Bismillahirrahmanirrahim.
ADAKAH ROSLAN SHAH MAHU
AMBIL TUGAS DAJJAL?
Sebelum saya menulis panjang ingin saya menegur sedikit perangai Roslan Shah ketika membuat live video difacebooknya.
Kalau nak makan tu biarlah beradab jangan "mengecap gecap bunyinya " itu tidak sopan. Dan satu lagi apabila makan jangan meludah didalam pinggan yang kita makan dan kemudian kita suap semula ke mulut kita.
Itu tanda nya kita suka menjila apa yang kita ludah.
Harap harap faham maksud nya.
Melalui siaran langsung facebook yang diviralkan olih seseorang yang mengaku artis , walaupun puas saya 'google" akan status beliau namun untuk mengketegori beliau samada sebagai penyanyi atau pengacara , pelawak ataupun pelakon tidak dapat dipastikan.
Sedikit kronologi:-
Yang terdapat dalam Mr Google hanya satu lagu saja. Adakah itu kelayakan atau lesen buat beliau untuk dikenali sebagai penyanyi?
Dan adakah lagu yang diangkat atau dinyanyikan beliau itu mendapat sambutan hangat dari peminat mahupun meletup dipasaran?
Begitu lah serba sedikit latar belakang saudara Roslan Shah yang memviralkan isu Artis bergaduh di Expo.
Melalui kata kata atau cerita yang diviralkan sendiri olih Roslan Shah, beliau telah menuduh seorang artis Malaysia iaitu seorang penyanyi yang dijadikan mangsa tomahan atau difitnah olih beliau tanpa menyelidiki kisah sebenar terhadap apa yang terjadi tentang punca " gaduh" tersebut.
Untuk pengetahuan semua saya adalah salah seorang vendor yang bersama sama terlibat di Expo kelolaan Mega Express tersebut.
Olih itu saya tahu dan peka tentang kejadian yang diviralkan.
Sedar kah Roslan Shah bahawa apa saja tuduhan yang beliau lemparkan terhadap artis tersebut merupakan satu fitnah dan cubaan mengaibkan ?
Dengan mengatakan artis tersebut sebagai plastik, suka bermuka muka dihadapan peminat dan kurang didikan serta jijik dengan peminat seperti yang ditomahkan, adakah itu satu kebenaran?.
Dengan merendah rendahkan integriti dan menjatuhkan maruah serta mengaibkan artis tersebut , adakah itu satu kepuasan buat beliau?
Atau Roslan Shah mahu mencari publisiti dan popular yang sengaja mahu mengheret semua yang menonton dan yang membuat komen di Facebooknya, terheret sekali kedalam ' dosa memfitnah' beliau.
Atau adakah Roslan Shah benar benar kenal hati budi dengan artis yang difitnahnya.
Adakah Roslan Shah sedar akan implikasi yang bakal didepaninya sekiranya semua tuduhan dan tomahan.itu adalah dusta yang direka reka.
Andai kata benar artis tersebut sememangnya berjiwa besar dan taat kepada Allah SWT dan tidak seperti apa yang digambarkan dan ditomahkan olih Roslan Shah.
Sanggupkah Roslan Shah membebani dosa tersebut sampai keliang lahad?
Atau adakah kerana Roslan Shah sangat marah kerana tidak ada 'booth" di Mega Express seperti sebelum nya?
Apa yang saya lihat dan saya perhatikan Roslan Shah hanya "menumpang" booth tudung disebelah pentas utama kali.ni.
Cuma yang saya dapat tahu dari Ah Chong sendiri ,sepatutnya Ah Chong join booth dengan Roslan Shah tetapi Ah Chong menolak kerana terpaksa berkongsi dengan 4 vendor lain dalam booth yang bersaiz 3 X 3 itu.
Adakah kerana Ah Chong dapat menumpang dibooth Angah Maharaja Lawak membuatkan beliau marah". Kerana sebelum ini Ah Chong pernah join booth dengan Roslan Shah.
Saya detailkan lagi..dalam siaran langsung facebook Shah Roslan , beliau ada menyebut bahawa beliau tidak pernah mengambi duit dari sesiapa pun untuk sesiapa mahu berkongsi booth dengan Roslan Shah di Expo Mega Express.
Apa benarkah dakwaan atau kata kata Roslan Shah bahawa beliau tidak pernah ambil duit orang lain untuk tujuan join Expo Mega Express?
Harap tiada siapa yang membuka isu diatas tadi.
Ingatkah Roslan Shah akan insiden Ziana Zain diatas pentas dimana pengacara Moor dan Roslan Shah mahu menyarungkan tudung kekepala Ziana?
Ziana terpaksa menolak untuk disarungkan di kepalanya? Kenapa?
Tidakkah Roslan Shah dan Moor sedar apa yang cuba dilakukan?
Disini lah professionalism seseorang itu diambil perhatian.
Semua orang tahu Ziana Zain sedang mempromosikan tudung beliau tetapi kenapa Roslan Shah dan Moor tidak peka dengan situasi.
Tak kan Ziana Zain nak pakai tudung orang lain diwaktu dia sedang mempromosikan tudung beliau sendiri.
Tindakan yang cuba dibuat Roslan Shah dan Moor itu sedikit sebanyak telah memalukan Ziana.Zain dan secara tidak langsung pemunya tudung yang di bawa pengacara Moor itu juga akan terasa hati terhadap Ziana Zain.
Inilah yang dikatakan tidak profesional langsung.
Berlangsung dari insiden itu, Ziana Zain meminta Iffa Raziah untuk memberitahu Ria dari Mega Express agar slot yang lain untuk Ziana Zain ,beliau tidak mahu kehadiran Roslan Shah mahupun Moor untuk sepentas ketika Ziana Zain membuat promosi.
Salah siapa?
Sebenarnya saya sudah masak dan faham akan perjalanan diExpo Mega Express ini. Sudah bertahun saya ikut program En Hamzah dan Vivien ini.
Bolih dikata 80 % vendor yang menyertai Mega Express dari dahulu sehingga kini saya kenali cuma mereka tidak tahu.siapa saya.sebenarnya.
Biar saya ulang cerita lama,
Untuk pengetahuan semua selepas.Dato' Khatijah Ibrahim mengundur diri dari Mega Express tiada lagi artis Malaysia diberikan booth olih Mega Express.
Tetapi Artis pertama yang dijemput Mega Express bagi memenuhi ruang yang ditinggalkan olih Dato' Khaty adakah artis yang Roslan Shah fitnahkan ini.
Ketika itu Roslan Shah pun belum timbul lagi.
Begitu lah lamanya kehadiran saya di Mega Express.
Saya tidak mahu tulis panjang panjang takut nanti aib Roslan Shah pula yang terbongkar.
Tiada perlu nya kita menunjuk nunjuk diri seolah olah kita orang yang beriman , solat tidak tinggal, berjubah ,berkopiah dan bertutur hal hal agama, kerana itu.tidak mencerminkan bahawa diri kita seorang yang soleh dan beriman.
Saya pun mengenali siapa Roslan Shah ini dan pernah berbual bersama cuma dia tidak tahu siapa saya.
Saya tahu katekter diri beliau dan gaya beliau. Tiada hak saya untuk komen diri beliau.
Kita tiada upaya untuk mengukur dan mengata kan bahawa orang itu dan orang ini adalah ahli syurga dan orang ini plastik seperti yang Roslan Shah war war diatas pentas, kerana kayu pengukurnya tidak Allah SWT turunkan kepada manusia.
Olih itu sedarlah bahawa apa yang Roslan Shah ucapkan itu adalah hak Allah SWT dan bukan hak manusia untuk menentukanya.
Jadi ,tolonglah..jangan permainkan agama untuk kepentingan diri atau mengeji orang lain , kerana murka Allah SWT sangat pedih balasannya.
Perlu diingat dosa kita terhadap ibubapa bolih kita minta ampun. Begitu juga dengan dosa terhadap Allah SWT bolih kita mohon keampunan tetapi berbuat dosa dengan memfitnah manusia lain, bagaimana? Sampai akhirat kita akan bertanggungjawab.
Jadi kepada sesiapa yang terjebak dengan video viral fitnah Roslan Shah itu, eloklah berhenti dari bersubahat atau terpalit
dengan dosa dosa yang besar ini.
Olih itu jadilah manusia yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul serta
Jauhkanlah diri dari mendapat dosa free akibat perbuatan orang lain.
Cahaya Al.Majid
P/S : Banyak lagi kebaikan dan keberkatan yang di bawa olih artis yang terfitnah ini terhadap artis Malaysia, Singapura serta banyak lagi menafaat' yang diberikan kepada warga Singapura yang tidak didedahkan olih artis tersebut.
No comments:
Post a Comment