BUSUNG BERTAMBAH BESAR BAUNYA MENUSUK HIDUNG SERTA BERBAU HANYIR!! |
Tiada perlu menoleh kebelakang lagi..apa yang terlepas tidak akan tergapai lagi cuma kuatkan azam untuk berusaha bagi melakukan yang terbaik untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga untuk berdepan dengan hari-hari yang bakal mendatang.
Bebanan yang sengaja diletakkan dibahu orang ramai terpaksa dikendong dan dijunjung rakyat. Walaupun perit atau terpaksa bersengkang mata mahupun mengikat perut tanpa suka mahupun gembira rakyat terpaksa mengharungi nya walaupun keadaan 2014 diyakini akan berarus deras didalam ketidaktentuan ekonomi negara yang mana 'inflasi' adalah pasti.
UMNO kini terbeban dengan kerenah Najib dan Rosmah. Walaupun Rosmah bukanlah anggota Kerajaan yang berdaftar namun kedudukannya yang berada ditakhta tertinggi Najib 'menghalalkan' segala 'perbuatannya', tanpa dapat disanggah olih orang lain waima 'Menteri Kanan'
Segala salahlaku serta ketidakbolihan Najib mengemudikan ekonomi akan disarungkan ketahun 2014. Didalam negara melangkah ketahun baru ini, dijangkakan bermacam-macam kecelaruan akan bertimpa-timpa menghimpap negara. Bersisakan dari ketidaktentuan ekonomi panangan Najib serta kemarahan rakyat terhadap dakwaan 'keboroson' Najib berbelanja sakan didalam pentadbirannya sehingga membayar sebanyak 7.2 billion ringgit kepada Konsultant serta penggunaan Jet Kerajaan olih Rosmah membuatkan rakyat 'naik angin'.
Menambah burukkan lagi keadaan, apabila Kerajaan Najib mengurangkan subsidi minyak serta gula ditambah dengan beberapa siri kenaikan yang dikenakan terhadap rakyat, membuatkan rakyat merasa 'jengkel' terhadap pemerintahan Najib. Rakyat berpandangan bahawa Najib telah gagal didalam mengurus hal-ehwal negara, hanya segelintir penyokong 'totok' UMNO saja yang menyokong tindakan Najib secara membuta tuli.
Didalam menilai ketidaktentuan pegangan Najib, dirasakan 'impak' terbesar yang bakal dilalui Najib ialah apabila 'rakyat' mula bangun atau bangkit dan bersuara diatas rasa ;ketidak puasan hati' terhadap 'kenaikan' yang dirasakan 'menusuk rusuk rakyat ini. 'Bala' kebangkitan serta suara' rakyat ini bakal menjadi duri dalam daging terhadap UMNO. Najib merasakan beliau tidak akan terkesan dengan 'kebangkitan' ini tetapi UMNO akan merasa kehangatan serta bahangnya.
Kebangikitan secara perlahan serta suara-suara sumbang dari pemimpin UMNO akan mula berkumandang . Ketakutan UMNO terhadap kebangkitan rakyat serta kebangkitan dari dalam UMNO akan meresahkan kepimpinan tertinggi. Desakan demi desakan akan terhambur dari mulut mereka serta perang mulut sesama mereka bakal merangsangkan lagi 'pengusiran' terhadap Najib.
Inflasi bakal berkembang biak . Ketidak tentuan harga barang makanan bakal menghantui kehidupan rakyat. Kos sara hidup menjadi lebih mahal. Taraf kehidupan rakyat dibawah menjadi 'bahan' untuk dibicarakan dikhalayak ramai. Perasaan marah, kecewa, hampa serta tidak puas hati bakal 'meledak'. Bukan saja ahli UMNO akan melenting malahan ahli parti parti komponen MCA dan MIC juga bakal mencucuk Barisan Nasional secara berdepan.
Cerita peribadi Najib dan Rosmah bakal di'telanjang'kan dikhalayak ramai. Kisah 'tikam belakang' pemimpin UMNO bakal 'mengegar'. Tuduh menuduh bakal 'melemahkan' Barisan Nasional. Berbagai laporan 'Polis' bakal direkodkan tentang 'salah-laku' pemimpin .Kepimpinan UMNO bakal dibelahkan mengikut 'gelombang'.
Isu 'kalimah Allah' bakal mengentingkan perhubungan kaum . Kesepakatan semakin terkuis. Lontaran kritis terhadap agama semakin 'lantang'. Kecurigaan amat tinggi.
Tahun 2014 yang bakal kita lalui ini bukanlah satu tahun yang mengembirakan rakyat, walaupun Najib mengumumkan pemberian BRIM nya namun kemarahan rakyat akan terbawa-bawa juga.
Tahun 2014 merupakan tahun yang amat getir buat Barisan Nasional terutama UMNO. Isu yang dikendong dari tahun 2013 akan 'membusung' besar setiap hari, dan air yang keluar dari 'busung' itu amat busuk dan hanyir. Sanggupkah kita makan didepannya? Akan terkeluarkah apa yang kita kunyah ?
Tahun kesenangan Melayu sudah berakhir......tahun kesengsaraan baru bermula
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Wallahu'allam bissawab, walau bagaimanapun, bersyukur, sabar dan redha dengan ketentuan Allah lebih dekat dengan takwa, Diri ini tidak melihat hal kenaikan kos hidup sebagai ancaman atau sebab untuk kita menuding jari dan menyalahkan orang lain serta mengatakan orang berkenaan tak pandai buat itu dan ini, ini semua ujian daripada Khaliq, gunakan akal yang telah Allah SWT kurniakan bagi menangani masalah kehidupan, bukankah tidak seronok kiranya bermain papan luncur tanpa ombak yang besar.
ReplyDeleteAllah yang menentu segalanya, bukan kita, hanya ikhtiar dan usaha sahaja ruangan yg diberi olehNYA, yg dirasa bahawa akal, qudrat dan iradat kita yang miliki, namun hakikatnya jika rujuk pada firmanNYA bahawa segala yg baru dalam taklukNYA jua. Tiada yg mampu utk kita ungkapkan apa yg akan terjadi di masa mendatang, utk berbicara hendaklah kita fahami bahawa kita ini pun dlm genggaman kuasaNYA, hanya yg jauh dari syirik(Khafi wal Jali) sahaja yg terselamat akhirnya.
ReplyDeleteBila melihat balik kedalam diri setiap pagi setelah bangkit dari mati sementara, apakah tiada langsung rasa kita utk bersyukur padanya bahawa Allah memberi masa lagi utk kita beramal dgn amalan yg soleh, boleh lagi menerima takdirNYA dgn penuh ilmu dan sedar bahawa tiada yg menentukan segalanya melainkan Allah swt.
UiTM Jengka