Bismillahirrahmanirrahim.
KETAKUTAN NAJIB SEMAKIN NYATA
DEMI HOTEL SG BULUH
BUJUR LALU MELINTANG PATAH
Apabila Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi atas desakan Dr Mahathir berserta diri Najib sendiri berserta beberapa lagi anggota tertinggi Parti UMNO, usaha itu telah meletakkan Pak Lah antara Perdana Menteri Malaysia yang paling pendek memerintah dalam sejarah.
Kerana ketidakmampuan serta kegagalan diri Pak Lah untuk mentadbir negara kelompongan ini dijadikan ruang dan peluang untuk merehatkan beliau sebagai Perdana Menteri. Itulah nasib yang menimpa diri Pak.Lah.
Kali ini perkara yang sama berulang lagi dalam UMNO. Kalau dahulu Dr Mahathir merupakan Presiden UMNO yang paling lama berkuasa namun kini Dr Mahathir merupakan musuh nombor satu UMNO pula.
Semenjak 4 tahun kebelakangan.ini pula Perdana Menteri yang menggantikan Pak Lah iaitu Najib dilihat terlebih buruk lagi perangai serta tingkah laku berbanding pemimpim dahulu.
Kalau dahulu tidak pernah kita dengar Presiden UMNO aka Perdana Menteri dari UMNO ini bersikap celupar dan kurang ajar samaada terhadap penyokong sendiri mahupun terhadap rakyat.
Tetapi kini, Presiden UMNO aka Perdana Menteri Najib Razak telah menjadikan diri beliau sebagai seorang ikon yang setaraf " "haprak' dimata rakyat.
Dengan dipalit dengan berbagai skandal dari pembunuhan model Mongolia Altantuya, skandal Kapal Selam Scorpene, hinggalah keskandal 1MDB yang tidak berkesudahan dan tidak terjawap ini menyerlahkan lagi kegagalan diri beliau samaada sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
Jika dibuatkan perbandingan antara Menteri dahulu dan yang ada sekarang, perumpamaanya adalah ibarat langit dan bumi.
Waima Menteri menterinya mahupun bekas bekas Menterinya dahulu jika dibandingkan, sekarang ini lagi teruk dan buruk perangai dan menyakitkan hati.
Itulah yang jeliknya tentang Parti UMNO kini.
Jadi bolehlah disimpulkan bahawa parti UMNO selepas era Dr Mahathir, UMNO tidak banyak melahirkan pemimpin yang berintegriti, bermaruah, berakhlak tinggi serta yang bolih dipercayai lagi, kerana kebanyakkan yang ada dan berkuasa kini hanya mementingkan "takhta' ,"ganjaran' serta kekayaan kebendaan berbanding nasib rakyat dan keperluan rakyat Melayu. Itulah UMNO kini.
Kebanyakan dari kalangam pemimpin tertinggi nya terlalu banyak terlibat dengan bermacam skandal, samaada rasuah, salah guna kuasa serta menyorokkan kekayaan diluar negara tanpa pengetahuan rakyat adalah kebiasaan dan telah dijadikan amalan.
Kalau tidak tak kan banyak syarikat luar pesisir atau " tax heaven company' ditubuhkan untuk dijadikan " padang mengumpul " kekayaan'. Itulah realiti nya kini.
Jadi benarlah bahawa dalam UMNO itu semenjak dari dahulu sehingga kini mereka tetap mendahulukan kepentingan diri sendiri berbanding nasib dan keperluan rakyat.
Untuk itu sebaiknya rakyat wajib menilai poket sendiri berbanding bermati.matian mempertahankan pemimpin sekarang kerana setelah 60 tahun UMNO memerintah tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini banyak harta dan hak pegangan tanah milik negara dan hak milik bumiputra telah terlepas dari tangan orang Melayu.
Semua ini berpunca dari pemimpin UMNO yang ada sekarang yang tidak lagi berhati Melayu tetapi lebih condong kepada asal dan bangsa keturunan masing masing.
Slogan memperkasa bangsa Melayu dan berjuanh demi agama Islam hanyalah ibarat ' menanam tebu dibibir' atau" habis manis sepah dibuang'.
Cahaya Al Majid.
Kita amat perlukan kepimpinan baru untuk membersihkan Malaysia dari peyalahgunaan kuasa, mengkayakan individu dan tidak amanah.
ReplyDeleteHukum dengan setimpal tidak kira agama, bangsa atau pangkat.
Ayoh...PRU14 ... misi pembersihan kepimpinan