Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar ( Surah 33:56) |
“ DAN DIRIKANLAH SOLAT UNTUK MENGINGATI KU. ( Q.THAHA ; 14 )
Firman Allah: "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha [20:14]).
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Tahiyat Awal :
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”
Artinya:
“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhamma, – semoga juga Rahmat Allah dan Berkah-Nya pun tercurah kepadamu wahai Nabii,- Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba-Mu yang sholeh. – Ya Allah aku bersumpah dan berjanji bahwa tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau ya Allah, dan aku bersumpah dan berjanji sesungguhnya Nabi Muhammad adalah utusan-Mu Ya Allah. – Ya Allah, limpahkan shalawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad”
Tahiyat Akhir :
Setelah baca seperti tahiyat awal dilanjutkan dengan “…. kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”
Artinya:
“…sebagaimana Engkau telah limpahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia)." (Surah Al-Qalam:4) Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)
Firman Allah: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan (Hud [11:114-115]).
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Firman Allah: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan (al-Hajj [22:41]).
Firman Allah: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan (al-Hajj [22:41]).
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
Bacaan dan maksud sebenar perkataan demi perkataan
Selawat;-
Innallaaha Sesungguhnya Allah
wamalaa-ikatahuu dan malaikat-malaikat-Nya
yushalluuna menyampaikan/memohonkan rahmat
'alan nabiyyi atas Nabi
yaa-ayyuha wahai
-lladziina orang-orang yang
aamanuu (mereka) beriman
shalluu mohonkanlah rahmat
'alaihi atasnya
wasallimuu dan mohonkan kesejahteraan
tasliiman kesejahteraan/penghormatan
Bandingkan pula dengan tafsiran daripada kitab "Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada pengertian AL-QUR'AN" terbitan Pusat Islam Malaysia berbunyi,
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, s.a.w.); wahai orang-orang yang beriman,bersalawatlah kamu kepadanya" (33:56)
Sebab dibandingkan ialah bahawa perkataan shalluu dan salawat bukan sahaja berbunyi tidak sama malah mereka sebenarnya dua perkataan yang berlainan dengan pengertian yang berlainan juga.
Mengapa kalimat Allah shalluu ditukar kepada salawat? Tidak mungkin orang yang menukarnya tidak tahu bahasa Arab.
Kalimat shalluu terdapat di dalam tujuh ayat al-Qur'an. Terjemahannya didapati berbagai-bagai dalam kitab Tafsir tersebut. Empat daripadanya diterjemah kepada sembahyang (3:39, 4:102, 9:84, 108:2), satu kepada doa Nabi (9:103), satu kepada rahmat (33:43), dan satu (33:56) kepada salawat, yang baru disentuh.
Jika yang terakhir diterjemah ke dalam bahasa Melayu (seperti yang lain) tidak kepada salawat (seperti yang sengaja dilakukan) maka menjadi sukar bagi penganjur amalan salawat menyakinkan umat supaya mereka turut bersama berselawat ke atas Nabi.
Lihat pula sebutan salawat yang diajar kepada umat - Allah humma salli ala saidina Muhammad .... Itu bermakna Allah yang memberi ....., tetapi Dia, di dalam ayat berkenaan, menyuruh orang-orang beriman supaya (mereka) memberi ..... Tidakkah sebutan salawat yang diajar itu tidak kena pada tempatnya? Tidakkah patut perkataan Allah di situ ditukar kepada Ana, misalannya?
Kalimat salawat pula dapat ditemu di dalam lima ayat al-Qur'an. Tiada satu pun kitab Tafsir tersebut mengekalkannya dalam bahasa Arab, tanpa diterjemah. Dua daripadanya diterjemah kepada do'a Rasulullah (9:99 dan 9:103), dan tiap-tiap satu kepada kebaikan dari Tuhan, sembahyang fardu, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi (2:157, 2:238, dan 22:40).
Kalimat salawat yang sebenar, seperti baru disebut, adalah bukan pokok dalam perbincangan di sini. Justeru sebutan mengenainya tidak dipanjangkan lagi.
Pokoknya ialah amalan salawat ke atas Nabi, yang kononnya diberi ganjaran hebat apabila melafazkannya.
Untuk itu diturunkan ayat berkenaan seperti yang tercatat di dalam Bacaan:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar." (33:56)
Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Bermaksud mereka mengasihani, memberkati, menganugerahi atau mengurniai Nabi semasa baginda masih hidup, dalam tugasnya sebagai penyampai ayat-ayat Tuhan. Atau bermaksud, mereka membantu Nabi.
Daripada kalimat yang sama didapati Allah dan malaikat-malaikat-Nya juga merahmati orang-orang mukmin. Ayat berkenaan telah disebut bersama tujuh yang lain termasuk 33:56 tadi dan ia bererti,
"Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,
Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang.
Dia yang merahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin." (33:41-43)
Orang-orang mukmin dirahmati semasa mereka sedang hidup, dengan dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya.
Tambahan pula, perkataan Nabi untuk Muhammad di dalam al-Qur'an, menurut pendapat sesetengah pihak, hanya diguna semasa baginda masih hidup. Kami bersetuju dengan pendapat itu. Satu contoh ayat diturunkan di bawah:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, 'Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.'" (33:28)
Sila rujuk kalimat Nabi di dalam al-Qur'an.
Bahagian kedua ayat "salawat" menyuruh orang-orang yang percaya pula untuk merahmati Nabi - "Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar."
Bagi mereka yang hidup bersama baginda mereka merahmatinya dengan memberi bantuan sambil memberi penghormatan yang sebenar sewajar dengan kedudukan baginda sebagai Nabi.
Bagi mereka yang kemudian, terus dengan tugas baginda menyampaikan al-Qur'an, seperti bunyi hadisnya yang sebenar, dipetik daripada Kitab tersebut berbunyi,
"Katakanlah (Muhammad), 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dansesiapa ia sampai.'" (6:19).
Dan, menghapuskan segala ucapan atas namanya yang palsu, akibat direka oleh musuh-musuh baginda, bertujuan untuk menipu supaya agama tidak menjadi seperti yang dibawanya menurut kitab al-Qur'an. Firman Tuhan,
"Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)
Dengan menghapuskan segala ajaran palsu yang mengguna nama baginda, dan menyampaikan al-Qur'an yang dibawanya, maka dengan itu, pada hemat kami, adalah sebaik-baik penghormatan, atau penghormatan sebenar, yang harus diberi kepada baginda sebagai Nabi terakhir. Bukan dengan hanya melafaz sebuah ayat yang didapati tidak kena pada tempatnya.
akum tuan....maksudnya xperlu selawat sebab nabi2 dan keluarganya dah dijanjikan Allah dan saya rasa mcm kita x percaya dgn apa yg Allah janjikan.
ReplyDelete