PENGANUT POLITIK LEBIH RELA ISLAM DICABAR BERBANDING POLITIK |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Nak kata Melayu bersatu kerana Agama tidak pulak
Nak kata Melayu bersatu kerana Bangsanya pun tidak
Nak kata Melayu bersatu kerana Politik pun tak jugak
Agaknya Melayu ni kalau ada kepentingan peribadi baru nak bersatu..tak jugak
Apa penyakit Melayu ni????
Oh...Melayu ni ..puak yang pentingkan diri rupanya!!!!
Patutlah.....macam ni....Melayu selalu kata..janji 'masyuk'...
Apabila Islam dihina serta kalimah Allah dituntut kepenggunaan olih bukan Islam untuk dijadikan 'bahan' penghinaan kepada penganut Islam, hanya beberapa kerat saja parti politik yang bersuara ataupun membuat laporan polis.
Amat malang dan sedih apabila gerakan terbesar Melayu iaitu UMNO dilihat gagal untuk mendahulukan tindakan nya berbanding NGO lain didalam membuat laporan polis. Atas sebab apa kelewatan ini hanya perkumpulan mereka saja yang mempunyai jawapannya.
Sehingga setakat ini lebih dari 1000 laporan polis telah dibuat berhubung 'ancaman' mencabar keputusan kerajaan' untuk menaikkan kos sara hidup dan cetusan politik' yang di'anuti' ini memberikan impak yang besar sehinggakan 'kuasa' polis digunakan untuk 'menggugut' rakyat.
Dengan alasan yang didakwa 'ancaman menggulingkan kerajaan' maka berlumba-lumbalah 'pak macai' ini membuat laporan polis.
Dari apa yang disaksikan melalui 'badut-badut' ini, sesungguhnya bagi mereka 'Islam' bukan keutamaan untuk dipertahankan.berbanding 'politik' anutan mereka saja yang 'wajar' dipertahankan.
Bayangkanlah kalau tindakan begini dilakukan olih 'orang Melayu' ketika Islam dihina, semestinya kecut perut orang kafir melihatnya.
Sepatutnya beginilah tindakan sepatutnya dibuat olih pemimpin apabila Islam dihina atau dicabar. Tetapi bagi mereka Islam bukanlah keutamaan kerana agama tidak menjanjikan kekayaan dunia kepada mereka.
Beginilah baculnya penganut 'politik' berbanding kepentingan Islam
GELAGAT GELAGAT PENGANUT AGAMA POLITIK
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment