Bismillah hir rahman nir rahim.
Setiap yang hidup pasti mati, samaada muda atau tua tiada penghalang bagi Allah Swt , semuanya adalah ketentuan dari Nya juga.Samada kita reda atau tidak tiada siapa bolih menahannya.
Umat melayu Islam dinegara ini masih lagi merayakan sisa sisa 1Syawal walaupun kini telah pun melangkaui 11 syawal.Fitrahnya hanya 1 Syawal saja yang wajib dirayai tetapi kerana sifatnya Melayu ni yang kuat mengikut adat nenek moyang maka genap 30 harilah umat melayu akan beraya, dan ada juga diantaranya merayai kehangatn idul fitri sehinga bulan seterusnya. Selagi hari itu terangkum dalam bulan syawal selagi itulah umat melayu akan beraya, begitulah rakusnya sifat Melayu dinegara ini.
Bercakap tentang isu rakus ini, selalunya ia terkait dengan sikap seseorang.Kalau seseorang itu dilihat akan sifat ketamakkan, membalun apa saja yang melintas depan mata "perumpamaan melayu" atau membolot apa saja (harta atau kekayaan) samaada secara baik atau sebaliknya, samaada untuk kepentingan sendiri atau keluarga itulah yang digambarkan sebagai rakus. Ada tergolong dalam rakus kuasa dan ada yang rakus harta, tetapi kekedua duanya sama saja "ketamakan" nya.
Perlu kita lihat dalam diri kita, sebanyak mana dugaan Allah swt terhadap diri kita. Ada yang mengatakan lagi banyak dugaan terhadap diri kita semakin sayang Allah swt terhafap kita. Adakah ini kebenaran? Atau alasan ini sengaja nak menyedapkan hati saja? Kebanyakkanya alasan Allah swt "sayang"akan kita dijadikan sandaran. Ada ini benar? Kalau dugaan atau cabaran datang silih berganti bettali arus, adakah ini tandanya Allah swt sayang kita?
Pernahkah kita berfikir disebaliknya? Bahawa segala dugaan dan cabaran yang datang itu merupakan satu " bala" ataupun "musibah" ?yang menuntut kita supaya berada dilandasankebenaran? Tidakkah kita dituntut untuk "berfikir"?
Begitu juga yang dilalui olih negara kita dengan bermacam macam kes, mh370 hilang, mh17 kena tembak, kes serangan di sampornalah, gempa bumilah, banjir besarlah, kes Najib kena kelentong rm42 billionlah, kes tabung haji kena "kelentong"lah, kes MAra beli bangunan dengan harga tinggilah dan bermacam macam lagi, adajah ini petanda Allah Swt sayang? Atau Allah Swt suruh kita "berfikir"?
Begitu juga dengan Najib yang saban hari dilanda masaalah? Masalah hutang bertimbun 42 bilion 1mdblah, masaalah duit bilion bilion masuk akaun dia lah, akaun bini dia
Rosmah masukk duit 2jutalah, masaalah anak tiri dialah yg banyak duit juta jutalah sampai bolih labur buat filem puluh juta, semua ini terpalit kat kepala Najib, adakah ini dugaan ? Atau adakah ini "bala" kepada Najib?
Tidak cukup dengan itu, kepala Najib juga berpiung, manakan tidak, nilai matawang ringgit sudah jatuh, nilai simpanan juga menyusut , sekarang dah tinggal Rm100 billion je, ekonomi domestuk juga dah mula menyusut, rakyat dah mula marah, bertambah kusutlah lagi Otak Najib. Dengan bertalis arusnya masaalah yang dihadapi ini, adakah Allah Swt zalim terhadap Najib atau sememangnya "bala" menyengah Najib? Atau ini "bala" kerana sumpah dia sendiri?
Umat melayu fikirkanlah.
ALLAH SAYANG ATAU ALL
AH SWT TURUNKAN
BALA
Cahaya Al Majid
S
No comments:
Post a Comment