Bismillahirrahmanirrahim.
YANG MANA LEBIH UTAMA?
Hanya kerana menggelar Najib sebagai "Lanun Bugis" seluruh warga Bugis di Malaysia berang.
Begitu juga baginda Sultan Selangor juga dikatakan "murka" dan melalui pembesar Istana maka dititah agar Dr Mahathir disiasat dibawah Akta Hasutan.
Walaupun secara terangan bahawa tuduhan dan kenyataan Dr Mahathir itu ditujukan kepada diri Najib saja, tetapi, pengolahan berita yang mungkin sampai kepengtetahuan Istana mungkin dalam versi yang tertambah kuah, maka timbang lah sendiri.
Hari ini pula penyataan dari wakil Rakyat UMNO Selangor pula cuba menitiskan cuka terhadap luka yang belum sembuh dengan cadangan untuk menghantar isyarat sokongan yang dirasakan terkesan sama diatas kemurkaan Baginda Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir.
Begitu lah sifat nya ahli politik dalam menjuarai permainan siapa lebih hebat atau siapa juara dalam membelai hati Raja mahupun rakyat.
Lupa kah kita terhadap tingkah laku Jamal Ikan aka Ketua Gerakan Baju Merah aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar terhadap institusi Kerajaan Negeri Selangor atau pun terhadap Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor aka Memanda Menteri kepada Sultan dan Raja kepada Kerajaan Negeri Selangor?
Bukankah tindakan memecah botol minuman keras dihadapan Pejabat SUK Selangor serta melabel kepimpinan Kerajaan Selangor yang dinaungi olih Baginda Sultan iaitu Azmin Ali sebagai 'haram jadah" tidak pula mereka terkesan akan kebiadapan tersebut?
Sebenarnya apa yang dibuat olih Jamal aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar dari Parti UMNO itu sendiri sebenarnya telah "menghina" institusi Beraja yang ditubuh atas syarat syarat Perlembagaan Tubuh Negeri serta yang dilindungi olih Perlembagaan Negeri yang mana dinaungi pula olih Baginda Sultan Selangor sendiri. Tetapi.....
Tidak terhina kah Baginda Sultan Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang dinaungi Baginda, serta waris waris Sultan mahupun kerabat kerabat di Raja Selangor diatas penghinaan yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor olih Jamal Ikan ini?
Mana lebih buruk pelebelan keatas Najib sebagai Lanun Bugis olih Dr Mahathir atau penghinaan olih Jamal Ikan aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar atas keberadaan dan Daulat Kerajaan Negeri Selangor .
Fikirlah sendiri......
Cahaya Al Majid
Bagi mereka yang "lupa", aku sokong sekali lagi supaya Jamal hantar keranda kepada mereka.
ReplyDelete# van jenazah
DeleteSultan Johor, memang sah keturunan Bugis daripada zuriat Daeng Parani, anak raja Bugis lima bersaudara. Tapi baginda tak pun rasa terhina dengan ucapan Tun Mahadir mengenai si lanun bugis 2.6 billion itu.
ReplyDeleteBaginda lebih tahu SIAPA yang dimaksudkan oleh Tun Mahadir, berbanding Sultan Selangor. Ini bermakna Sultan Johor lebih mengikuti perkembangan politik Malaysia. Dan, Baginda lebih bangga sebagai BANGSA JOHOR berbanding bangsa Bugis!!!
Tak semestinya tak bersuara, itu petanda dia tak terasa dihina.
ReplyDeleteCubit peha kiri, adoi...!!! peha kanannya juga terasa sakitnya.