Friday 21 September 2018

THE PROMISED LAND : PRK PORT DICKSON : USAHA DAN IKHTIAR

Bismillahhirrahmannirrahim.

SELAINYA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

Syukur saya kehadrat Allah SWT kerana telah ada saudara saudara yang sanggup 'berkorban wang ringgit" untuk bersama saya diperjuangan PRK Port Dickson ini.
Walaupun ini adalah langkah permulaan dalam mengumpul dana bagi membolihkan saya "berjuang' bagi menafikan kemenangan 'watak' yang "menanam diri sendiri"  di PRK Port Dickson namun diatas keperihatinan dan sokongan para para sahabat dan pelawat blog ini, inshaallah, semoga Allah SWT membuka hati masyarakat untuk bersama saya dan sekali gus 'melayakkan' saya untuk berjuang.

Pilihan samaada untuk memilih jalan kebaikan atau  sebaliknya adalah ditangan kita .
Tiada sesiapa memaksa kita melakukan kejahatan melainkan diri kita sendiri.
Pilihan terbaik adalah ditangan kita samada mahu berserta mahupun tidak.
Begitu juga dengan pemilihan pemimpin, Kita yang memilih.
Tetapi adakah kita memilih kerana 'kawanan' atau adakah kita memilih kerana yakin akan 'jalan' Allah nya.

Saya bukan sesiapa.
Saya hanyalah hamba Allah SWT yang kerdil dan tidak berupaya merubah walau sebesar zarah pun.
Apa yang ada pada saya hanyalah ' doa' dan 'berserah' diatas ketentuan Nya, dalam mengiringi 'usaha usaha' dan 'ikhtiar' saya demi mencari keradhaan dijalan Allah SWT dalam 'menafikan' keberadaan beliau di Parlimen Port Dickson.
Itu lah yang termampu buat ketika ini.

Mulai hari ini saya tidak akan 'mengutara' lagi 'sejarah sejarah silam saudara Anwar Ibrahim.
Apa yang  dirancang adalah ketentuan dan pilihan beliau sendiri dalam mengharungi 'ujian ujian' Allah SWT terhadap 'watak' yang dipakaikan kepada dirinya.
Apa yang ada pada saya hanyalah keyakinan bahawa ' yang benar tetap benar' dan yang salah hanya Allah SWT sebagai 'penentu'.

Untuk usaha dan ikhtiar kearah itu,  marilah bersama dan berserta saya dalam mengharungi 'jalan cerita' yang dibentangkan Allah SWT ini dengan mengumpul dana untuk saya menyertai di PRK Port Dickson ini.

Nama : NORRIZAN BIN ABDUL MAJID

IC NO : 600127-05-5009

BANK : BANK SIMPANAN NASIONAL

AKAUN NO : 0500 4410 0006 1324

ATAU

AKAUN MAYBANK

NO. AKAUN ; 1551 3514 5285

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN

Kepada penderma penderma dari luar negara, pembiayaian atau sumbangan bolih dibuat melalui Western Union menggunakan Nama dan IC No. diatas dan diminta agar salinan resit atau bukti sumbangan dapat dipaparkan diwatsapp mahupun Instagram bagi memudahkan saya membuat 'tuntutan' di bank.
Inshaallah akaun watsapp mahupun Instagram akan diumumkan dalam masa terdekat.

Semoga Allah SWT merahmati usaha dan ikhtiar ini.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment