Bismillahirrahmanirrahim.
BERBEZA KE ?
ANTARA DUTA PELANCONGAN
DAN DUTA KLEPTROKASI
Itu lah kehebatanya pegangan serta kepekaan seorang Menteri Najib dalam menilai seseorang untuk dijadikan "ikon" atau " Duta Pelancungan" buat negara.
Luiz Suarez pemain bolasepak professional dari Barcelona FC Sepanyol, telah dinobatkan olih Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan dalam memutuskan siapa ikon yang dipilih.
Hanya bersandarkan kepada follower Luiz Suarez yang dikata berjumlah tidak lebih dari 30 juta itu yang terdiri dari peminatnya diseluruh dunia, maka, kriteria itu dijadikan alasan olih Nazri untuk menghalalkan keputusannya.
Berapa nilai kontrak atau apa apa 'perk' yang bakal di nikmati olih Luiz Suarez sepanjang kontrak ini, tidak didedahkan.
Sasaran yang ingin di raih Nazri Aziz melalui "ikon Pelancungan' ini adalah market dari China dan Asia khasnya.
Yang menjadi persoalan ialah bagaimana caranya Luiz Suarez dapat membantu menaikkan jumlah kedatangan pelancong kenegara ini?
Atau adakah dengan Luiz Suarez bermain bolasepak dinegaranya yang dipancarkan secara live di TV mahupun dikedua-dua media sosial ,maka, akan berpusu-pusulah rakyat China atau pun warga Asia datang untuk mengunjungi Malaysia?
Atau adakah dengan terpapar nya logo Malaysia atau bendera Malaysia mahupun logo Tourism Malaysia dibaju Luiz Suarez itu bakal meningkat kan lagi kedatangan pelancong kedalam negara?
Tidak kah perangai buruk Luiz Suarez yang suka menggigit pihak lawannya ketika perlawanan bolasepak yang dipaparkan di kaca TV itu bakal tidak merosakkan imej negara ini?
Dengan dua kes yang serupa serta dikenakan tindakan digantung untuk bermain kerana masaalah disiplin serta dikenakan tindakan tidak bolih menyertai beberapa perlawanan itu, tidakkah itu bakal menjejaskan imej negara ini?
Kalau begini lah mentaliti Menteri UMNO yang sanggup mengambil Luiz Suarez yang dikenali sebagai seorang yang ganas dan tidak berdisplin didalam karier bola sepak nya, apa ada hal buat ahli ahli UMNO untuk mengangkat Najib serta Ahli Kabinet nya yang dikenali dunia sebagai Kerajaan KLEPTROKASI, untuk dinobatkan sama sebagai ' Duta KLEPTROKASI" pula.
Tak gitu???
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment