PERJANJIAN PINTU BELAKANG NAJIB-ANWAR : PERLUKAH UMNO MEMPERTAHANKAN KETUA YANG TIDAK YAKIN AKAN KEMENANGAN BN PADA PRU 13 SEHINGGA SANGGUP BUAT DEAL MENGIKUT JALAN BELAKANG |
Penjelasan Dr Mahathir Tentang Salah Laku Moral Anwar
Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO.Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar nak mempertahankan diri, sila…
PEMIMPIN NO.1 TIDAK AMBIL IKTIBAR DARI DR MAHATHIR
SalamunAlaykum
Tanpa angin tanpa ribut..tup-tup meletop cerita atau pendedahan dari bumi Indon mengatakan bahawa kedua-dua watak ini 'membuat perjanjian sulit' berhubung PRU 13. Tidak disangka-sangka pemimpin nombor 1 UMNO rupa-rupanya tidak berkeyakinan bahawa Barisan Nasional akan memenangi PRU 13 sehingga sanggup 'menggadaikan' diri " dan maruah UMNO untuk membuat perjanjian dengan musuh parti dan orang Melayu khasnya iaitu Anwar Ibrahim.
Terkilan amat terkilan rupa-rupanya bukan setakat takut kepada kaum Cina tetapi ketakutan kepada Anwar Ibrahim atau PKR melebihi segalanya, itulah pemimpin No. 1 UMNO yang ingin dipertahankan olih 'kelompok eletis' UMNO didalam mengharungi musim pemilihan UMNO tahun ini walaupun ternyata pemimpin No.1 nya "menikam" UMNO dan kepercayaan orang Melayu dari belakang.
Berkurun sudah lamanya Anwar Ibrahim memerangi UMNO dan mencaci dengan berbagai-bagai ungkapan. namun, cacian yang mencalar UMNO itu tidak terkesan kepada diri Najib selaku Presiden UMNO. Beginikah 'pendirian' dan 'ketetapan' beliau yang memegang tampok No.1 UMNO. Adakah UMNO masih lagi memerlukan pemimpin jenis ini??
Sekiranya pendedahan yang dibuat olih Jusuf Kalla ini tidak berasas dan fitnah terhadap pemimpin No.1 UMNO ini, maka. UMNO wajib membuat ketetapan untuk 'mencela' Jusuf Kalla disidang media.Namun sehingga kini tiada penafian dibuat olih Peminpin No.1 UMNO berhubung 'perjanjian' sulit ini, olih itu kesahihan pemberitaan ini adalah kebenaran.
Orang Melayu dibawah bermati-matian mempertahankan UMNO dan pemimpin Melayu agar 'pemerintahan' kerajaan Barisan Nasional berdiri tegak dan tidak terguggat tetapi apa yang mendukacita , kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin No.1 UMNO itu dibalas dengan 'tuba' . Orang Melayu dan UMNO sangat kecewa dengan tindakan 'bodoh' pemimpin No.1 ini.
Olih itu ahli-ahli UMNO wajib berani bangun menentang 'sifat kebaculan' yang ditunjukkan olih Pemimpin No 1 ini dengan 'menendang' beliau dari jawatan Presiden itu agar kepimpinan yang lebih berani dan tegas serta berintegriti dapat dilahirkan atau dijelmakan. Cukup-cukuplah UMNO mempunyai dua orang pemimpin yang amat lemah selepas era Dr Mahathir iaitu Pak Lah dan Najib. Sudah sampai masanya pemimpin yang 'lemah' dan 'suka bertolak-ansur' yang mengakibatkan UMNO dan Melayu dilihat lemah dan diperlekehkan , dihentikan 'khidmatnya".
APA PEMIMPIN UMNO PERLU LAKUKAN
Hentikan sementara segala programme 'transformasi' yang dicadangkan dan dilakukan masa kini, dimana, keuntungan jangkapanjang kepada bangsa Melayu belum jelas sepenuhnya. Apa yang dapat dilihat segala bentuk program 'transfomasi' ini kebanyakanya menguntungkan sebelah pihak saja iaitu 'kaum Cina'.
Kajian mendalam perlu dibuat untuk memastikan 'bangsa Melayu' memperoleh keberuntungan jangkamasa lama dan tidak perlu menggadaikan 'hak-hak milik' Melayu untuk menjayakan 'transformasi' ini. Sekiranya tujuan mencapai sasaran negara maju tahun 2020 belum lagi menjamin 'ekonomi' bangsa Melayu, maka, program tersebut boleh ditangguhkan dahulu.
Pencapaian menyeluruh ekonomi bangsa Melayu wajib dipertingkatkan agar Melayu bolih berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain. Untuk menjamin kejayaan ini UMNO melalui Barisan Nasional perlu menyiapkan infra dan untuk anak-anak Melayu walaupun terpaksa menyediakan atau membelanjakan peruntukan berbillion ringgit untuk dilaksanakannya.
Satu bentuk pengekonomian Melayu wajib ditubuhkan agar Barisan nasional atau UMNO bolih melahirkan seorang jutawan atau usahawan berstatus 'jutawan' setiap bulan dibidang-bidang yang bolih mencabar ekonomi bangsa lain. Melahirkan usahawan yang berpegang pada jalan Islam akan membangunkan lagi Melayu bertaraf 'insan' dipersada Ekonomi Malaysia yang bolih dicontohi olih anak anak Melayu dikemudian hari.
Melayu bukan terdiri dari bangsa 'subsidi' tetapi Melayu dinafikan hak dan peluang olih pemimpin Melayu sendiri dari bersaing dengan bangsa asing kerana kelemahan 'segelintir' teknokrat Melayu yang lupa daratan akan asal usul kerana kelekaan 'kekayaan ajaib ' yang diperolehi melalui 'kekuasaan' kroni-kroni. Penciptaan bakal bakal usahawan Melayu yang 'berhati kental' dan 'bersifat rasis' perlu dilahirkan demi kelangsungan Bangsa, Negara dan Agama Islam.
"PERSAMAAN JALAN BELAKANG DAN MAIN BELAKANG "
Yang bolih melakukan perubahan ini adalah 'ANDA'
melayu yang tidak bolih dibeli jiwanya
lakukan demi Negara, Bangsa dan Agama Islam
serta kebangkitan Islam diakhir zaman
KEPERCAYAAN UMNO DITERBALIKAN OLIH PEMIMPIN NO.1 NYA |
Menteri Indonesia: Anwar mungkir janji
KUALA LUMPUR: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.
Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata “oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai”.
Bagaimanapun, “keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang” katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau “yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat”.
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Russia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.
Jusuf Kalla orang tengah
“Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar,” katanya.
Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.
PRU13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.
Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, “tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu.”
“Beliau menerima perjanjian itu,” kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.
“Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan,” katanya.
Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya,” kata beliau.
“Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik,” katanya.
Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:
S: Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?
J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib. Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah. Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia. Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.
Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.
S: Anwar mendakwa perjanjian itu mengandungi beberapa prasyarat, contohnya pilihan raya secara bebas dan kebebasan media. Bolehkah sdr nyatakan apakah prasyaratnya?
J: Saya amat pasti tidak terdapat sebarang prasyarat yang dibincang antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, perjanjian tetap perjanjian dan perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak – Anwar dan Najib.
Sesetengah orang akan cuba mencari ruang atau alasan untuk tidak mengotakan janjinya. Perangai manusia memang tidak sama.
S: Sekarang, Anwar mendakwa, oleh kerana Najib tidak menandatangani perjanjian itu, maka ia tidak sah. Jusuf Kalla berkata PM memberi persetujuannya secara lisan dan ini menjadikan perjanjian berkenaan, sah. Siapa yang betul, Anwar atau Jusuf Kalla?
J: Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu. Najib mempunyai sebab yang amat munasabah dari segi politik untuk tidak menandatangani perjanjian itu dan Anwar memahami serta menerimanya.
Bagaimanapun, Najib berjanji akan mematuhi perjanjian itu. Beliau menerima perjanjian itu. Asas akhlak mengajar kita bahawa perkataan seseorang adalah lebih penting daripada tanda tangannya. Perbuatan juga adalah lebih penting daripada kata-kata. Najib mengotakan janjinya. Beliau menyeru ke arah penyatuan nasional ketika menyampaikan ucapan penerimaan. Tindakan Najib menepati kata-katanya.
- Bernama
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment