Tuesday 19 August 2014

THE PROMISED LAND : IMMUNITI LANGIT MALAYSIA TELAH LUPUT...

SIAPA YANG MENGUNDANG 'BALA'
RAKYAT ATAU PEMIMPIN??
                                                       BALA BERTIMPA-TIMPA
                                                       DUGAAN ATAU AMARAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Segala pujian bagiMu Ya Allah, selawat dan salam keatas junjungan  Nabi Muhammad s.a.w semoga kerahmatan juga dilimpahi keatasnya, kepada Ayahanda Ibrahim a.s.   dan juga Ayahanda  Musa a.s dipohonkan juga  kerahmatan  agar doa-doa ayahanda berdua akan mengangkat kembali mertabat  dan meletakkan Bani Meem dipersada Buimi Melayu ini agar setara dengan Bani Israel seperti  di bumi Isa putera Mariam.

Mengimbau  detik-detik yang berlalu yang dirasakan amat pantas dan secepat kilat sehinggakan apa yang berlaku sebelumnyanya juga amat payah untuk diingati secara terperinci, begitulah, yang dirasakan kini. Melihatkan anak-anak yang disangka berada didalam buaian dan masih dalam pelukan ibu kini mereka sudahpun dewasa dan membesar tanpa kita merasai perjalanan 20tahun itu sebagai sesuatu yang lama. Begitulah' nikmat" yang terselinduung yang Allah SWT sembunyikan kepada manusia.

Berbalik kepada topik yang ingin diutarakan, iaitu berhubung kait dengan perjalanan Najib yang menjawat jawatan Perdana Menteri yang di'rengkuh' dari Abdullah Badawi.

Seluruh rakyat Malaysia terutama ahli UMNO dan rakyat marhean Melayu dimomok=momokan olih media tentang ketidak upayaan Abdullah Badawi didalam mentadbir negara. Walaupun dijaja kesana kemari 'potret' Abdullah Badawi olih musuh politiknya terutama yang berada dalam UMNO namun pada hakikatnya sememangnya Abdulah Badawi  'tidur' . Disebabkan olih 'peojek'  keterbukaannya yang membuka ruang seluas-luasnya kepada musuh-musuh beliau dan juga musuh UMNO dimana beliau merasakan 'keterbukaan' ini akan memberi kelebihan kepada beliau dan menyangka musuh UMNO akan 'menghormati' beliau tetapi perkara sebaliknya berlaku.  Begitulah nasibnya Abdullah Badawi dan kini menjadi 'sejarah' dan pengajaran kepada diri beliau.

Najib yang sememangnya berada dipersada kedua tertinggi dalam UMNO diibaratkan sebagaikan 'sikudung mendapat cincin'.Apabila jawatan sudah disandang bermacam-macam dilakukan seolah-olah jawatan yang dipegang itu tidak kekal lama.

Memandangkan beliau merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Keewangan maka, bermacam-macam pembaharuan cuba dilakukan mengikut 'rasa'nya tanpa menoleh atau menyukat 'kantung kerajaan'. Alih -alih 'ekonomi negara' berada didalam 'prasa merbahaya' sehinggakan 'credit rating kita juga diturun taraf sehingga menyebabkan 'subsiidi' yang sememangnya patut dinikmati rakyat 'dinyahkan' sedikit demi sedikit dan berulalah era 'duit poket rakyat' dipaksa untuk 'disedekahkan kepada Kerajaan. Itulah kehebatan Najib.

Apa yang dapat dilihat bermula dari beliau mengambil 'kerusi Pak Lah' sehingga kini, apa yang berlaku dan terjadi kepada negara kita semuanya 'bala', belaka.

PRU 13 BN pada hakikatnya  kecundang walaupun menang banyak kerusi namun suara majoriti rakyat tidak dimenangi.Itulah hakikat yang perlu Najib terima dan kemenangan yang dimiliki BN hanya dari kerusi orang Melayu dan Bumiputra dan kaum selebihnya iaitu kaum Cina dan India  menolak kepimpinan UMNO dan juga BN. Tetapi apa nak dikenang, Melayu akan selamanya diperlekehkan samada olih UMNO /BN mahupun olih bukan Melayu.

Diera Najib juga berleluasa penghinaan terhadap Melayu, Agama Islam dsn juga Institusi Raja olih bukan Islam atau bukan Melayu  namun tindak balas kerajaan  pimpinan Najib sememangnya memualkan. Itulah diantara kelemahan dan kegagalan Najib didalam mempertahankan Melayu/Islam dan Raja Raja Melayu.

Diera Najib  jugalah Sabah diserang atau dicerobohi olih Pemisah atau Pengganas Suluk sehinggakan ramai anak bangsa terutama Melayu dan bumiputra terkorban nyawa disebabkan 'kelopongan' pertahanan. Berbelas hari 'pengganas' bermaharaja lela' mebunuh anak bangsa sesuka hati mak bapak dia orang, namun,
kelewatan bertindak mengakibatkan 'maruah' bangsa 'tercalar.

Tidak terhenti disitu , era Naib dirundung malang lagi, MH370 pula menerima 'nasib buruk' seluruh penumpang dan juga kapal terbangnya juga 'hilang' tanpa 'kesan'. Entah hidup entah  mati tiada siapa 'mengetahui' dan sehingga kini menjadi berita sedia kepada seluruh negara dan juga dunia dan pengkisahan MH370 ini diflip plop pula. Kejap kata sini kejap kata sana..akhirnya...berkubur ' penerbangan mh 370' tanpa nisan dialam serba canggih dan moden ini juga.

Tidak cukup dengan bala MH 370 , bala MH17 pula menjengah. Penerbangan yang berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur ini pula ditembak jatuh . Beratsus penumpang yang menjadi 'tetamu' MH17 maut serta merta. Sekali lagi negara menghadapi bala dan diera Najib juga 'perkara' ini berlaku. Kalau kita menyerahkan semuanya ini kepada 'Takdir' dari ALlah SWT, tidakkah ;'takdir buruk' ini juga dibawah kepimpinan Najib? Kenapa terlalu banyak 'bala' yang menimpa dibawah kepimpinan Najib ?Atau adakah Allah SWT cuba ;menyampaikan' sesuatu kepada kita?

Cuba kita renungkan kenapa terlalu banyak 'malapetaka' dan 'huruhara' serta  penghinaan yang terjadi dibawah era Najib ini? Atau perlukah Negara ini membuat 'mandi tolak bala' atau ' "Najib perlu mandi tolak bala' ?

Atau sememangnya Najib 'membawa bala' kepada negara?

                                       

Belumpun panas  punggung Najib  dikerusi empuk di Putrajaya selepas sehari baru pulang dari bercuti 'tanpa' pengetahuan 'rakyat' , projek baby Najib iaitu MRT pula runtuh dan mengakibatan 3 orang terbunuh, Bala juga yang 'mengundang' sehinggakan CEO nya terpaksa 'letak jawatan' tanda sifat 'kebertanggungjawapan'nya. CEOnya sedar diri bahawa 'bala' yang terjadi dibawah tanggungjawanya, maka, beliau berani 'memikul' dengan 'meletak jawatan' TETAPI..NAJIB ..beranike nak letak jawatan sebab banyak 'bala' yang mendatangi negara ini?

Olih itu sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa 'insan sebenar insan', manusia sebenar manusia dan ulama sebenar ulama yang terdapat dinegara tercinta ini sudah tidak lagi 'menadahkan tangannya tanda ' memohon 'dijauhi malapeta' dibumi  . Mereka ini tidak lagi mendoakan 'kerahmatan keatas bumi Meem' ini lagi. olih itu perbanyakkanlah mengiingati Allah SWT diwaktu pagi dan juga malam dan juga diwaktu sedar mahupun  diwaktu tidur agar diri anda dan keluarga anda dilindungi selagimana anda yakin  dengan NYA.

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


3 comments:

  1. Sabarlah saudaraku. Aku tahu saudara sangat berdukacita dan memendam hati.
    Bahkan bukan saudara seorang, ramai lagi sedang berhiba.

    Katakunci kepada semua bala ini hanya satu: BILA RAJA "KAMU", AGAMA "KAMU" DAN BANGSA "KAMU" DIHINA, DICERCA, DIJUALBELI OLEH MUSUH2 ALLAH (DENGAN BALASAN INGIN KEKAL BERKUASA (PANGKAT) SEHINGGA "KAMU" SANGGUP MELACURKAN APA JUA CARA & MEMBUTAKAN MATA "KAMU", MEMEKAKKAN TELINGA "KAMU" DAN MELIWAT UNDANG2 KEADILAN DI BAWAH TELAPAK KAKI "KAMU") MAKA BERSABARLAH "KAMU" MENERIMA AZAB DARIPADA ALLAH S.W.T YANG MASIH SANGAT CERMAT HITUNGKIRANYA " untuk diberi kepada "KAMU" bahkan WALI ALLAH membiarkan hijab bala ini terbuka supaya "KAMU" dapat berfikir dan insaf mengingati sumpah2x "kamu" di hadapan raja "kamu" dan kepada WARIS TANAH MELAYU ini (AHMAD ALBAB YANG PUNYA).

    Tanda-tanda awal telah berjalan sekitar 2012-2014, tanda-tanda pertengahan saya jangka sekitar 2015-2016, tanda-tanda akhir/kemuncak pengzahiran bala ini ialah "KEMATIAN TRAGIK" kepada .....?

    Sekian pandangan saya. TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan saudaraku...biarkan lisan itu menari dalam nukilan...

      Delete
  2. Dimana jua Bumi Allah kakimu berpijak,
    Diatasnya Langit Allah yg kamu junjong.
    Agama Allah AlIslam mahulah disanjung.
    ....Selamat Menyambut Ulang Tahun....
    .....Kemerdekaan Malaysia Yg Ke 57.....
    Merdeka3... Kibarkan Jalur Gemilang

    ReplyDelete