Bismillah hir rahman nir rahim.
Lain padang lain belalang. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Sebelum ini belum ada lagi pemimpin tertinggi UMNO samaada yang berstatus Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri memijak tanah pusaka Rembau dengan "keizinan" , selepas "Rum Bow" mengenal dirinya sendiri.
Bumi Rumbow bukan sembarangan bumi, bumi ini "terangkum" dalam sumpahan.
Ke"keromah" bumi Rumbow telah saya tulis dahulu.Perlu diingatkan kembali, bahawa bumi Rumbow telah ujud dahulu sebelum ujudnya Kesultanan Melaka, begitulah "tuanya" bumi Rumbow ini.
Untuk makluman semua, segala "mentra kuno Rumbow" masih aktif terpakai sehingga kini, tetapi yang selalu digunakan adalah "alter Rumbow kuno" dan terbukti berkesan kepada pengamalnya.Begitulah "perjanjian" nya.
Orang politik yang pertama jadi mangsa gugur dibumi "Rumbow" adalah Dato Mokhtar Hashim, bekas Menteri Belia.Gugur juga kerana "khianat" kerana kuada dan akhirnya terjebak dalam kes pembunuhan yang akhirnya diituduh membunuh dan dipenjara.
Begitu juga dengan Gangster ternama Melayu iaitu Mokhtar Komando beliau juga "tersungkur" dibumi Rumbow.Dalam erti kata sebenar sesiapa saja yang mengkhianati Melayu, atau "pengkhianat" pasti menerima "balasan" apabila "menjejak" kaki dibumi Rumbow.
Sebelum bulan puasa Muhyiddin Yassin juga telah menjejakan kaki dibumi Rumbow kerana merasmikan program, belum pun sampai 3bulan, sumpahan bumi Rumbow terkena juga kebatang tubuh Muhyiddin.Kenapa? Beliau juga telah dipertanggungjawapkan untuk memegang amanah untuk 'melindungi' Melayu sebagai orang nombor 2 dalam Kerajaan, tetapi "amanah" itu juga gagal digalas ketika berkuasa, maka, hari ini beliau juga "terkena" sumpahan itu
Berselang beberapa bulan dari lawatan Muhyiddin , ketentuan Allah Swt mengatasi segalanya, jamuan Perdana Hari Raya 2015 juga akan diadakan dan berlangsung di bumi dan langit Rumbow dan dijangka Perdana Menteri, Najib akan menghadiri majlis tersebut, inshaallah, Najib juga pasti akan terkena "sumpahan" yang serupa juga.seperti bekas Timbalannya.Hanya kerana apa? "khianat".
Perjalanan Najib kearah yang sama juga nampaknya semakin terang.
Lintasan lintasan yang telah diperkata dan yang saya tulis juga sudah mula menjurus kearahnya.
Semoga Allah swt melindungi kita dari bencana kerana bersengkokol dengan "pengkhianat" bangsa "Meem".
Cahaya Al Majid
I
Salam,
ReplyDeleteBerhati hatilah bahasa yg digunakan...jika kita merasa hebat, ada org lain yg lebih hebat, jika kita terlampau yakin kita beriman, ada org lain lebih beriman dr kita.....dr tulisan anda, anda yakin pemimpin akhr zaman sudah hidup di dunia ini...adakah anda tau doa doanya...adakah anda tau dia juga melihat perkembangannya... jika kita tdk tau bermakna kita juga belum hebat,,,,,, begitu jua saya....saya tdk tau doa doanya.....bermakna juga saya bukan golongan yg hebat, mungkin saya yg terbawah, di atas saya masih ada manusia lain yg terpilih.....
Anda percaya jika ada org berkata, doa yg pernah diminta oleh pemimpin kita, ya Allah kau satukanah kembali umat melayu, semua yg beragama islam.... hancurkanlah, musnahkan, hukumlah org org disekeliling Tun dan Najib yg yg membuat fitnah, kekacauan, atau apa saja mengikut sukatan dan aturan mu ya Allah, hanya kau saja mengetahui besar atau kecil peranan mereka yg menyebabkan pemecahan ummat islam...
Jika benarlah doa ini, inilah kemungkinan yg kita lihat, yg dipaparkan, saya juga tertanya tertanya....hanya Allah yg tau masa depan....kita jgn angkuh dgn ilmu yg ada...mungkin ilmu kita yg sedikit ini juga mendorong ke pemecahan ummat....
Gunalah ilmu utk merapat ummat....lihat ke pas yg dikata hebat dlm ilmu islam, akhirnya Allah jua yg menentukan jlnnya....anda percaya jika pas juga termasuk dlm doa doa pemimpin kita????? Anda percaya jika ada org berkata nabi nabi kita termasuk wali wali Allah yg telah bersama nabi muhammad saw marah dgn org yg mengaku islam lebih dr org lain tetapi menggunakankan ilmu utk memecah belah ummat nabi....sekarang kita nampak siapakah sebenarnya org dlm pas.....
Berhati hati dgn tulisan yg kita buat....beribu mungkin berjuta telah baca...jika salah....takutnya diri kita termasuk dlm doa doa or yg terpilih.....
Wsalam. Nak kata hebat hanya Allah swt saja yang hebat..nak kata beriman..hanya Allah swt yang tahu "skala"nya, nak kata diri ini berilmu hanya Allah yang memegang kuncinya. Hanya diri ini digerakkan mengikut kehendaknya. "Tidak akan bergerak sebesar zarrah melainkan atas kehendaknya.
DeleteKalau kita lihat kemungkaran telah berlaku , adakah kita perlu membiarkannya? Sedangkan Nabi apabila mengetahui bahawa tentera kafir akan menyerang dan cuba menghancurkan Islam, adakah Nabi membiarkannya? Tidakkah baginda juga berstrategi untuk macammana mempertahankan agama pilihan Allah swt.
Wajib bagi kita bersatu sebagai satu umat , tetapi apabila anda tahu akan "kemungkaran" seseorang pemimpin, apakah kita hanya berpeluk tubuh? Dan membiarkannya.?
Jangan sekali kali menggadaikan Allah swt semata mata hendak menghalalkan tindakan.
Perlu diingat ada diantara manusia diberikan "petunjuk" .dan petunjuk ini juga tidak semestinya dari kalangan umat Islam saja ada juga bukan Islam telah diberikan petunjuk. Petunjuk Allah merangkumi kepada semua hambanya.
Penulisan adalah untuk ingat mengingati dan bukan untuk tujuan riak.
Sekiranya terpecahnya umat Melayu demi untuk kebaikan Islam adunan Nabi Muhammad, diri ini rela .Kalau perpecahan ini baik untuk islam kenapa tidak kita umat melayu halalkan?
Perlu kita ingat Islam yang macammana diamalkan olih pemerintah kini? Apa benarkah ulul amri masakini menepati kretaria yang disebut seperti dalam AlQuran?
Renungkan dan fikir dalam dalam.
Salam.
Jika nak cari, nak tegur, atau apa saja kemungkaran, buatlah utk semua, jika tdk mampu buatlah utk kedua dua pihak, bukan hanya dituju satu pihak...
DeleteTiada satu manusia atau makhluk di atas Allah, semua hambanya....yg kita jalani di sini sesama manusia...adakah tulisan itu membawa kebaikan atau keburukan atau boleh mendtgkan fitnah.....atau kita memang teramat pasti menjatuhan hukuman ke atas org lain...
DeleteKita jgn seperti org lain yg hanya pandai menggubah satu ayat ke satu ayat yg lain..dulu ayat berbunyi A, bila suasana keliling dah berubah, ayat kita menjd B...
Oleh kerana umno memerintah, adakah kita hanya perlu nyatakan utk umno, tak perlu untk pas atau pkr atau dap...pemimpin pembangkang bebas buat apa saja..jika umno jatuh kerana tulisan kita, adakah pas atar pkr atau dap teramat bagus dan lebih layak dr umno utk islam dan melayu...atau lebih byk kehancuran di bumi ini????????
bismillah...
ReplyDeleteandai benar akulah pewaris pagar ruyung itu, kedatangan najib ke bumi rembau tidak akan terjadi apa apa kerana aku mengizinkan najib untuk memijak bumi rembau itu.. akan tetapi, andai aku bukanlah pewaris pagar ruyung itu, bala yang akan menimpa najib setelah datang ke rembau pastilah akan terjadi jua
Salam. Waris Pagar Ruyong juga telah tercela dibumi Rumbow.Kerana kerakusan nafsu serakah rajanya yg mencemar maruah wanita Rumbow, beliau tekah halau dari bumi Rumbow dan melarikan diri di Seri Menanti.Mulai dari itu "sumpahan" Rumbow terpakai sehingga kini. Kini sekiranya Yang Di Pertuan Besar ingin menjejak kaki kebumi Rumbow "wajib: memohon perkenan Undang Rembau.
ReplyDeleteSalam.....pemimpin akhir zaman tiada kaitan dgn rembau....
ReplyDelete