Wednesday, 1 January 2014

THE PROMISED LAND : SIAPA MENGARAP : SIAPA SALAH : SALAHKAH IBU MENGANDUNG?

ADAKAH LAYAK MEREKA DIPANGGIL ANJING ATAU BABI?
BAHAGIAN PERTAMA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Allah SWT menjadikan manusia berbagai rupa dan keadaan serta berlainan 'rasa'. Ada yang diberikan petunjuk dan ada yang dinafikan serta terdapat juga golongan yang suka mengikut-gikut.Ada yang ikhlas ada yang berajenda dan ada yang hipokrit ataupun bermuka-muka  dan didalam kategori manakah kita berada , hanya, diri kita saja yang mengetahui

Berbalik kita kepada tajuk diatas yang ingin saya perkatakan iaitu generasi ke 3 selepas kemerdekaan. Didalam kategori ini terdapart beberapa kelas atau kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok yang dilahirkan dari keluarga berada, Maksud berada disini samada golongan berketurunan Raja yang memerintah,kelompok kedua ialah golongan anak-anak pemimpin samaada politik mahupun koporat atau anak-anak Pegawai tertinggi Kerajaan dan ketiga ialah golongan orang kebanyakan atau rakyat bawahan

Perjalanan kehidupan ketiga kelompok ini amat berbeza sekali perwatakannya. Kalau kelompok pertama sudah semestinya mereka terdidek secara 'bangsawan'. Cara pembawakan serta perwatakan mereka amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan kelompok ketiga namun kelompok kedua ini kebanyakkanya lebih terdorong atau 'teruja' untuk mencontohi kelompok pertama sementara kelomopok ketiga bagi  pandangan mereka hanyalah sekadar 'memenuhi' quota saja ataupun tak da pun tak pa.

Keperihatian generasi ketiga bagi kelompok pertama dan kedua ini terhadap 'permasaalah' rakyat bawahan bukanlah 'keutamaan' mereka. Bagi mereka, hidup didalam kesenangan berserta mempunyai keluarga yang kaya raya dan berpengaruh serta berpeleseran dengan keluarga yang berpengaruh adalah anutan 'famili' . Olih itu perhubungan sesama mereka tidak dapat dinafikan. Untuk itu peluang untuk mencipta 'kekayaan' secara mudah bukanlah halangan.

Jurang pemisah diantara kelompok generasi ke 3 untuk kumpulan pertama dan kedua amatlah jauh kecuali diawalan peringkat persekolahan, percampuran dengan kelompok ketiga tidak dapat dielakkan. Jurang pemisah ini berlaku juga apabila mereka telah melepasi SPM. Keluarga kelompok pertama dan kedua semestinya menghantar anak-anak mereka keluar negeri untuk melanjutkan pelajaran dan hanya segelintir saja yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT , itupun IPT swasta saja yang menjadi pilihan.

Olih itu kesedaran kesusahan dalam kehidupan banyak dirasai olih generasi dari kelompok ketiga ini. Berlatarbelakangkan dari keluarga yang kurang berada dari segi ekonomi membuatkan kumpulan ini amat merasai kesempitan kehidupan keluarga. Kekecewaan yang bersarang dihati ditambah dengan berbagai kos penghidupan yang meningkat serta menyempitkan ekonomi keluarga mereka menyebabkan golongan ketiga dari kelompok ketiga ini bertindak aggresif

Rata-rata yang menyertai 'kebangkitan suara' generasi ketiga ini kebanyakkannya dari kelompok ketiga ini.


JANGAN DICACI ORANG BERSOLAT. WALAU SEBURUK MANA SEKALIPUN  DIMATA
MANUSIA TETAPI  DISISI ALLAH MENYEMBAH DAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN
TUHAN YANG ESA ADALAH TUNTUTAN.
bahagian pertama

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Yg bersolat, setiap kali melafazkan Kalimah Syahadah, memperbaharui keIslamannya. Soal dosa (hatta dosa kufur syirik sekali pun) dan pahala, diterima atau tidak amalannya, serah sahaja kpd Allah swt. Soal ikhlas atau tidak amalan seseorg juga bukan urusan kita, segalanya terserah kpd Allah swt. Yg melakukan kebaikan, kita bersangka baik. Yg melakukan perbuatan dosa, dicela perbuatannya. Pelakunya dinasihati, baik juga didoakan agar bertaubat.

    ReplyDelete