Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Tidak perlu berselindung tidak perlu menjaga hati orang lain demi mempertahankan 'idea atau pegangan' walaupun dibenci musuh, itulah ciri pemimpin yang Melayu harus cari dan miliki demi memertabatkan Islam dan Melayu keseluruhanya.
Tidak perlu tunduk dan mohon maaf kepada 'musuh' kerana sifat itu ternyata 'lemah' dan 'menjengkel' bangsa Melayu sendiri. Setelah banyak Melayu korbankan untuk kaum lain ,maka, keceluparan mulut 'busuk' kaum ini perlu ditutup dengan kehadiran 'pemimpin' seperti ini.
Tidak perlu memberi banyak lagi, lakukan, seperti yang dirancang, Melayu dahagakan pemimpin yang tegas dan lantang bagi menjayakan 'transformasi ekonomi' untuk anak-anak bangsa dan Tanah Melayu. Tiada cacat celanya sekiranya pemimpin ini kita angkat untuk persada yang lebih tinggi.
Pasangan hidupnya juga mencerminkan Melayu dan Islam yang amat bersopan yang selayaknya dipanggil 'ibu' olih anak-anak muda . Sifat keibuan pasangannya amat terserlah kesopananya. Inilah 'ikon' masa kini bagi pasangan yang dikatakan 'sedap mata memandang' dan tidak menjolok mata.
Untuk membimbing anakmuda masakini beliau selayaknya kita anggap sebagai bapa ataupun Cik Gu untuk 'membimbing' kabinet' yang ada. Pengalaman & strategi yang dimiliki bolih membimbing genersi 'ketiga' untuk diberikan 'amanah' menjaga Tanah Melayu untuk masa hadapan.Inilah calon yang terbaik yang dimiliki Melayu masakini untuk 'mengangkat' Melayu dan Islam didalam "perjuangan" memertabatkan UMNO.
WALAUPUN RAMAI YANG TIDAK SETUJU NAMUN SIAPA LAGI PEMIMPIN MELAYU YANG LANTANG UMNO MILIKI. ABDULLAH DAN NAJIB TERLIHAT KELEMAHNYA SEBAGAI PEMIMPIN DAN TERLALU BANYAK TOLAK ANSURNYA SEHINGGAKAN UNDI KAUM LAIN PUN MENOLAKNYA. SEKIRANYA PEMIMPIN MELAYU YANG ADA BERSIFAT TEGAS DAN LANTANG MAKA SOKONGAN MELAYU TIDAK AKAN BERBELAH BAGI KEPADA UMNO. FIKIRKAN!! UNDI SIAPA YANG ANDA INGINKAN?? MELAYU ATAU BUKAN MELAYU? |
Dibawah ini saya paparkan beberapa keratan laporan akhbar yang membincangkan tentang 'kelantangan' Melayu yang bernama ' MUHYIDDIN YASSIN'. Benar beliau pernah melakukan kesilapan, tetapi, sebagai manusia kita akan melakukan kesalahan. Sorot kembali Kisah Musa yang difirmankan Allah SWT dialam alquran , siapakah Musa a.s. dan apakah kesalahanya, sehinggakan Musa a.s. lari meninggalkan keluarga angkatnya Firaun?? Yang pada akhirnya Allah SWT tetap juga mengangkat Musa .a.s sebagai Nabi.
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP merupakan parti yang memperjuangkan semua kaum.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, apa yang jelas, DAP adalah parti bersifat perkauman dan tidak memperjuangkan semua kaum.
TPM sombong dan bongkak salahkan media Cina: Ronnie Liu
Anna Yusof
KUALA LUMPUR, 15 April (SK) : Jangan salahkan orang ketiga, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin tidak harus sombong dan bongkak menyalahkan media berbahasa Cina dengan alasan salah tafsir kenyataan beliau.
“Beliau seharusnya berani meminta maaf bukannya menunding jari atas kesilapan sendiri,” kata Setiausaha Publisiti DAP Ronnie Liu membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang dipetik dari laporan hari ini.
Beliau meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.
Muhyiddin berkata “Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya kepada pemberita semalam, lapor Bernama.
MCA dan Gerakan juga dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.
“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius,” Muhyiddin berkata.
“Sebagai seorang timbalan perdana menteri, beliau seharusnya berani meminta maaf atas kesilapan diri sendiri. Kenapa salahkan akhbar berbahasa Cina? salahkan dulu akhbar yang telah terdahulu memuatkan berita iaitu Mingguan Malaysia kerana tersalah tafsir kenyataan beliau,” kata Ronnie.
“Muhyiddin merasa amat marah dan kecewa kerana beliau merupakan pengarah pilihanyraya kecil Bukit Gantang dan terpaksa menelan hakikat kekalahan teruk setelah menaburkan wang sebanyak RM1 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan itu,” jelas Ronnie lagi.
”Saya nasihatkan beliau jika mahukan undi kaum Cina, jangan hanya mengeluarkan peruntukan semasa pilihanraya sahaja tetapi mendengar keluhan mereka pada setiap masa seperti yang di buat oleh Pakatan Rakyat yang sentiasa mendengar kesusahan rakyat tidak mengira kaum,” jelas Ronnie.
Bernama juga melaporkan bahawa Muhyiddin berkata: “Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai, dalam konteks itu,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Muhyiddin berkata:
“If they don’t know Malay, we can send them to school,” said Muhyiddin, who is also the new education minister.
(Jika mereka tidak tahu berbahasa Melayu kita akan hantar mereka ke sekolah,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang Baharu.)
Setiausaha Agong Dap Lim Kit Siang di dalam blognya berkata :
“Who should now be sent back to school, Muhyiddin himself or the Chinese media reporters and editors?”
Siapa yang patut dihantar ke sekolah, Muhyiddin atau wartawan media berbahasa Cina dan editornya?”
Ronnie menegaskan bahawa amat menyedihkan apabila Muhyiddin begitu angkuh dan bongkak untuk melindungi kesilapan dalam kenyataannya sendiri malah dengan begitu bangga menyalahkan pihak lain.
“Muhyiddin seorang pimimpin BN yang langsung tidak ada ciri-ciri seorang pemimpin yang disegani rakyat,” tambah Ronnie
Muhyiddin : 'Kenyataan saya tepat'
pada 4/15/2009 08:46:00 PG Posted by Aspirasi
Semalam banyak laporan akhbar Cina memetik ulasan pemimpin-pemimpin Cina mengenai rasa tidak puas hati terhadap kenyataan TS Muhyiddin yang mengulas mengenai kekalahan BN di Bukit Gantang.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bahawa kenyataannya mengenai kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini adalah tepat dan tidak mengelirukan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataannya itu bagaimanapun mungkin sengaja diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina.
Tegasnya, perbuatan itu adalah serius yang sekali gus menyebabkan imejnya dipandang buruk oleh masyarakat Cina.
''Saya bercakap dengan Tee Keat dan dia menyatakan tiada sebarang kesalahan dengan kenyataan itu.
''Saya telah nyatakan dengan jelas dan tepat tapi jika ada pihak yang memutarbelitkan, ia perbuatan serius," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin MCA, Gerakan serta DAP yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya dalam ruangan Wawancara di Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Mereka mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang bermaksud kaum Cina di negara ini tidak menghargai segala sumbangan Barisan Nasional (BN) dengan mengundi parti pembangkang pada pilihan raya kecil baru-baru ini.
Menurut Muhyiddin, mereka sepatutnya melihat kenyataan berkenaan dalam konteks keseluruhan dan bukan sekadar memetik daripada beberapa ayat.
Jelasnya, dalam kenyataan itu, beliau hanya menganalisis keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan ia tidak mencerminkan sokongan pengundi Cina di seluruh negara.
Beliau menambah, analisis sedemikian dibuat oleh BN pada setiap pilihan raya dan kadang-kala hasil yang diperoleh terpaksa dinyatakan secara terbuka walaupun ia agak sensitif.
''Dalam analisis itu, ternyata sokongan pengundi Cina di Bukit Gantang merosot berbanding pilihan raya umum 2008.
''Itu sebab saya kata seolah-olah sumbangan BN tidak dihargai mereka dan kita perlu tahu kenapa pemikiran kaum Cina sebegitu," katanya.
Memang betul dan tepat ulasan TS Muhyidin, analisis beliau adaleh mengenai PRK Bukit Gantang bukan di tempat lain.... Kaum Cina kini lebih bersifat perkauman dan tidak boleh tersentuh pun mengenai mereka...
"Mungkin surat khabar Cina yang melaporkannya secara putarbelit. Tapi saya tidak tahu, saya tidak baca surat khabar Cina.
"Cuma ada orang beritahu saya (mengenai laporan tersebut)," katanya selepas majlis penyerahan tugas menteri pelajaran di Putrajaya pagi tadi.
Wawancara Muhyiddin itu - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.
Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".
Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Semalam, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat dilaporkan berkatla pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.
Mengulas lanjut mengenainya, Muhyiddin berkata: "Kalau tak faham bahasa, kita boleh hantar (mereka) ke sekolah untuk membahasa bahasa (Melayu).
"Bahasa saya jelas, bila ada orang mula putarlbelit, ia akan menjadi perkara negatif terhadap saya," katanya sambil menegaskan bahawa mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.
Muhyiddin juga berkata, analisisnya dalam wawancara tersebut hanya dibuat dalam kontaks pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan mungkin DUN Bukit Selambau.
"Tapi tempat-temnpat lain berbeza...," tambahnya.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
tulisan ini pada "akudtgdrpantek" sahaja dan aku “tidak” memerlukan kepercayaan sesiapa pun hanya sekadar luahan perasaan dan fikiran duniawi aku semata!…dimaklumkan!…
ReplyDeletekihkihhh...bangsa keturunan MELAYU di malaysia ini tidak harus memerlukan muhyiddin itu sebagai pm malaysia seterusnya!..tapi mereka memerlukan kesatuan semula kuasa "ketua negara dan ketua kerajaan" menjadi 1 semula seperti mana sebelum konsep "pecah perintah" berjalan di tanah MELAYU ini, oleh penceroboh british dahulu!...maknanya kuasa ketua negara dan ketua kerajaan malaysia itu sepenuhnya di dalam kekuasaan mutlak raja raja MELAYU dan bukannya dipecah 2 lalu diperintahkan seperti sekarang ini!...heheee
Salam. Keinginan itu susah untuk dipenuhi kerana Raja Raja Melayu tertakluk dengan Perlembagaan Negara, dimana, kuasa Pemerintah telah diberikan secara mutlak kepada jawatan Perdana Menteri yang di'perakui'. Perlu kita hayati , kehadiran /kelahiran Nabi Muhammad dibumi Mekah juga tidak dinaungi olih mana-mana Raja. Cuma .kebangkitan Islam' kali ini dinaungi dibawah seorang Raja yang bukan tertakluk dengan 'bendera Kuning'. Kalau faham ok, kalau tidak.galilah..sebab saya rasa saudara 'berilmu'.
Deletekihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...boleh jadi "Raja" yg tidak tertakluk oleh sesiapa atau apa apa itu ada hubungan kekeluargaan susur galur di raja bugis dengan "NAJIB" itu!...kalau faham ok, kalau tidak galilah lagi kerana saudara ini berilmu "itu" nampaknya...heheee
DeleteKalau Raja yang dimaksudkan ,sememangnya bersama saya ketika ini, hanya menunggu 'tiupan' atau ' arahan' saja untuk memulakanya.
Deletekihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...kalau "raja" yg dimaksudkan itu adalah saudara, maka aku berlepas diri...kerana "raja" yg aku maksudkan itu ialah sang khalifah MELAYU utk dunia baru bg menggantikan khalifah vatikan...beliau juga digelar dgn gelaran grand master (ii) kpd new world order (ii) yg baru nanti bg menggantikan new world order (i) yg sudah hilang kuasa kewangan dunianya itu...beliau jugalah yg digelar dgn gelaran imam mahdi muntazar oleh bangsa arab itu...tapi pada aku semua gelaran itu tidak penting kerana yg penting itu ialah perubahan (transformasi) darinya...beliau itu bukan milik sesebuah negara atau bangsa tapi milik umat sedunia...di sini aku bagi klue kpd engkau bahawa semua agenda utk negara yg dibuat sejak mahadir hingga najib skrg ini, termasuklah agenda wawasan 2020, islam hadhari dan 1malaysia (semua transformasi) adalah agenda beliau ini!...mintaklah petunjuk dari atas semua perkara yg aku kongsikan di sini, samada cherita aku ini salah atau benar!...t.k....heheee
DeleteIni menandakan saudara gagal memahami '
Deletepenulisan' saya dan keseluruhan post dengan baik. Watak yang diperkatakan " Raja Segala Raja" inshaallah, telah saya temui, cuma, isharat belum 'terlihat'. Watak yang diperkatakan ' inshaallah' bertepatan dengan apa yang diperkatakan.Maaf, sekiranya saudara telah menemui 'tanda' perjalanan itu, jangan takut!!, kongsikan, sekiranya itu satu kebenaran, supaya kita tidak 'syok sendiri'.
kihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...
Deletetak perlu pun aku syok sendiri walau pun yg berkata itu juga seakan syok sendiri...maaf cakap, sama ke orang yg pernah bekerjasama secara "nyata" dgn "raja" yg aku maksudkan di atas itu dgn orang yg belum pernah bekerjasama secara nyata tapi hanya sekadar di alam ghaib semata, itu pun kalau ada?...heheee
Bro, Raja yang bukan 'berlapik' kuning, tu sebenar Raja, 'akaun' yang dikata, 'milik' nya..nyata . Cukup setakat ini. Biar dulu.
Deletekihkihhh...pada "akudtgdrpantek" sahaja...
Deletehah!...kalau dah begini cakapnya kenapa maseh mahu menolak cakap aku sebelum ini?...tolong beritahu yg benar kepada umat bukannya merendahkan bangsanya sendiri!...lalu tidak yakin pula bahawa keturunan MELAYU ini punya kemampuan yg sudah diberikan tuhan mengatasi semua bangsa yg ada di muka bumi skrg ini!...utk menguasai kewangan dan ekonomi dunia utk kali ini dan seterusnya memimpin umat sedunia mengikut cara kita pula...heheee
Sekadar pandangan sahaja..
ReplyDeletekalau mengikut teori RAHMAN..kita sebenarnya berada di saat2 akhir zaman RAHMAN dan sekarang berada di ambang kebangkitan islam secara besar-besaran..iaitu zaman MAHDI/teori MAHDI..
2 sebab mengapa saya katakan begitu:
a) Ketiadaan wakil cina dalam kerajaan yang sebelom ini menjadi penghalang perlaksanaan syariah di MALAYSIA
b) Kesedaran orang melayu dan islam untuk berpadu setelah berlaku pengkhianatan CINA..menjadi pentunjuk kebangkitan islam bakal berlaku..
Siapakah yang bakal memulakan zaman MAHDI ini ?..tak lain tidak bukan MUHYIDDIN YASSIN
MUHYIDDIN..bermaksud orang yang meghidupkan agama..
sesuai dengan namanya..TPM ini sentiasa merapatkan diri dengan acara2 keagamaan..dan kerap kali menyumbang kepada memartabatkan islam..sifat beliau yang merendah diri dan kurang kontroversi..menjadi kan beliau PEMULA kepada ERA ZAMAN MAHDI..
SalamunAlaykum.
DeleteAlhamdullilah..ada juga para sahabat yang nampak perjalanan ini.
Syukur, alhamdullilah..semoga Allah SWT memperjelaskan perjalanan ini untuk umat Islam yang masih terbelenggu dengan perasaan was-was dan syakwasangka.
Salam,
ReplyDeleteSekadar berbincang..
Saya rasa seseorg "pemimpin" yang bakal "dtg" nanti ditentukan dgn sekadar nama sahaja.
Tak mungkin rancangan Allah Yang Maha Esa sebegitu simple.
Bagaimana dgn maksud nama ANWAR, MAHATHIR atau PEMIMPIN2 ZAMAN INI?
Adakah nama mereka bermaksud buruk?
Mohon pencerahan,
Bangsa Mala
Salam. Anwar dan Mahathir bukan 'nama' Melayu tetapi banyak digunakan olih Islam disebelah India, Pakistan serta benua asia Tengah. Keduanya adalah pelengkap 'sandiwara' yang dipentaskan .
DeleteSalam,
ReplyDeleteHujah Tuan Punya Blog sy boleh terima.
Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan sy.
:)
Bangsa Mala