Thursday, 2 January 2014

THE PROMISED LAND :- BAHAGIAN II :- HASIL TUAIAN POLITIK

BAHAGIAN 11 :-
HASIL TUAIAN DARI SALAH LAKU PEMIMPIN POLITIK 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Bukan salah ibu mengandung, \dan huga bukan salah anak yang dikandung. Mewarisi atau diwarisi bukanlah penghalang namun 'ikhtiar' serta 'berada dikelompok' atau ' pak sanggup' atau ' sanggup menelan' serta  sanggup 'menggadaikan maruah' adalah permainan untuk mengapai apa yang dihajati. 

Berdosa, bersalah atau terpaksa 'bersengkokol' atas perasaan 'keterpaksaan' adalah 'jalan' bukan pilihan sesetengah manusia.namun diatas dasar 'keterpaksaan' warna-warna kehidupan yang melingkari serta menyaluti kehidupan seseorang membuatkan manusia tersalah pilih. Walaupun dimata manusia 'berajenda' itu adalah kesalahan namun 'demi kelangsungan 'hak yang ramai' kekadang 'keterpaksaan' 'berkorban' adalah jalan pilihan demi sebuah kebenaran. Walaupun pahit untuk ditelan namun untuk jangka panjang 'kesakitan' itu bakal terubat walaupun 'kesan'nya amat mendalam. Sadar atau tanpa kerelaan, bukan ukuran, asalkan 'hajat tercapai'

Begitulah keadaanya generasi ke 3 kelompok ketiga ini. Kumpulan ini tiada pilihan , yang dimiliki hanyalah 'pewarisan' dari ibubapa mereka yang 'bermandikan keringat' dari dari pagi hingga kepetang untuk mengisi perut 'tanggungan' yang diamanahkan kepada diri mereka .Begitu juga kepada keluarga menengah rendah yang berpendapatan dibawah paras RM2,000?= sebulan yang mana kebanyakan ibu bapa mereka yang berkerja dibawah Kerajaan semestinya keluarga mereka amat terkesan dengan 'perkembangan ekonomi' kini, akan memberi kesan yang mendalam  juga.

Ketegangan ekonomi Generasi ke 3 dari kelompok ketiga ini agak 'kritikal' jika dibuat pembandingan. Rata-rata pengekonomian keluarga mereka tidaklah kukuh seperti yang selalu digambarkan Kerajaan. Kehidupan serta pergaulan mereka selalunya 'terlingkung' dalam kelompok yang setara dengan mereka. Namun kegusaran kelompok ketiga ini amat ketara dan kelompok ini kebanyakannya berjaya didalam pelajaran

Walaupun mereka tidak setaraf kelompok Pertama dan Kedua yang rata-rata percampuran mereka teramat uptodate dan mempunyai ruang lingkup yang luas untuk 'berkerjaya' yang eliitis, namun jika diukur dari sudut 'kebertanggungjawapan' terhadap nasib masyarakat, kelompok ketiga ini sebenarnya lebih 'perihatin' berbanding kelompok pertama dan kedua. Inilah yang membezakan mereka

Kelompok pertama dan kedua sudah teramat selesa dengan kesenangan kehidupan serta mewarisi apa yang dimiliki keluarga namun kelompok ketiga ini terpaksa berhempas pulas untuk menaiki tangga demi mengubah penghidupan Oleh itu sifat rebelious atau penentangan amat 'terbuku' dihati mereka. Oleh itu tidak hairanlah, rata-rata yang mewarnai gerombolan 'TURUN" tersebut adalah mereka-mereka yang berada dikelompok ini. Inilah yang dikata 'suara rakyat yang sebenar'.
                              
Apa yang diucap olih pemimpin samaada parti pemerintah mahupun pembangkang sebenarnya bukanlah 'suara atau nadi rakyat'. Sebenarnya  apa yang ditonjolkan olih kelompok pemimpin ini merupakan satu 'wayang' atau 'lakonan' saja. Perjuangan yang dijaja olih pemimpin bukanlah 'realiti' tetapi lebih menjurus untuk 'menjual kepentingan diri' agar dilihat olih masyarakat yang ramai agar menampakkan atau digambarkan sebagai 'suara rakyat'. Tetapi pada hakikatnya mereka ini hanya ingin menyamun apa yang ada demi kelangsungan peribadi dan  'politik' mereka saja dan tidak lebih dari itu

Kini generasi ke 3 dari kelompok ketiga ini rata-ratanya berpelajaran serta berada dimenara gading. Dengan berkembangnya teknolgi serta terbukanya 'lelangit serta tirai' kelakuan dan sifat budi pemimpin ,tiada 'kain tirai' dapat melindungi lagi salah laku. Kejujuran ketidaktentuan ekonomi dapat diakses secara mudah, laungan ekonomi bercambah dapat dinilai kebenarannya, ekonomi membeku dapat dirasai, malah segala apa yang berlaku didunia yang dahulunya ribuan batu jauhnya dapat dilihat didepan mata. Berbekalankan kepandaian yang dimilki semuanya tampak jelas didepan mata. Tiada keburukan dapat diselindung kecuali 'watak pembohong' saja cuba menafikan.
                                                       bersambung

                                                   Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment