Thursday, 20 September 2018

THE PROMISED LAND :RENUNGAN JUMAAT :- PRK PORT DICKSON : PILIHAN DITANGAN ANDA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KALAU TAK SALAH KENAPA MESTI DIAMPUN???

Kenapa di panggil ' Pengampunan" sekiranya Anwar tidak melakukan kesalahan.
Bukankah isu ini sepatutnya dipanggil ' Membebaskan Anwar Ibrahim dari semua kesalahan".

Fikirkan dan renungkan :-

Anwar Ibrahim :-
“Saya nak jelaskan 1 perkara tentang kebebasan ini, iaitu kita tidak memohon keampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan.

Pemimpin Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan baru Malaysia yang akan dibentuknya akan berusaha mendapatkan pengampunan bagi bekas timbalannya, Anwar Ibrahim.

Pengampunan Anwar atas asas apa, soal bekas Ketua Hakim negara.


Sekali lagi saya memohon dari para sahabat akan perjuangan yang ingin saya dukong ini , bantulah saya dengan mendanai PRK Port Dickson untuk saya bertanding atas kapisiti BEBAS.

NAMA : NORRIZAN BIN ABDUL MAJID

IC. NO : 600127-05-5009

AKAUN : BANK SIMPANAN NASIONAL

AKAUN NO : 0500 4410 0006 1324

ATAU

MAYBANK

NO. AKAUN : 1551 3514 5285

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN

Kepada penderma penderma dari luar negara pembiayaian atau sumbangan bolih dibuat melalui Western Union menggunakan Nama dan IC No. diatas dan diminta agar salinan resit atau bukti sumbangan dapat dipaparkan diwatsapp mahupun instagram, yang akan diumumkan kemudian.

Minta maaf kerana tercicir satu nombor terakhir yang telah dipaparkan sebelum ini. 
Kesulitan amat dikesali.

Walauapa pun itu semuanya telah menjadi sebahagian dari sejarah Tanah Melayu ini.

Ingatlah Firman Allah SWT :-

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (Surah Al A'raaf: 80-82)

Cahaya Al Majid.

8 comments:

  1. Jika satu lawan satu antara Tuan Cahaya dgn Anwar di PRK PD.. Abah yakin Tuan boleh menang.. ini kerana Anwar tidak mendapat undi Cina, LGE tergugat sbg Men Kew. jika Anwar jd PM.. calon pilihan Anwar ialah Rafizi.. bgt juga Undi Melayu akan pergi kepada UmnoPas yg berkerjasama..bg Pengundi India dan tentera mereka marah bila mana MP kesayangan dianiaya.

    ReplyDelete
  2. Inshaallah. Semoga Allah SWT merahmati perjuangan INI.

    ReplyDelete
  3. Done. Didoakan semoga tuan berjaya. Ameenn.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih kerana pengorbanan anda. Semoga Allah SWT jua yang memberkati saudara. Amin.

    ReplyDelete
  5. Kekanda Al-Majid yang dihormati,

    Izinkan saya berkongsi pendapat:-

    1. Segala PRU dan PRK yang telah kita lalui atau lebih tepat lagi yang telah dipimpin oleh si Ta-Mim adalah sekadar berstatus 'pertempuran' dan bukan 'perperangan'. Peperangan sebenar adalah di antara yang haq dan yang bathil dan ia akan dimenangi secara mutlak oleh yang haq hanya selepas yang bathil itu dilenyapkan.

    2. Di dalam proses untuk memenangi peperangan akan berlaku banyak pertempuran. Sekiranya ada yang menang ataupun kalah, itu adalah sekadar sebahagian dari 'proses untuk menang'. Selagi peperangan belum selesai, akan wujud situasi menang dan kalah, dan adakalanya 'menang di dalam kekalahan' dan 'kalah di dalam kemenangan'.

    3. Mengambil kira Port Dickson mempunyai pengundi Melayu yang hanya 42%, maka saya kira untuk DS Anwar mendapat legitimasi sebagai 'pemimpin pilihan kaum Melayu', dia perlu mendapat majoriti sekurang-kurangnya 85% daripada undi. 60% undi solid bukan Melayu dan 25% lagi undi Melayu. Hanya dengan mendapat angka 85% undi, barulah boleh dibaca sokongan orang Melayu ke atas DS Anwar adalah 55%. Melebih separuh.

    4. DS Anwar sengaja memilih PD kerana di PD dia hanya perlu kekalkan undi solid bukan Melayu sahaja untuk 'menang'. Sekiranya kesemua Melayu mengundi lawannya sedang semua bukan Melayu mengundi DS Anwar, maka DS Anwar akan tetap menang, tetapi ia akan tetap menjadi 'menang di dalam kekalahan'.'

    5. Kalau di Permatang Pauh laluannya agak sukar kerana Permatang Pauh mempunyai 68% pengundi Melayu. DS Anwar sudah tentu telah membaca bahawa seorang pengamal LGBT pasti sukar untuk mendapat undi Melayu. Ingat, PKR menang di sini apabila ia diwakili isteri dan anaknya. Kedua-dua mereka juga adalah mangsa pengamal LGBT dan demikian faktor simpati telah turut menyumbang kepada kemenangan mereka. Sekiranya pengamal LGBT itu sendiri yang bertanding, simpati bukan lagi menjadi satu faktor.

    6. Maka saya kira sekiranya pun DS Anwar menang tetapi majoriti pengundi Melayu di PD menolaknya, dan ia benar-benar menang hanya di atas undi kaum bukan Melayu, maka kemenangannya itu adalah satu 'kekalahan' kerana ia tiada legitimasi sebagai seorang pemimpin bagi kaum Melayu.

    7. Hari ini Ta-Mim telah ditanya tentang LGBT dan ia dengan tegas memberitahu kerajaan tidak akan mengiktiraf LGBT. Hanya seorang yang tidak terlibat dengan LGBT sahaja yang akan mampu berkata sedemikian. Sekiranya PM kita adalah seorang pengamal LGBT, maka sudah tentu ia takkan berkata demikian. Masih ingat satu temuramah DSAI dengan seorang wartawan di mana si wartawan itu bertanya 'are you a homosexual or a bisexual' dan DS Anwar kelihatan mengeliat untuk menjawab dan berpusing-pusing di dalam jawapan walaupun jawapannya amat mudah?

    8. Ta-Mim telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi dan saya kira ia sebahagian tanggungjawab kita untuk selamatkan pula negara ini daripada dipimpin oleh seorang pengamal LGBT. Tangan Ta-Mim telah pun diikat oleh perjanjian bertulis tetapi perjanjian itu tidak mengikat kita. Apatah lagi di dalam sistem demokrasi tidak ada 'penyerahan takhta'.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      9. Walau apapun keputusan PRK ini kelak, saya percaya hikmahnya akan kelihatan selepas peperangan itu benar-benar dimenangi oleh pasukan yang benar pada hari PERTEMPURAN KLIMAKS itu berlaku dan untuk membolehkan PERTEMPURAN KLIMAKS itu berlaku, kesemua pasukan-pasukan yang bathil perlu bersekutu. Maka menang atau kalah, saya tetap percaya ia ada hikmah yang sangat besar di kemudian hari. Misalnya ialah kemenangan PAS di Terengganu satu ketika dahulu telah memberikan hikmah yang besar untuk membongkar kepalsuan Mahaguru mereka apabila ia menjawab 'hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam' apabila ditanya tentang perlaksanaannya.

      10. Menang atau kalahnya DS Anwar di PD akan menjadi faktor berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS yang akan melenyapkan terus kebathilan dan memberi kemenangan mutlak kepada pasukan yang benar.

      Mari lihat hikmah hadith khabar kemenangan masa hadapan yang berikut:-

      (a) Nabi Muhammad saw pernah menyampaikan khabar kemenangan 3 orang di masa hadapan. Ketiga-tiganya mewakili zaman masing-masing. Hadith pertama ialah apabila Baginda berkata kepada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a bahawa 'kelak kamu akan menjadi seorang pemerintah, maka perintahlah dengan adil'. Hadith kedua pula ketika menggali parit baginda berkata 'Constantinople akan dibuka. Sebaik-baik ketua ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya'. Hadith ketiga ialah tentang kemenangan pasukan Panji Hitam dari Timur.

      (b) Hadith pertama Baginda berbicara tentang permulaan 'zaman mengigit' yang akan ditandakan dengan kemenangan Mu'awiyah mendapatkan kerusi khalifah daripada seorang khalifah arrashid yang akan berlaku pada zaman salafussoleh. Perpindahan takhta daripada Saiyidina Hasan bin Ali kepada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

      (c) Hadith kedua pula baginda berbicara tentang zaman selepas zaman salafussoleh dan perpindahan takhta khalifah daripada bangsa Arab kepada bukan Arab (Turki) yang pusat pemerintahannya ialah Constantinople, sedang kumpulan hadith2 ketiga pula adalah tentang kemenangan pasukan Panji Hitam di akhir zaman, khususnya perubahan zaman daripada zaman fitnah kepada zaman baru.

      (d) Para sahabat baginda sudah tentu memahami dan mengetahui bahawa hadith pembukaan Constantinople tersebut tidak dimaksudkan akan berlaku pada zaman salafussoleh tetapi seorang sahabat yang bernama Abu Ayyub Al-ansari telah 'mencuba' untuk menawan Constantinople. Adakah ia tidak tahu ia akan kalah? Ya ia tahu ia takkan berjaya membuka Constantinople tetapi ia mahu menjadi di antara sinergi yang membawa kepada pembukaan Constantinople apabila jasadnya dikuburkan di luar tembok kota kebal tersebut. Demikian juga Sultan Murad juga dapat merasakan dirinya bukanlah orang yang dimaksudkan di dalam hadith Constantinople tetapi ia tetap berusaha supaya dirinya dan pemerintahannya menjadi sinergi kepada 'pembukaan Constantinople' seperti yang dikhabarkan di dalam hadith. Akhirnya ia benar-benar berlaku di tangan anakandanya, Sultan Muhammad Al-Fatih.

      (e) Maka 'pertempuran' di PD yang kekanda Al-Majid telah putuskan untuk sertainya, saya kira ia adalah sebagai sinergi kepada menangnya pasukan Panji Hitam kelak, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Abu Ayyub Al-ansari r.a dan Sultan Murad rahimahullah.

      Apa pun meminjam kata-kata kegemaran pak Sheikh sendiri 'lawan tetap lawan'.

      Syabas di atas keberanian kekanda. In shaa Allah kita tetap akan menang peperangan ini walau apapun keputusan di PD.

      Saya percaya kekanda Al-Majid dan sahabat-sahabat lain dapat membaca maksud yang ingin saya sampaikan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Alhamdullilah. Semoga Allah SWT merahmati usaha dan ikhtiar permulaan ini. Semuanya atas ketentuan Nya jua.

      Delete
  6. Ingatlah Firman Allah SWT :-

    "Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (Surah Al A'raaf: 80-82)

    Cahaya Al Majid.

    ReplyDelete