WAHAI MANUSIA BERINGATLAH KAMU SEBELUM SAAT INI DATANG DIMUKA MU. CUKUP KAH BEKALAN KITA? SUDAH KE "SI-ANU ' MEMAAFKAN KITA. RENUNGKAH SEBELUM TERLAMBAT. |
Negara amat gempar dengan peristiwa yang terjadi atau yang berlaku di Puterajaya. Disebabkan kejahilan serta sifat manusian yang sentiasa mengaku bahawa setiap apa yang dilakukan adalah benar sesungguhnya telah 'mengorbankan' dirinya sendiri. Tiada satu nas yang terdapat didalam kitab yang membenarkan manusia selepas Rasullulah sa.w untuk memerangi saudara-saudara sendiri mahupun golongan dari berlainan pendangan untuk menggunakan kekerasan malah mencederakan seseorang demi mencapai cita-cita sendiri. Manusia telah dibekalkan dengan Al Quran oleh itu berimanlah dengannya semoga perjalanan seseorang hamba itu mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Sekiranya politik yang membezakan manusia, carilah satu jalan penyelesaian demi kesatuan Islam. Jangan adanya terdetik dihati sifat mementingkan diri, utamakan perpaduan dan bersahabatlah kamu sesama insan selagi nyawa dikandung badan. Lakukanlah yang terbaik untuk bekalan diakhirat.
Perbedaan pendapat sesungguhnya dibenarkan tetapi janganlah sampai berpecahbelah, fitnah-memfitnah dan hindari diri dari terjebak dikancah yang merugikan umat Islam. Sesungguhnya Umat Islam amat beruntung bahawa Islam yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w adalah agama yang Allah SWT pilih untuk umat Muhammad. Oleh itu jauhkan sifat dengki,iri hati, dendam dan segala sifat yang mendatangkan keburukan atau kejahatan keatas diri kita. Oleh itu ingatlah bahawa sifat yang terpuji adalah 'sabar' .
Jngan kita terperangkap dengan mainan 'syaitan' yang merugikan..ikutlah Al Quran dan Sunnah, inshaallah..kita tidak akan sesat selamanya.
Untuk Allahyarham yang terkorban hanya 'Al Fatihah' yang kami iringkan, semoga Allah SWT mengampunkan kesalahan dan dosa kamu selama kamu dipanggil manusia.
Untuk pedoman insan-insan yang lain, jadikanlah peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada semua,
Selagi seseorang yang kita umpat,keji,hina,maki,aibkan, dan bermacam-macam kejian itu tidak memaafkan kita..selagi itu kita akan berdosa..dan selagi itu kita akan berasa bersalah.
Sebelum kita memohon keampunan dari Yang Maha Esa pohonlah keampunan terlebih dahulu dari mereka-mereka yang kita sakitkan hati dan perasaan mereka.
Kehidupan kita dibumi adalah sementara dan yang kekal hanyalah disana.
iklas dari : Cahaya A Majid
Assalamualaikum tuan, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat yg tak seberapa.. akhir zaman telah tiba dan ramai antara kita yg begitu bersemangat untuk turut sama berjuang.. namun ramai juga yg terpedaya dgn tipu helah syaitan.. semoga kita dpt bertahan sehingga tiba waktu yg dijanjikan..
ReplyDeleteDoa saya agar tuan dan rakan2 terus dilimpahkan rahmat dan berkah sepanjang mengusahakan cita2 yg terpendam selama ini.. amin..