BN DIPENGHUJUNG KUASA WATAK DARI TIMUR BAKAL MUNCUL SEBELUM PRU 14 |
Hanya pada Allah SWT kita berserah. Mungkin pengikut UMNO tidak terkesan dengan segala macam kenaikan yang dirancang Kerajaan Najib kerana mereka mereka 'dilindungi' olih dalang-dalang dalam UMNO terutama Menteri-Menteri atau Ketua Bahagian dan yang paling bangsatpun Ketua Cawangan yang memberikan mereka segala bentuk 'imbuhan' yang tidak terlihat dimata orang ramai Olih sebab itu kelompok ini 'merestu' tindakan Najib bagi 'mengenakan' segala 'bala kenaikan' terhadap rakyat. Syabas pengikut UMNO!!!!
Kepada Melayu marhein yang bukan UMNO mahupun PAS atau PKR bersedialah untuk menerima 'balasan' dari Najib . Segala janji samaada bertulis atau cakap cakap mulut semuanya 'penipuan' belaka. Entah berapa ramai rakyat 'menyumpah' Najib akan kenaikan ini. Walauapapun 'rakyat tiada pilihan selain menerima 'kenaikan' ini tanpa rela.
Untuk meraih simpati, Najib hari ini mengumumkan 11 langkah penjimatan bagi kewangan Kerajaan pimpinannya bermula 2014. Kenapa baru sekarang Najib mahu berjimat? atau mengurangkan perbelanjaan? Apakah sebabnya? Atau adakah ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa 'Kerajaan' beliau pun berjimat-cermat? Atau adakah 'kantung Kerajaan' sudah kering? atau 'tak berduit lagi"?
Apakah 'signal' yang Najib nak sampaikan kepada rakyat?
Atau adakah dengan penjimatan ini hendak menunjukkan Kerajaan Najib pun berdikit-dikit. Kalau dikira dengan angka berapa sangat penjimatan yang dapat dikurangkan? Sampai ke Rm 1 Billion? Paling banyakpun RM100 Juta itupun 'angka' yang paling tinggi saya berikan mungkin rendah lagi
Apa yang diutarakan Najib kali ini, ibarat 'melepaskan batuk ditangga' saja. Hentikan saja 'senator yang dilantik' sebagai Menteri tu berserta Konsultannya sekali. Kenapa nak 'tanggung biawak' hidup menyusahkan rakyat dan menghabiskan duit saja
Tetapi apa yang dikurangkan olih Najib hanya akan memberi impak yang besar kepada 'kontraktor kecilan' seperti yang membekal banner. bunting serta pengangur acara namun kontraktor besar-akan ketawa besar kerana mereka tidak terusik dengan cadangan Najib. Siapa yang mati sudahnya? Melayu yang mati atau kontraktor Cina yang mati???
Sepatutnya sedari dahulu Najib sudah belajar berjimat cermat didalam perbelanjaan negara dan bukan sekarang tetapi nak buat macam mana 'anak orang kaya; mana tahu berjimat cermat atau menahan lapar mahupun berpakaian yang ditampal macam kita.
Walauapapun Melayu yang bukan UMNO ,PAS ataupun PKR telah menganggap Barisan Nasional adalah kumpulan yang perlu dinyahkan pada PRU 14 kerana 'watak dari Timur' bakal menjelang sebelum PRU 14.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment