Friday 7 June 2013

WAJIB BACA !!! MALAYSIA DAN MELAYU BAKAL MENJADI 'KUNTA KINTE' ALAF BARU :

MALAYSIA TERMAKAN UMPAN : YAHUDI   SAHKAN MALAYSIA BAKAL TERPERANGKAP: PUNASIHAT EKONOMI NAJIB BAKAL MERANAPKAN BANGSA MELAYU. DAN KETURUNANYA .  MALAYSIA BUKAN LAGI MILIK MELAYU.

                                      WARKAH UNTUK PEMIMPIN NO. 1 UMNO

                 MELAYU BAKAL MENJADI BANGSA MEREMPAT DIBUMI SENDIRI

                               TERIMA KASIH BLOG "SELAMATKAN MALAYSIA"

                                           ORANG MELAYU PERLU DIBERITAHU
                                                      Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Saya ingin mengetengahkan beberapa perkara-perkara serius berkenaan dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), yang merupakan sebuah senjata yang mampu memulakan sebuah pencerobohan kewangan dan keruntuhan ekonomi di mana Dr Mahathir pun tidak akan mampu membina semula. Erti kata lain, TPPA merupakan sebuah proses liberalisasi ekonomi yang mengandungi dasar-dasar mengutamakan pelaburan dunia, dimana tangan-tangan yang berkuasa sebenarnya bukan dalam pengaruh kerajaan kita tetapi kuasa pelabur-pelabur asing.

Artikel ini sebenarnya balasan kepada artikel berpaksikan pendapat yang dinukilkan oleh Paul A. Brown, Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi dalam Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia. Hakikatnya, ada pelbagai kepincangan TPPA yang mengundang tekanan dan bahaya. 

Semasa Krisis Kewangan 1997, Malaysia dibawah pentadbiran Dr Mahathir telah menggunakan kaedah pemulihan yang luar biasa iaitu kawalan modal (capital controls), penambatan matawang (currency pegging), dan perbelanjaan yang banyak.

Anda boleh dapat maklumat terperinci daripada artikel ini:

https://www.facebook.com/notes/saya-sayang-tun-dr-mahathir-mohammad/peranan-malaysia-dalam-pembentukan-ekonomi-dunia/485362471535568

Daripada sini, negara-negara yang mengalami Kemerosotan Ekonomi 2009 nampak kawalan modal sebagai satu harapan yang membenarkan ekonomi kembali ke jalan pemulihan, dan ini merupakan satu fakta yang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri bersetuju. Dan serigala-serigala IMF kemudiannya membina sebuah senjata kewangan yang menakutkan, iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement.

Yang paling mengejutkan sekali, salah satu daripada dasar TPPA ialah pengharaman kawalan modal. Maksudnya, negara-negara yang menurunkan tandatangan persetujuan tidak boleh menggunakan dasar kawalan modal jika mereka terjatuh dalam kancah krisis kewangan/ekonomi. Jadi kalau berlaku krisis ekonomi, negara tersebut tidak mempunyai ruang yang banyak untuk berusaha. Mereka semestinya akan menerima pakej suntikan kewangan IMF. 

Ekonomi sebenarnya sangat fragile seperti kepingan salji. Dalam sebuah ekonomi yang berkembang pesat pun, jangan terkejut jika tiba-tiba berlaku titik noktah dan unjuran ekonomi menunjukkan angka defisit dan negatif. Pada bila-bila masa boleh berlaku krisis, terutamanya melalui institusi kewangan, contohnya Bursa Saham. 

Saya boleh memberikan bukti kepada dakwaan saya dengan sepucuk surat rayuan sulit Amerika Syarikat kepada Hillary Clinton (Setiausaha Negara ketika itu), dan Timothy Geithner (Setiausaha Kewangan ketika itu), yang telah ditandatangani oleh 250 pakar-pakar ekonomi. Mereka merayu kepada Pentadbiran Obama untuk membenarkan kawalan modal dalam beberapa persetujuan dagangan mereka. 

Kawalan modal merupakan sebuah dasar yang mengehadkan modal luaran kedalam atau keluar daripada ekonomi domestic untuk pengstrukturan semula ekonomi.
Saya ada lagi satu surat sulit yang ditulis kepada Timothy Geithner oleh dua wakil Parti Demokratik, yang menyatakan kerisauan mereka terhadap pengharaman kawalan modal dalam persetujuan-persetujuan dagangan Amerika Syarikat. Salah seorang daripada wakil tersebut adalah ahli Dewan Wakil Michigan (DUN Amerika Syarikat), dan saya mendesak Kauselor Brown supaya menulis surat balas kepada surat tersebut.

Dua surat tersebut tidak memberi fokus kepada TPPA, tetapi surat seterusnya sebenarnya ditulis mengenai TPPA, dan ditandatangai lebih daripada 100 pakar-pakar ekonomi kepada Menteri Perdagangan kebanyakan negara-negara TPPA, termasuk Mustapa Mohamed. Mereka telah mengutamakan kerisauan mereka apabila kawalan modal diharamkan.

Surat-suratnya:

http://www.ase.tufts.edu/gdae/policy_research/CapCtrlsLetter.pdf

http://democrats.financialservices.house.gov/FinancialSvcsDemMedia/file/press/112/Frank_%20Levin%20letter%20to%20Geithner%20RE%20capital%20controls_%20May%2023_%2020120003.pdf

http://ase.tufts.edu/gdae/Pubs/rp/TPPAEconomistsLetter.pdf
MAHUKAH MELAYU SEKALI LAGI DIJAJAH DAN MENGIKUT TELUNJUK YAHUDI  
                                          

                           PERJANJIAN AKAN DITANDATANGANI PADA BULAN OKTOBER INI:
                                  KAMI AKAN MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA KAMI
                                    
 
Biar saya terangkan bahawa TPPA mahu menggunakan dasar-dasar ketat yang telah digunakan dalam persetujuan dagangan Amerika Syarikat, termasuk pengharaman kawalan modal. Tetapi, ini bukannya perkara utama yang dirisaukan. Perkara utamanya adalah sistem pencerobohan kewangan yang dikenali sebagai Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Inilah sistem Barat yang saya betul-betul risau, kerana inilah senjata yang Wall Street telah gunakan untuk menakluki ekonomi Amerika Syarikat.

Kaunselor Brown sekadar menyentuhi bahagian luaran ISDS, dan beliau juga berkata bahawa TPPA tidak akan meragut kedaulatan negara dan ada dasar-dasar yang telah digunakan dalam pelbagai persetujuan hubungan dua-hala Malaysia. Saya desak beliau memberitahu persetujuan tersebut secara spesifik, kerana Malaysia tidak pernah mengalami kes ISDS yang melanda Germany, Canada dan Mexico. 

ISDS merupakan sistem dagangan gila dimana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat luar negara diberi keutamaan untuk mengemukakan saman kepada kerajaan. Inilah elemen senjata kewangan yang saya cakap, yang akan membawa kita kepada keruntuhan ekonomi… kalau berlaku krisis, negara dibawah TPPA (termasuk Malaysia - belum tandatangani lagi) tidak boleh melaksanakan kawalan modal untuk menstabilkan kewangan dan akan dihadkan daripada pembuatan dasar baru kerana kerajaan perlu membuat analisis terlebih dahulu sekiranya dasar-dasar baru akan memberi impak kepada pelaburan asing.

Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat telah membazirkan AS$700juta kerana ISDS, dan sebahagian besar saman tersebut sebenarnya dalam kes sumber alam. Saya hanya menunggu apa-apa berita yang menyatakan Venezuela akan sertai proses rundingan. Mungkin anda berpendapat bahawa Malaysia tidak mempunyai minyak atau gas asli yang banyak. Benar, tetapi setiap titik dan sentimeter persegi adalah hak kita, dan baru-baru ini, negara kita baru sahaja memperkenalkan perlombongan thorium. 

Sudah tentunya, saya tidak mahu bilangan thorium kita dicuri oleh pelabur-pelabur asing, dan tiada gunanya untuk kerajaan kita memberi desakan untuk mereka diam kerana mereka mampu mendiamkan kerajaan melalui saman yang berbilion dimana kerajaan sudah tentunya akan tewas. Bukan sahaja sumber alam, malah rokok pun boleh dijadikan isu -- jika ada pelabur asing yang datang melabur untuk industri tembakau, kerajaan perlu berhati-hati kerana jika kenaikan harga rokok memberikan kesan kepada pelaburan mereka, kerajaan boleh disaman.

Kewangan, tenaga, bahan api, projek dan pekerjaan semua akan didominasikan oleh pelabur-pelabur asing melalui TPPA. Kerajaan pula perlu mendiamkan diri oleh kerana saman, yang akan melalui undang-undang bawah tanah. Menurut sumber yang dibocorkan, mahkamah yang akan digunakan adalah mahkamah rahsia, bukannya yang didaftar.

Menurut Kaunselor Brown, Amerika Syarikat pun akan terbabit dalam rundingan tersebut. Ya, memang benar, kerana Wall Street dipusatkan dalam Amerika Syarikat. Inilah sebab Pengarah Public Citizen’s Global Trade Watch, Lori Wallach, begitu marah dalam media utama Persekutuan Rusia (Russia Today). Beliau telah mengetengahkan semua perjumpaan dan mesyuarat yang diadakan oleh wakil-wakil 11 negara dilakukan secara rahsia.

Saya percaya ini adalah benar kerana jika anda cari maklumat berkenaan dengan TPPA, anda tidak akan dapat secara sepenuhnya. Semuanya dirahsiakan, termasuk dasar-dasar sebenar TPPA. Salah seorang daripada rakan saya (pelajar ekonomi) berkata TPPA hanya berkenaan dengan perdagangan sahaja.

Benarkah? Dalam masa tiga tahun, TPPA telah melakukan 17 perjumpaan berahsia, dan yang paling terbaharu, perbincangan mereka berkenaan dengan visa-visa untuk pekerja. Kalau benar semuanya berkenaan dengan perdagangan, kenapa mereka berahsia, dan kebanyakan negara dalam rundingan TPPA adalah negara berdemokratik, termasuk Malaysia. 

Sumber New Zealand dan Pengarah Wallach berkata Malaysia terbabit. Tetapi kenapa kerajaan Malaysia senyap dalam hal ini?

Ini sebenarnya sebuah liberalisasi ekonomi. Mereka telahpun berbincang dan sudah tentunya mencapai resolusi untuk visa kepada pekerja. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan kita senyap dalam hal ini? Dan kita memang dalam masalah imigresen. Ada banyak warga asing yang berkeliaran dalam negara kita, dan apakah impak yang TPPA boleh berikan kepada negara kita jika berlaku liberalisasi imigresen?

Sudahlah kita dirahsiakan, wakil-wakil negara TPPA pula tidak dibenarkan untuk mengikut arus demokrasi. Tiada debat. Tiada persoalan. Tiada perbincangan. Itulah yang dikatakan oleh Pengarah Wallach. Hanya diperlukan adalah ‘ya’ atau ‘tidak’, dan kali terakhir proses ini digunakan adalah semasa Presiden Richard Nixon mentadbir Amerika Syarikat (1974). Hampir 40 tahun, kenapa proses ini sedang kembali secara rahsia?

Dewan Kongres Amerika Syarikat pun tidak diberi ruangan untuk memberi undian. Sekiranya persetujuan telah dibuat, perlembagaan legislasi Amerika Syarikat akan digubal dan diubah, dalam satu draf, untuk bersesuaian dengan undang-undang TPPA. Dan selepas 45 hari, menurut Pengarah Wallach, kerajaan Amerika Syarikat perlu memberi jawapan ‘ya’, atau ‘tidak’. Jawapan ‘ya’ akan meluluskan draf tersebut.

17 perjumpaan ini sebenarnya untuk menulis semula semua undang-undang negara dan membuka ruangan yang bahaya kepada pelabur-pelabur asing untuk memonopolikan ekonomi. Sebarang kegagalan untuk mematuhi perjanjian akan dibicarakan dalam mahkamah luar sistem mahkamah sekarang. 

Kerajaan akan menunduk kepada para-para pelabur, yang akan membuat dasar-dasar sendiri. Pasaran Amerika Syarikat telah berkurangan jika dibandingkan dengan dekad-dekad yang lepas, dan pasaran di Eropah pun tidak menunjukkan apa-apa pembaharuan oleh kerana Krisis Eurozone. Sejak Persekutuan Rusia telah menggunakan pelbagai langkah sekatan, negara-negara Asialah yang akan dijadikan sasaran.

Negara-negara Asia hanya melalui satu krisis kewangan yang menggegarkan, dan saya boleh jamin generasi-generasi seterusnya sejak tahun 1997 tidak ambil tahu pun. Saya telah berdebat dengan seorang pentaksub PAS yang dengan angkuh memandang rendah atas segala usaha Dr Mahathir, termasuk pemulihan daripada krisis. Saya juga pernah berlakon sebagai penyokong pembangkang untuk berdebat dengan penyokong-penyokong kerajaan dalam krisis kewangan, dan mereka bukannya ambil tahu pun.

Saya tidak tahu sedalam manakah rakyat Asia yang lain tahu pasal krisis tersebut, tetapi sejak negara-negara mereka telah sertai rundingan-rundingan TPPA dan saya hanya dengar protes-protes yang utuh daripada Australia dan New Zealand, saya boleh kata mereka tidak ambil tahu juga. Biar saya jelaskan, liberalisasi ekonomi adalah pembukaan kepada tangan asing untuk memegang negara kita -- semuanya akan dibolot.

Menurut Dr Mahathir, saya boleh merumuskan bahawa TPPA akan membawa kita kearah kehancuran. Jika kita bersetuju, pelabur-pelabur asing akan diberi hak keutamaan mutlak dalam perolehan-perolehkan kerajaan, contohnya kontrak-kontrak dan tender-tender. Kerajaan juga tiada hak untuk menolak apa-apa tender daripada mereka kerana takut disaman kerana cuba merosakkan pelaburan mereka. Dan yang peliknya, kerajaan akan disaman melalui mahkamah bawah tanah.

Kaunselor Brown telah gagal untuk jelaskan TPPA yang sebenar. Ya, memang TPPA membuka peluang untuk kita capai ekonomi inovatif dan ekonomi ilmu, tetapi kejayaan itu akan dibolot oleh pihak luar dan rakyat akan jadi boneka sahaja. Dari mana kami datang, kami kenali tersebut sebagai kehilangan kedaulatan negara, tanpa pengisytiharaan perang senjata.

Manusia telah mencapai satu tahap baru dalam tajuk pencerobohan. Semasa zaman Alexander, negara ditakluki melalui peperangan darah (senjata); semasa era kegemilangan Amerika Syarikat, negara ditakluki melalui peperangan politik (demokrasi); dan sekarang semasa era kegemilangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, negara ditakluki melalui peperangan kewangan (liberalisasi).

Kepada Kaunselor Brown, Presiden Amerika Syarikat sebenarnya tiada hak mutlak dalam ekonomi Amerika Syarikat. Kuasa sebenar diberi kepada serigala-serigala Wall Street, iaitu IMF, Bank Dunia dan PBB. 

Ada banyak lagi yang boleh dipersoalkan dan dibincangkan mengenai TPPA. Tetapi saya ingin akhiri dengan tuntutan yang mudah sahaja kepada kerajaan kita:

1. Keluarkan Paul. A Brown daripada Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia.
2. Jelaskan kenapa kerajaan senyap mengenai TPPA.
3. Jelaskan kenapa kerajaan masih lagi berunding untuk mencapai resolusi TPPA.
4. Jelaskan kenapa kerajaan tidak keluar sahaja.

Tiada negara sepatutnya menandatangani persetujuan TPPA, kerana TPPA sebenarnya berpaksi satu masa depan sahaja: pencerobohan…

Kepada Perdana Menteri Najib Razak, 


11 comments:

  1. kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...

    kepada yg tahu kebenaran TPPA akan menyokongnya 1500% tanpa keraguan lagi!...justeru itu aku adalah salah seorang penyokong TPPA tersebut!...

    kepada Tuan punya blog ini ingin aku tanyakan : sekiranya tiada "Pengharaman Kawalan Modal" dunia itu, bagaimanakah utk kita yg mengaku sebagai umat MELAYU @ islam @ hanif ini dapat mengambil semula pentadbiran dunia ini yakni pentadbiran negara negara di dlm pbb itu termasuk malaysia, yg selama ini dikuasai oleh pihak vatikan dan rothschild itu melalui kuasa kewangan dan ekonomi mereka, sedangkan tika ini kuasa mereka itu telah hilang keupayaannya dan dalam masa yg sama pula MELAYU memiliki kuasa kewangan yg begitu mega itu utk mengambil alih pentadbiran dunia dari mereka, tapi tidak diketahui oleh golongan umum termasuklah kalian???...jadi sekiranya tiada pengharaman itu bagaimanakah kuasa kewangan MELAYU kita dapat masuk mengambil alih semua kuasa yg sebelum ini dikuasai oleh mereka itu bagi menegakkan "kebenaran" tuhan yg ESA???...heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika MELAYU memiliki kuasa kewangan yang begitu mega kenapa kuasa kewangan di malaysia ni dipegang oleh cina??? kuasa politik pun begitu mereka/cina ni terlalu kuat...apa2 keputusan yg melibatkan orang melayu mesti mendapat persetujuan dan kebenaran dari mereka/cina terlebih dahulu...

      apa pandangan en. akudtgdrpantek?????

      Delete
  2. Berhubung 'pengambilanan ekonomi' yang dikatakan 'akan diambil olih Melayu, minta saudara 'teranagkan' puncanya mata airnya'. Dari dahulu hingga kini belum pun pernah 'Melayu' atau Islam mendahului 'punca ekonomi' dunia, dan sistem yang terpakai semuanya sememangnya 'sistem yahudi'. Kalau setakat kita mengatakan Allah akan "menterbaliknaya" semestinya itu tidak mustahil, tetapi apa kah 'core' didalam peralihan yang saudara fahami ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...

      sama ke cakap dan pemahaman serta tindakan orang yg berada di dalam "kumpulan" dgn orang yg hanya pandai bercakap tapi duduknya di luar kumpulan?...tak perlulah aku jelaskan lg kpd engkau ini, pasal engkau ini aku lihat jenis yg beranggapan tahu serba serbi walau pun sebenarnya engkau ini bukannya ahli kumpulan tersebut yg sedang bertungkus lumus menyelesaikan masalah "akaun" kewangan dunia itu?...heheee

      Delete
    2. Maaf, aku menyampai dari 'rasa', itu sebab aku 'punyai' lamannya, untuk aku lihat 'geraklaku'nya. Siapa menari siapa pemukul gendang.Masing masing 'diatur' untuk 'diwatakan', tu sebab aku tidak 'melatah'.

      Delete
    3. kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...

      jelaskan lah apa yg engkau rasakan itu dan siapa nama watak watak itu pada engkau?...beza sekali antara hanya rasa dengan yg rasa dan melihat sekali...selagi engkau tak tahu siapa kah dia watak di belakang tabir itu, selagi itulah engkau tidak nampak tujuan dan matlamat dari agenda yg dicipta ketika era NAJIB dan OBAMA sekarang ini!...t.k. dan heheee

      Delete
  3. Hehehhehheh.......buat aku tgdrpantai sahaja........drpantek.....sini pun saudara ada....hehehe...mom pun ada....hehehehh....thorium merupakan sumber yg diidamkan oleh amerika.....hanya ada pada sedikit negara.....tp pantek kan baynk emas timbunan.....termasuk dalm haikal sulaiman...hehehehehhe....pantek akan menyelamatkan dunia.......mimpilah.......kau punya fakta pun tade tapi merapu jer cakap.......aku hadir bagi menyelamatkan otak melayu dari diisimkan pantek heheheheh........buat tuan punya blog kalau kataku ini salah maka hapuskan dari blog tuan.......hehehahahahhahahahhhuhhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kita tengok saja 'perjalanan' dia. Biarkan. Selalunya orang yang serba tahu selalunya 'tidak tahu'penghujungnya. Saya sekadar 'menyediakan' laman, untuk burung bermain dan mencari makan. Sekadar nak kenal mana burung 'terkukur' manasatu 'burung belatuk". Tetapi burung 'bela uwan' belum kelihatan lagi.

      Delete
    2. kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...

      maaf cakap la sebenarnya aku hanya senyum je dgn semua apa yg engkau ramalkan bakal berlaku kpd malaysia ini!...utk makluman engkau, bukan semua rosul itu tahu pasal "agenda" seorang rosul ini yg dipileh tuhan dari kalangan semua rosul tadi!...terima kaseh dan heheee

      Delete
  4. aaahla.....akudtgdrpantek pn ada kt sni jgk....
    jauh berjalann

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihhh...dah tua tua ni kono senam sikit...pada "akudtgdrpantek" sahaja...heheee

      Delete