Wednesday, 29 November 2017

THE PROMISED LAND: RCI "FOREX' NAJIB VRS FOREX KEPUTUSAN RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

ELOKLAH NAJIB DAN UMNO JADIKAN LAGU BANGAU OH BANGAU
SEBAGAI PEGANGAN DAN BUKAN
LAGI SHAIR ANAK KECIL BERMAIN API

Keputusan RCI yang ditubuhkan olih Kerajaan Klepetokrasi BN berhubung kes kerugian berniaga Forex ,kini telah didedahkan.

Seperti semua sedia maklum, bahawa, kes kerugian berniaga Forex yang dilakukan olih Bank Negara Malaysia dibawah kerajaan pimpinan UMNO masa itu mendapati bahawa Nor Yaakob bersalah.
Namun RCI Najib tetap menyabitkan Anuar Ibrahim dan Dr Mahathir.

Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya.

Begitu lah persepsi rakyat terhadap usaha Najib dalam menyabitkan seteru nya iaitu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam kes Forex ini.

Itulah hakikat dan perangai pemimpin tertinggi UMNO bilamana mereka terdesak mahupun "terkepung" dek kerana skandal ciptaan sendiri.
Menyalahkan orang lain serta mengungkit kisah silam adalah falsafah UMNO, seolah olah diri sendiri suci dari dosa.

Memandangkan Dr Mahathir dan Anuar Ibrahim kini telah bergabung untuk menentang Najib dan UMNO kerana keterlibatan Najib dan kroni terdekatnya dalam skandal 1MDB yang telah didakwa Doj kerana menyalurkan dana sebanyak USD 681 juta keakaun peribadi Najib, maka, pertembungan politik telah berlaku .

Kerana keterdesakan untuk menyelamatkan diri maka seluruh ahli parti dari bawah hinggalah kepucuk kepimpinan UMNO diheret sekali .

Kini Najib menggunakan parti UMNO sebagai tembok ataupun benteng untuk mempertahankan diri beliau dari serangan musuh beliau sendiri.

Keputusan yang dirumus olih RCI terbitan Najib itu sebenarnya telah dijangka pengakhiranya. Olih itu tiada rasa terperanjat mahupun terkedu diatas dapatan RCI ini.

Sebagai rakyat kami.mahukan satu pungutan suara dibuat keatas isu dan keputusan ini.

Kami mahukan sesuatu yang tidak bersifat "berat sebelah' kerana kerugian masa lalu tidak pun dirasai olih rakyat.

Begitu juga dengan keterlibatan Najib serta Menteri menteri lain yang sama sama duduk didalam Kabinet masa itu,  juga patut dipertanggungjawabkan sama.

Biar rakyat yang memutus.dan menilai samaada berbaloi atau tidak rakyat mengungkit kerugian perniagaan yang berlaku 30 tahun dahulu.

Cahaya Al Majid.


9 comments:

  1. Cerita dah basi bro walau apa pun kesimpulannya, nawaitu awal pun dah harremmm.

    ReplyDelete
  2. Cahaya Al Majid. Tak kan tak tahu dan buat2 tak tahu prinsip tanggugjawab. Walau pun Nor Mohammad didapati bersalah tanggungjawab tetap pada Finance Minister. Jika FM mengelirukan fakta kepada Cabinet, itu dah jadi criminal offence.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat nak burukan tapi tak berani jenayahkan, mahkamahkan....
      Kita rujuk semula nawaitu awal.

      Ingat lagi tak, ada orang tandatangan dokumen 1mdb..tapi katanya tak tahu apa isi dokumen tersebut?
      Itu tak pula criminal offence???

      Satu dunia ketawa!

      Delete
    2. RCI untuk 1MDB bila pula? Mungkin mereka salahkan Khairuddin dg Chang dalam hal ini.

      Delete
    3. esa, tolong jawab soalan dibawah ini.

      1) Adakah RCI menemui fakta bahawa ada sesiapa yg mendapat laba peribadi dalam kes forex ini?

      2) Adakah RCI menemui fakta bahawa unsur rasuah telah berlaku dalam kes forex ini?

      Silakan hembus esa

      Delete
    4. Esa.... Kureng sangat... Cuba lagi... Harder..... Bukan tak bayar tauuu...

      Delete
    5. Salam. So Yang Najib tanda tangan lembaran 1MDB tu , yang dia ngaku sain buta tu , macam mana pula? Kenapa Najib tidak berani bertanggung jawab? Kenapa nak salahkan orang lain. Kan dia Penasihatnya. Tanpa kelulusan dia, Nothing go.

      Delete
    6. Post tu menjawab kepada soalan Esa.

      Delete
    7. Esa kena kaw kaw. Ini saja keupayaan jentera cyber kepala bapak? Menteri mengelirukan fakta kepada cabinet itu criminal offence jadi banyak menteri kepala bapak termasuk dia dan kabinet speaker dah melakukan jenayah. Tak gitu esa? Tak boleh lah double standard boh!

      Delete