Kecelaruan kepenggunaan nama ALLAH SWT tercetus lagi. Kegemparan yang sengaja dicipta olih musuh Islam dijadikan bahan untuk memperlekehkan agama Islam. Kalau diIndonesia dan kepulauannya membenarkan terjemahan perkataan Tuhan digantikan dengan Allah, kini, anutan serta kepercayaan yang disusurgalur. dalam bahasa Indonesia ingin disebarluaskan dinegara ini. Walaupun bangsa Indonesia dikata bersusurgalur dari bahasa Melayu lama dan dikata bangsa yang serumpun namun pada hakikatnya perbezaan jati diiri amat ketara.
Walaupun Indonesia dikata atau mendakwa telah melahirkan beberapa "wali' besar namun ketidakupayaan kumpulan agama mereka yang dikata mempunyai jutaan pengikut 'fanatik' gagal pula untuk menyekat 'penggunaan' Allah sebagai ganti nama Tuhan olih bukan Islam. Agama Kristian bukanlah agama asal penduduk namun 'pemutaran pandangan " terutama 'pihak Kristian'. tidak dapat dihalang atau disangkah olih perkumpulan yang mengaku Islam .
Rata-rata kelompok keagamaan yang didakwa bertunjangkan keIslaman ini amat 'keras' dan lantang suaranya dinegara tersebut. Namun kekuatan atau kerasnya 'perjuangan' mereka tidak berjaya pula 'menyekat' segelintir puak Kristian didalam kepenggunaan Allah sebagai 'gantinama Tuhan' Dimana silapnya? Atau adakah kerana kemiskinan rakyatnya menyebabkan 'hanyut'nya keperihatinan mereka terhadap Islam atau 'perkataan 'Allah"?
Bertunjangkan kepada 'kejayaan' puak Kristian di Indonesia yang mengkomersialkan 'Allah" untuk dipanggil Tuhan dalm bahasa Indonesia maka percubaan untuk melebarkan 'ajenda' tersebut ingin diimpot ke Semenanjung Tanah Melayu pula. Bolih kah Melayu benarkan? Kalau di Sarawak dan Sabah perkara ini semamang sudah berakar umbi dari dahulu kerana kedudukannya berjiran dengan Kalimantan ditambah kedua negeri ini berada dibumi yang sama. Olih itu penularan menggunakan 'istilah' Allah yang dibenarkan olih Indonesia tidak dapat dibendung. Maka tiada kehairanan bagi penduduk Semenanjung untuk 'menegahnya'.
Kini kepercayaan atau kepenggunaan 'Allah" yang sememangnya tidak pernah digunakan olih Gereja di Semenanjung olih penganut Kristian yang terdiri dari kaum India dan Cina, ingin menukar pula sebutan mereka dari God kepada Allah. Apakah motifnya? Kalau paderi Cina dan paderi India selama ini menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Cina mahupun bahasa Tamil dalam 'sermon'nya apakah kali ini paderi paderi mereka akan menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu? Rata-rata kita menyedari bahawa tidak ramai dari mereka ini yang fasih berbahasa Melayu melainkan bahasa ibunda mereka saja. Oleh itu dimana keperluan mereka?
Seperkara lagi, sebelum ini kelompok ini amat fobia dengan bangsa Arab tetapi kenapa kini mereka beriya-iya ingin menggunakan istilah bahasa Arab untuk merujuk kepada tuhan mereka
Apa yang sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah kita ingin membenarkan lagi kesesatan mereka yang telah sesat ini dari menyamakan manusia bernama Jesus Christ dinobatkan sebagai Tuhan atau Allah?
Samakah Tuhan Allah Kristian bernama Jesus Christ yang dipuja dan dijadikan serta dinyawakan dengan Allah SWT yang dipuji yang Menjadikan dan memberi Nyawa?
Olih itu ketetapan untuk membenarkan 'Allah" dijadikan bahan dagangan atau tukaran hendaklah disanggah olih orang Melayu.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment