Kamaruddin dan Yaacob di Langkawi, tanpa aku duga, sahabat dari Kuala Lumpur berserta Simon dan juga Zainal telah menunggu di Lapangan Terbang. Kebetulan pada hari mereka sampai aku tidak berkesempatan untuk kesana. Sahabat dari Kuala Lumpur  meminta agar Hj Kamaruddin menceritakan apa yang dilalui olihnya dan juga Yaacob  ketika di sana. Hj Kamaruddin menceritakan kepada mereka apa yang dilaluinya. 'Lan' yang menjadi ketua kumpulan Kuala Lumpur memberitahu Hj Kamaruddin bahawa petunjuk yang Hj Kamaruddin 'lihat' di Ka'abah' adalah lah sihir dan kata "Lan" lagi semua itu adalah ditidak benar dan sihir itu datangnya dari aku dari Langkawi. Mendengarkan kata-kata ' Lan" itu lalu Hj Kamaruddin dan Yaacob meninggalkan mereka . Pada keesok harinya juga " Lan" dan juga sahabat Kuala Lumpur yang lain termasuk Simon dan Zainal sekali lagi ke Awana untuk menemui Hj Kamaruddin tetapi Hj Kamaruddin masih lagi bercuti dan mereka hanya sempat berjumpa dengan Yaacob. Kata Yaacob, beliau amat marah dengan Simon dan kuncu Kuala Lumpur kerana mempertikaikan apa yang mereka lihat. Yaacob berpegang teguh dengan apa yang beliau lalui tambahan pula 'miracle' tumur yang diangkat Allah SWT menguatkan lagi keimanan beliau dan kepercayaan terhadap aku.


Nota : Untuk kisah selanjutnya dan secara detail terdapat didalam buku.


Hj Kamaruddin menjelaskan kepada aku bahawa beliau tidak lagi ingin menjalinkan perhubungan dengan kumpulan dari Kuala Lumpur begitu juga dengan Simon dan Zainal. Semua yang dilalui olih Hj Kamaruddin dikongsikan bersama aku dan juga Amin . Berbalik kepada peristiwa sewaktu Simon menghabiskan lebihan roti yang aku makan maka terbuktilah kini bahawa beliau adalah 'pengkhianat'  bagi perjalanan kami. " Those who dips with me is the traitor", tepat ungkapan ini.


Sekiranya pembaca membaca text penuh kisah didalam perjalanan ini, terdapat berbagai-bagai 'keajaiban' dan ' kebenaran' berlaku terhadap Simon, tetapi beliau masih lagi 'menidakkan' apa yang dilaluinya. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan merahmati beliau sekeluarga.


Hanya Allah  SWT  Mengetahui Apa Yang Tersembunyi, Allah Maha Besar, Allah Maha Agung.









No comments:

Post a Comment