KUMPULAN INI BAKAL MENJARAH SEJARAH BARU DALAM POLITIK. PEMIMPIN BAKAL DI MALUKAN DIKHALAYAK RAMAI |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Walaupun suara kebangkitan atau suara hati rakyat yang didendang akan memecah kebingitan Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang dijangka akan dimandikan dengan kehadiran ratusan ribu manusia namun kehadiran tidaklah seperti yang diharapkan namun kehadiran lebih 30,000 pengunjung yang bercampur dengan 'puak pembantah' telah memberikan satu impak yang sangat besar kepada Kerajaan mahupun kepada Perdana Menteri khasnya.
Kehadiran ribuan anak-anak muda yang 'sehati untuk membantah' dilihat sebagai satu perkembangan baru dan situasi ini amat tidak baik terutama kepada parti tonggak BN iaiatu UMNO. Samaada perkara ini akan diberikan perhatian serius olih Najib mahupun UMNO khasnya, 'pertembungan pandangan' dengan kelompok Generasi ini bakal melebar jurangnya.
Perkara pokok yang diperjuangkan ialah 'kenaikan' kos sara hidup dinegara ini gara-gara Kerajaan menarik beberapa subsidi barangan serta kenaikan kos beberapa 'nyawa' rakyat yang dilihat mencengkam kehidupan rakyat akibat dari sifat keboroson pemimpin yang menerajui negara . Akibat terkesan secara langsung dengan tindakan Kerajaan dengan kenaikan ini maka beberapa kumpulan anak-anak muda telah mengambil inisiatif untuk 'memprotes' secara terancang.
Walaupun kehadiran kumpulan ini tidaklah sebesar atau se'gah' Perhimpunan Bersih 'dendengan' Parti Pembangkang' ,tetapi impak yang diberikan olih Kumpulan ini tidaklah bolih dipandang sebelah mata. kerana sifat keberanian yang ditonjolkan amatlah tinggi serta 'bersemangat' yang akan dicontohi olih generasi 'adik-adik' mereka.
Apa yang diserlahkan atau yang perlu diberikan perhatian, ialah sifat keberanian Generasi Ke 3 selepas era Kemerdekaan. Kumpulan ini ternyata akan menjadi duri dalam daging kepada pemerintah terutama Barisan Nasional ataupun UMNO.
Rata-rata yang mengungguli pergerakkan ini merupakan Graduan Universiti yang berpelajaran serta yang tahu menilai hala tuju sesebuah Kerajaan. Walaupun kepimpinan Kerajaan iaitu Barisan Nasional mahupun penyokong UMNO mengiktiraf atau menganggap Kumpulan ini sebagai 'sampah' atau 'anjing' namun pemikiran kumpulan ini amatlah 'advance' jika dibandingkan dengan segelintir puak yang 'ditaja' parti politik.
Kesedaran 'hak' sebagai rakyat serta ketidakseimbangan 'ekonomi' diri dan keluarga yang dirasa semakin terhimpit gara-gara 'kos kehidupan' yang mendadak naik, menyebabkan, golongan Generasi Ke 3 ini naik minyak atau 'memberontak'.
Namun begitu satu 'signal' telah dilontarkan kepada Kerajaan Pemerintah agar 'menilai' semula keputusan mereka. Kebangkitan suara "Generasi Muda Ke 3' ini, yang dianggap 'mengeggarkan' persada politik negara, bakal merubah scenario politik negara' dihari-hari akan datang. Kekecohan besar bakal melanda lagi sekiranya 'situasi' ekonomi tidak di'catur' dengan sempurna.
Kelambatan Najib atau ketua negara didalam 'mereda'kan kepanasan dan bahang kemeluapan 'yang dirasai rakyat bakal 'menyuramkan' negara. Kebimbangan serta ketidak serataan penyuraian 'kek ekonomi' kepada golongan serdahana dan miskin bandar, pasti menghuruharakan lagi keadaan. Kegusaran yang ditonjolkan olih gelombang ke2 Generasi ke 3 ini. akan lebih buruk berbanding apa yang dilakukan semalam.
Kegagalan kerajaan atau sifat diam Perdana Menteri yang dilihat 'lemah' serta 'kurang berkemampuan 'menilai' kehendak rakyat terutama Generasi Ke 3 ini, bakal mengundang 'malapetaka' yang lebih buruk.
Kini Kerajaan Najib dilihat membawa lebih banyak 'malapetaka' berbanding 'kesejahteraan' terutama kepada kesejahteraan ekonomi rakyat. Perlu diingat, kini, Golongan Ke 3 ini, sedang mengikuti rapat perkembangan perekonomian terhadap rakyat, segala salah laku atau kehidupan bermewah-mewah pemimpin akan menjadi perhatian serta alasan untuk mereka 'bangkit'.
Tiada lagi yang dapat mengekang 'kebangkitan Generasi ke 3' , semuanya sudah terlambat
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
*
ReplyDelete.. KESAH 2 PAHLAWAN BERSAUDARA NAMUN 2 PENDIRIAN JAUH BERBEDA ..
PENDIRIAN TUAH : AKU RELA BERKORBAN APA SAJA JIWA RAGA DEMI SULTAN MELAKA.
PENDIRIAN JEBAT : AKU TETAP BERKORBAN TEGAKKAN KEADILAN HAPOSKAN KEZALIMAN.
SEMANGAT TUAH MELAYU GURKHA SETIANYA CUMA PADA RAJANYA HINDU BAWAK CELAKA.
SEMANGAT JEBAT MELAYU SEJATI PEMBELA PADA YG TERTINDAS DIANIAYA OLEH RAJA.
..
KATA SEMANGAT PAHLAWAN MELAYU DATOK LAKSAMANA HANG TUAH :
ReplyDelete- TAK AKAN HILANG MELAYU DIDUNIA - TERSIRAT SATU SEJARAH.
KESAH 2 BERADIK AB SANG SAKA MERAH PUTEH TERPAKSA BERPISAH.
SIABANG KEBANJARMASIN SIADIK KEMELAKA MEMULAKAN 2 ALKESAH..
SIABANG DINOBAT RAJABANJAR SIADIK PENDITA MELAKA 2 GAGAH.
2 PEWARIS KERIS PUSAKA TAMING SARI TERDIRI TERHUNUS GAGAH.
LAMBANG BENDERA UMNO SANG SAKA MERAH PUTEH BERKIBAR MEGAH.
MASUK AKHIR ZAMAN MUNCUL IM SEMANGAT MELAYU TELAH BERUBAH..
{ SEDIKIT DARI DIARY KOLEKSI AJARAN IM REFORMER ALAF BARU...}